Thursday, February 23, 2012

TerBabas LaGI


Hari ni saya terbabas lagi. Fuh, jalan ketapi yang lurus ni memang sukar nak tempuhi. Walaupun lurus, still ada ujian dan cabaran yang perlu ditempuh. Tepat pukul 12 tengahari…I’am not sure what to do. Kerja sebagai RA really depend on your time…how to manage it and how to be a creative and innovative researcher…

Hish…saya merungut lagi tengahari buta ni…+_+
 "Seorang daie itu tak pernah akan merasa lapang sekiranya dia betul-betul serius dalam beragama...Bahkan baginya, setiap minit yang berlalu tanpa menyumbang apa-apa untuk agama itu adalah satu perbuatan yang sia-sia dan sangat merugikan dirinya."
Motivation really does not mean anything if I just do this thing:
NATO = No Action Talk Only
Semoga Allah permudahkan segala urusan saya hari ini. Aamin.

Thursday, February 16, 2012

Hipokritkah Saya?

Saya seorang yang pro-Palestin dan anti-Zionis
Saya ingin membantu negara Palestin
Tapi saya tak pernah ambil tahu apakah yang dimaksudkan dengan Israel
Beza Israel Ortodoks dan Israel Zionis
Apa pula beza Yahudi dan Israel
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya seorang penggemar ayam goreng dan burger
Bila kawan ajak pergi KFC atau McDonald saya pun ikut sekali
Saya pernah ambil tahu produk-produk yang diboikot
Banyak sangat sampai saya pun jadi keliru
Biarlah asalkan perut kenyang
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya pernah berdiskusi dengan kawan-kawan
Berkenaan dana Israel untuk menghancurkan umat Islam
Apa kaitan duit yang dilaburkan dengan orang-orang di Palestin
Tapi saya tetap pergi ke Carrefour dan Starbuck
Padahal saya menentang kezaliman
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

Saya selalu baca di blog-blog
Cerita tentang kekejaman Israel dan apa yang mereka buat pada umat Islam
Sedih, hiba, sebak di dada terasa bila lihat kesengsaraan umat Islam di Palestin
Sampai kadang-kadang mengalirkan air mata
Tapi saya masih gunakan handset Nokia, minum Coca-Cola
Pakai produk Timberland, Loreal, Johnson n Johnson
Biarlah asalkan produk berkualiti
Saya tak peduli kerana bagi saya semua sama
Hipokritkah saya?

 YA! SAYA MEMANG HIPOKRIT!!!!

info tambahan : BOIKOT!!!

Wednesday, February 15, 2012

Merencah Emosi

Hebat sungguh tajuk posting saya kali ini. Merencah emosi? Hmm, fikir masak ke tadi? Emosi boleh direncah? Huhu. Sekadar tajuk sahaja. Ape-ape je la.

Baru-baru ni saya berkesempatan menjenguk mak dan ayah di kampung. Hometown: PD. Asal balik je mesti jalan jem. PD kecik je. Nak taknak terpaksa lah redah jugak jem tu. Bukan roti cicah jem ye (mentang-mentang tajuk ada kait dengan makanan). Satu kemestian bila balik ke PD, saya akan ambil seat yang paling kanan sekali, sebelah tingkap sebab dapat tengok matahari di atas dan hampir-hampir mencecah laut (nak terbenamlah tu). SubhanAllah, ondaway nak balik pun berkesempatan tengok fenomena alam yang indah (ter'release' jugak la penat dan letih bekerja). Alhamdulillah, dapat merasa lagi kehebatan dan kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Sambil berzikir dan istighfar, sempat jugak lah saya termenung...memandang ke langit dan segala ciptaanNya.

Aduhh...bisanye dia gigit....(spoil lah nyamuk ni ngacau orang nak tulis. Maaf ye, nyamuk ni pun nak interprem dalam posting ni)


1 BUTIR BELIAN dan 7 BUTIR PERMATA

Tuesday, February 14, 2012

Peluang kedua

Assalamualaikum.
Semoga pembaca-pembaca sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah. Aamin. InsyaAllah. ^^

Hari ni hari kedua saya berada di tempat saya berada sekarang...tempat baru. Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya mengupdate posting dalam blog ini. Seperti kebiasaan, bila saya masuk ke tempat baru saya akan mengalami alahan. Badan rasa tak sedap, demam dan selesema. (sakit-sakit pun still update blog).

Kepala rasa berat, pening dan asyik baring je atas katil. And then, saya fikir kenapa perlu mengalah pada badan dengan follow dia punya action padahal cuma demam biasa .

Betullah orang kata. Bila rasa nak demam, lawan sikit perasaan tu. Jangan mengalah. Means, bila kita fikirkan kita demam...secara automatik kita akan duk terbaring atas katil dengan selimut ditutup satu badan. Kan? But..dont be like that...tak optimis.

Jadi, solusinya...fikirkan kerja-kerja yang tidak berat tapi kita mampu untuk buat dengan baik...tujuannya supaya ia dapat mengelakkan kita daripada rasa lemah dan tidak bermaya.

Akhirnya...nilah...saya menulis dengan mata berkaca-kaca (but still ok)...^^v


Sambungan..... 

Monday, February 13, 2012

Mural THI


Pagi itu Bisya menemani saya menyelesaikan kerja-kerja melukis & mengecat mural di tadika. (Bisya, 5 tahun, petah berkata-kata, sangat suka bertanya)

Bisya : Teacher Suri lukis apa tu?

Teacher Suri : Oo…ni ke?(sambil tunjukkan padanya lukisan penuh). Teacher lukis pokok. Cantik tak pokok yang teacher lukis ni?

Bisya : Cantik…cantik sangat. Teacher pandai lukis ke?

Teacher Suri : (Budak ni…perli nampak). Teacher tak pandai lukis pun tapi Alhamdulillah Allah bagi tangan kat teacher ni bakat untuk melukis.

Bisya : Ooo…habis tu awan, pelangi, bees ni sume teacher yang lukis ke?

Teacher Suri : Teacher lukis & teacher yang lain pun ada tolong jugak untuk cat lukisan. (sambil tu tangan berjalan menyudahkan kerja)

Bisya : Tapi kan teacher…

Teacher Suri : Tapi apa?

Bisya : Lukisan Allah laaagiii cantik kan teacher? Allah lukis pokok hidup, awan, matahari, burung-burung…semuanya cantik-cantik.

Teacher Suri : (Senyum bahagia)


Trademark THI : Allah is with me, Allah is watching me, Allah is witnessing me.

Mushrooms yang comel...^_^

Bilik sains (Welcome to the marine world)

Bilik math. (tak sangka dapat siapkan dalam masa 1 hari)

Ikrar yang dihafal.

Mata si monkey tu berkaca-kaca. Suka tengok..huhu

Belajar kerana Allah. That's sooo TRUE

Hasil yang sangat memuaskan. Alhamdulillah.


Sudut BM

Bahasa Arab & Jawi section

(SubhanaAllah. Anak sekecil ini sudah mampu untuk berfikir dan memerhati kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Jika betul cara didikan dan asuhan anak-anak kecil, mereka mampu untuk menjadi anak yang soleh/solehah yang bisa membahagiakan ibu dan bapanya. ^_^ )



Syam_Suri