“Teacher, hari ni Hafiz pulak nak jadi imam. Asyik-asyik Adam aje” Rungut Hafiz.
“Okla, Hafiz jadi imam, Adam pulak jadi bilal hari ni ye.”
“Teacher, Muammar tak ambil whudu’ lagi. Tak ambil wudhu’ mane boleh sembahyang kan teacher” Arif pula mengadu.
“Muaammar…apa yang teacher pesan? Kalau tak ambil wudhu’ tak boleh sembahyang kan. Kalau tak sembahyang boleh jadi soleh tak?” Muaamar akur lalu terus pergi ke bilik air mengambil wudhu’.
“Bangun semua…rapatkan saf, luruskan saf….” Suara imam muda Hafiz memberi isyarat untuk mula sembahyang sebaik sahaja makmum selesai ambil wudhu’.
“….Rabbana Aatina Fiddunn ya hasanah wa fil akhiratihasanah waqina ‘aza bannar. Wasollallahu ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam walhamdulillahi Rabbil ‘alamin….”
Kemudian semua mengaminkan bacaan doa yang dibaca beramai-ramai. Alhamdulillah, masing-masing lancar membacakan doa yang telah diajar. Sejuk hati mendengar kalimah Allah keluar daripada mulut & bibir anak-anak kecil itu.
Seusai doa habis dibaca. Masing-masing bangun untuk bersalam-salaman. Saya perasan ada sesuatu yang tak kena pada imam muda petang itu. Dia menundukkan kepala yang diletakkan atas kedua-dua belah kaki sebiji macam orang sedang merajuk/kesedihan. Sah! Dia menangis. Alahai…
“Hafiz…Hafiz kenapa? Kenapa menangis ni?” Aku memujuk. Sahabat-sahabatnya yang lain hanya memandang. Kelihatan wajah masing-masing penuh tanda tanya.
Ada juga yang prihatin. “Hafiz…kenapa Hafiz menangis? Adam menyoal. Soalan itu diajukan direct kepada Hafiz sebab kedudukan dia di belakang Hafiz” Namun, Hafiz tetap mendiamkan diri. "Kenapa Hafiz menangis teacher?" Kedengaran suara yang lain pula bertanya setelah soalan Adam tak dijawab oleh Hafiz.
Selepas beberapa pujuk rayu dibuat supaya dia bercakap, akhirnya Hafiz mengeluarkan kata.
“Waktu Hafiz jadi imam tadi semua orang tak nak ikut.” Hafiz berkata dengan suara yang sedih.
Ya Allah, timbul rasa kekaguman di hati. Sampai begitu sekali dia merajuk semata-mata sewaktu dia menjadi imam tadi makmum di belakangnya ada yang tak ikut (mungkin sebab suara Hafiz yang perlahan). Saya memang perasan keadaan semasa mereka sembahyang. Saya perhatikan gelagat mereka satu persatu: ada yang main-main, waktu ruku’ ada yang terus sujud dan yang tengah berkhayal pun ada juga. Padan lah imam di hadapan perasan apa yang berlaku di belakang dia.
Kejadian itu berakhir dengan semua orang meminta maaf pada Hafiz. Mintak maaf sambil cium tangan (kecuali makmum perempuan). Saya mengukir senyum di bibir tanda gembira dan puas hati sebab tengok Hafiz nampaknya sudah memaafkan mereka. Alhamdulillah.
Kemudian, selepas mereka meminta maaf pada Hafiz, rutin harian sebaik habis solat pun dilakukan. Anak-anak kecil itu bersusun dalam saf sambil menunggu giliran untuk bersalam.
“Soleh-soleh Ya Adam…” Danish ucapkan pada Adam, cium tangannya serta memeluk erat badan Adam sebelum beralih ke sebelah.
“Soleh-soleh Ya Danish…” Perlakuan yang sama diulang.
No comments:
Post a Comment