Thursday, November 14, 2013

Tafsiran manusia



Dia tersenyum..

“Aih, takde apa-apa pun boleh tersenyum? Buang tebiat ke apa?”

Dia tersenyum lagi memandang langit..

Memandangnya menambahkan lagi pening.

“Gila...” Getus dalam hati sambil menjeling memandang si dia yang tersenyum sejak dari tadi.

Kelihatan sebuah buku disampingnya tertera gambar Irma Hasmie sebagai cover page depan berjudul S.M.I.L.E. Dalam sekelip mata sahaja hati mula menyebut ringkas kisah hidup Irma Hasmie, seorang pelakon yang popular dengan beberapa filem dan drama tempatan. Difahamkan dan menurut kenyataan beberapa orang sahabat, beliau semakin terkenal selepas penghijrahannya menjadi muslimah yang lebih baik dengan lengkap bertudung dan berbusana muslimah anggun bersyariat. Pernah mengalami beberapa ujian dalam hidup dan akhirnya sekarang beliau sedang berbahagia bersama anak dan suami tersayang.  

"Baiti Jannati."

“Ok..patutla senyum semacam.” :)

Tafsiran Manusia

Ya. Tafsiran manusia selalu tidak betul. Jarang yang tepat. Kadang-kadang tersasar jauh dari tempat yang sepatutnya ia berada. Kenapa?

Sebab manusia itu sering bersangka-sangka.

Manusia lebih bertumpu kepada sangkaan buruk berbanding sangkaan yang baik apabila dilanda sesuatu musibah dan ujian.

Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:

“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”

Manusia itu bergantung kepada apa yang difikirkan.

Saya share daripada fb IM Ashraff:

Tidak sama antara orang yg tak sempat jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad 2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting, menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure, pendakwah dsbg...

Berbanding org yg hanya duduk di depan FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah Nabi yg lebih teruk diuji..

Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2 kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus mekar..

Inilah yg dipanggil bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.. IM Asyraff


Apa yang kita fikirkan sekarang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan selepas ini. Mulakan berfikir untuk buat sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada semua. Hanya dengan izin dan kekuatan dariNya, insyaAllah kita dapat manfaat dari perbuatan yang kita lakukan tersebut.
 

Tuesday, November 5, 2013

Iman & Taqwa: Apa bezanya?

Bulan Oktober sudah pun berlalu...sementara bulan November sedang beransur-ansur berjalan meninggalkan kita sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya. Beruntunglah bagi mereka yang sedar bahawa masa ibarat sebuah kehidupan yang mana setiap saat yang ada itu sangat berharga untuk berbuat amalan-amalan soleh yang bakal menjadi timbangan pada hari pembalasan kelak.

Buat mereka yang tidak sedar atau sengaja berbuat tidak sedar: ingatlah bahawa peluang masih ada untuk kita memperbaiki ibadat dan amalan-amalan baik yang telah disyariatkan. Perlunya kita sedar bahawa masa yang ada ini sangatlah limited, terhad dan pendek sebabnya bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik nikmat nyawa yang ada sekarang. Nauzubillahi min zalik ("Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami).”

Iman dan Taqwa. Apa bezanya?

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.

Monday, November 4, 2013

Kadang2 kita bersemangat, Kadang2 kita mati semangat.



Ujian dunia: kadang kala kita bersemangat, kadang kala kita mati semangat. 

Ada masa kita sangat rajin mengupdate isu-isu semasa, berukhwah dengan sahabat-sahabat di alam maya, bersenda gurau dengan keluarga dan sanak saudara, buat kerja yang ditugaskan dengan senang hatinya, membaca Al-Quran bersama terjemahannya, membuat amal-amal kebajikan tanpa peduli penat letih dan syoknya bekerja semata-mata untuk meraih redhaNya.

Jujur. Seronoknya dengan apa yang kita rasakan masa itu. Kita terasa dekat dengan Allah. Hubungan dengan Allah kita berjaya buktikan dengan tanda kita rasa senang hati dan bahagia membuat semua perkara itu. Hubungan dengan manusia juga begitu.

Tetapi, 

Ada masa juga kita pasti akan rasa lemah semangat. Tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana masa itu boleh merampas kembali saat masa-masa bahagia dalam diri kita. 

Semangat kita lemah ibarat dedaunan layu yang gugur dari dahan pohon. 

Anugerah tidak Ternilai: Fastabiqul khairat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.

Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.

Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki. 

"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)

Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.
  1. Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48) 
  2. Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
  3. Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.

Friday, November 1, 2013

Untukmu Para Wanita/Isteri

"PESANAN UNTUK WANITA"

1. Jaga solat pada awal waktu. 
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, 
kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, 
cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 
'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

''10 NASIHAT TUK ISTERI ''

1- Selalu menerima suami apa adanya..

2- Selalu mentaati perintah suami selama itu baik..

3- Sejak dini tanamkan pengetahuan agama pada anak2mu..

4- Hendaklah selalu berbau harum di depan suami..

5- Perhatikan suami ketika dia makan dan tidur..

6- Jangan menolak ajakan suami ketika bersetubuh..

7- Jangan berkata kasar di hadapannya..

8- Jangan menyebarkan rahsia suami..

9- Pandai-pandailah menjaga harta suami..

10- Dan pandai-pandailah menjaga rahsia keluarga..

Ingatlah Nasihat Ini.. Insya ALLAH dirimu akan selalu di sayang suami... Dan kelak akan mndapatkan hadiah Syurga dari Illahi...

Aamiin ya Rabbal'alamin..


(Surah An Nuur: 26)

Tuesday, October 1, 2013

Jangan pernah berputus harapan dengan Allah



Saudariku,
Adik-adikku,
Sahabat-sahabat disayangi kerana Allah,

Jangan pernah berputus harapan dengan Allah…

Pada zaman Nabiullah Musa As, datanglah kepada Beliau seorang wanita untuk bertaubat kepada Allah atas semua kesalahan yang telah dia lakukan selama ini.

Wanita tersebut berkata: "Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang kesini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan Taubatku diterima oleh-Nya”. Nabi Musa AS, berkata: "Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?”. Wanita tersebut berkata kembali:” Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, karena rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi terserbut”. 

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:” Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!”. Wanita tersebut menangis lalu berkata:” Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu”. Nabi Musa AS, masih dalam keadaan marah mengusir wanita tersebut sambil berkata:” Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan”. Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. 

Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa AS. Jibril berkata:” Wahai Musa, Allah telah menegurmu, mengapa engkau tolak taubatnya wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!”. 

Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata: "Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut”. Jibril berkata: "Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya”. 

Berkata Nabi Musa AS: "Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinahan tersebut, Ya Jibril???”. Jibril menjawab: "Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja”. Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah Beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.

Sekali lagi saudariku, janganlah berputus harapan pada Allah, sesungguhnya Allah sangat menyayangi makhluknya..

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir – 5235)


Semoga Allah memberikan hidayahNya, membuka hati dan fikiran kita, menerima taubat kita dan menggolongkan kita kepada orang-orang yang di ampuni dosanya dan di terima segala amal kebajikan kita… 

Amiinn Ya Rabbal Alaminn...


Jodoh itu milik kita





Pernah suatu ketika….saya bertanya apa kelemahannya. Sebab saya tak dapat detect apa kelemahannya. Pelbagai monolog bertandang dalam kotak minda:

“Dia ada banyak kelebihan sedangkan aku?”
“Lemahnya aku ni..”
“Antara aku dan dia, banyak perbezaan yang tak dapat disangkal”
“Mungkin bukan jodoh”
“Semoga dirinya bertemu dengan pasangan yang terbaik dengan izinNya”

Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Pandangan hati yg bersih itu lebih tajam dari pandangan mata lahir. Tak ada sesuatu yang Allah tentukan secara main-main dan sia-sia...carilah hikmahnya dengan mata hati...kerana keajaiban hati menembus tabir perintang antara Allah dan hambaNya.

"Aku gelisah hidup tanpa cintaNya..aku juga meyakini sahabat-sahabatku turut gelisah tanpa cintaNya..."

".....aku mengasihi insan lain seperti diriku.. kerana itu meskipun cintaku padaMu tidak sehebat mana, aku tetap mahu mengajak insan lain mencintaiMu Ya Allah.. kerana aku berharap dengan curahan kasihku pada insan biasa, Allah akan memberi balasan dengan mencintai aku.. hanya cintaNya yang aku dambakan...Ya Allah.. aku tak berdaya tanpaMu.. hanya Engkau satu-satunya pergantunganku.. peliharalah aku dan sahabat-sahabatku agar setiap detik dalam redhaMu.."


Wednesday, August 21, 2013

Ucapan harian (Bahasa Jepun)

1.Arigatou gozaimasu ( ありがとうございます ) 
~ Terima kasih / Thank You
Ungkapan ni asenya semua orang tahu yg maksudnya terima kasih atau kebiasaannya mereka akan cakap Arigatou ありがとう

2.Doumo ( どうも
~ Terima Kasih
Ungkapan terima kasih yang ringkas selalunya atas perkara yang kecil

3.Doi tashi-mashite ( どういたしまして
~ Sama-sama / You are wecome
Ungkapan membalas ucapan terima kasih bagi orang jepun..Sama-sama

4.Ohayou gozaimasu ( おはようございます )  
~ Selamat pagi / Good Morning
Yang ni pula adalah ungkapan yg diucapkan pd waktu pagi..kebiasaannya mereka akan cakap Ohayou..Kalu org melayu di Malaysia, kita akan cakap Selamat Pagi..

5.Konnichiwa ( こんにちは )  
~ Selamat tengah hari / Hai / Good afternoon
Konnichiwa adlh ungkapan umum utk mengatakan Hello dlm bhs Jepun..boleh digunakan pada bila-bila masa..biasanya diucap xkira waktu kdg2x waktu petang, kdg2x waktu malam..sebabnya ia juga bermaksud Hai..dan masih lg digunakan utk mengucapkan Selamat Tengah hari..

6.Konbanwa ( こんばんわ )
~ Selamat Petang / Good evening
Ungkapan ni akan digunakan utk waktu petang saja..besenya dorg akan sebut Konbanwa apabila menegur seseorg..

7.Oyasumi nasai ( おやすみなさい )
~ Selamat Malam / Good night

Ungkapan ni pula utk waktu malam..yasumi b'maksud rehat cthnya mcm coffee break atau bercuti..so, kalau Oyasumi nasai pula adlh ucapn kpd orang lain apabila hendak tidur..yela xkn nak guna selamat petang pula..

8.ittekimasu (いってきます)
~ Saya pergi dulu / I'm going / I'm leaving / Bye / See you
Ungkapan ni diucpkan apabila keluar dr rumah..dan biasanya akn ckp "saya pergi dulu"..

9.itterasshai (いってらっしゃい)
~ Jaga diri / Jumpa lagi / Selamat jalan / Have a nice day / Bye / See you / Take care
Ungkapan ni pula utk orang dalam rumah cakap itterasshai kpd orang yg keluar dr rumah..maksudnya jaga diri, selamat jalan..atau p'kataan org melayu slalu guna "jalan elok-elok"..Biasanya, kita yg beragama islam akan memberi salam kpd tuan rumah..betul x...

10.ki wo tsukete(ne) きをつけて(ね)
 ~ Hati-hati / Selamat tinggal / Be careful / Stay safe
Ungkapan ni biasanya sering digunakan dengan itterasshai ia bermaksud hati-hati ataupun selamat tinggal..biasanya apabila hendak berpisah dengan seseorang atau satu kelompok..

11.sayounara ( さようなら )
~ Selamat tinggal / Goodbye / See you
Ungkapan ni pun biasanya kerap diucapkan,kalu korg ada tgk cite Gokusen or cite Jepun len mst bese dgr jg ucapan ni..ucapan ni diucapkan terutama apabila berpisah dengan seseorang atau orang ramai..cthnya, mcm jiran kita nak berpindah ke tempat lain..kita akan ckp Selamat tinggal tp org jepun ckp Sayounara,.
 
12.Tadaima(ただいま)
~ Saya dah pulang / i'm home
Ungkapan penghormatan utk pulang ke rumah..yg ni memg dah jadi amalan org Jepun..Tadaima maksudnya saya dah pulang..

13.Okaeri (おかえり)
~ Selamat kembali / Selamat pulang / Safe return
Ucapan okaeri pula adalah respon drpd Tadaima..biasanya ucapan orang yg berada dlm rumah akan cakap bile dengar orang baru balik rumah sebut tadaima..dan ucapan ni utk mengesahkan keluarga / kwn2 selamat..


Sumber: klik sini