Tuesday, November 13, 2018

Jaga mulut lancang berkata


Bila terbaca perkataan…

Bodoh....stupid….bangang  !!! Seriously something wrong somewhere.

Tapi ada yang kata tak payah nak sentap-sentap. Dah faham perangai masing2. Ignore je budak-budak tu. Macam nak backup tapi dia sendiri tak tahu cammana nak hadap dengan perangai orang-orang sebegini bila diri sendiri kadang2 terlanjur jugak guna perkataan tak elok tu.

Bila terasa sikit…. Bodoh la ko ! Cara ko tu…bodoh !

Bila sentap sikit….bila ada yang tak kena….stupid ! Bangang la ko…terajang nak?

Aduhaiii adik-adik….dari positif hakak ni terus jadi negative.

Me cannot brain. Seriously !

Either masalah surrounding (environment negative) atau habit diri (maki hamun dah biasa buat hari-hari).

Tapi yang sebenarnya masing2 ego (walaupun dah ditegur). Taknak dengar penjelasan dulu dah main tuduh melulu, cakap ikut sedap mulut. Mulut berjalan lagi laju daripada otak. Tak fikir perasaan orang. Emo !

Bila ko fikir negative, negative la jadinya dik non.

Setiap kata-kata itu adalah suatu doa. 

Tak perlu la nak menormalkan bodoh, stupid, bangang semua tu. Memang ko akan berjaya buatkan orang tu sakit hati. Tapi kesudahannya nanti ko tu sendiri akan sakit. Rezeki ditarik, tak dapat ketenangan hidup. Asyik nak marah je. Maki hamun apetah lagi…

Moga lidah dan lisan kita semua terpelihara daripada menghamburkan kata-kata yang tak elok.


Hakak membebel sayang
Dah tegur taknak dengar. Left jalan terbaik !
14.11.18
UTM

Saturday, November 3, 2018

We're Lost...


Sometimes we're lost...
We had experienced that..
We did...

Maybe We’re Lost Because We Stopped Listening To Ourselves 

Maybe we’re lost because we’re searching for answers from those who have the same questions.

Maybe we’re lost because we’ve been trying to seek guidance from those who are going off course.

Maybe we’re lost because we keep wanting love from those who don’t really love us.

Maybe we’re lost because we listen to those who don’t know what’s best for us.

Maybe we’re lost because in between the noise, the chaos, the advice, the lessons and the rules we lost our voice, we lost our direction and we lost ourselves.

Maybe we’re confused because we listen to people who can’t seem to agree on anything, people who don’t think or feel like we do.

Maybe we’re scared because we’re told that we need to stay safe. Stay cool. Stay away from things that make us look bad.

Maybe we don’t feel good enough because even the people who love us judge us, criticize us and don’t always understand us.

Maybe we don’t feel strong anymore because we gave our power to others when we failed to trust ourselves and when we thought they knew better, when we thought they’re more qualified to make our decisions.

Maybe we’re lost because we stopped being true to ourselves and tried to fit it. We tried to belong and be part of something that we don’t really belong to.

Maybe we’re lost because instead of trying to find ourselves, we just followed the crowd. We followed someone else’s plan. We followed someone else’s heart and we followed someone else’s mind.

Maybe we just need to stop. 

Maybe it’s time to put ourselves first and believe that we have the wisdom and the courage we need to follow our own plan. To listen to our intuit  ion. To go in a different direction. To find the place that we truly belong to. 

~Anonymous


Catatan Suri
4th November 2018
AMTEC UTM

#Refleksi

Wednesday, August 29, 2018

Nak masuk gua - Belajar let go perasaan

Baru je update status twitter berbunyi begini:

"Serasa nak masuk gua je rasa" 😅

Jangan ingat orang lelaki je boleh masuk "gua". Orang perempuan pun boleh masuk gua tau anytime yang dia rasa perlu & berkehendak.

Eh, maksud "masuk gua" bukan yang pergi hiking trekking etc bagai tu tau. Adess.

Masuk gua disini maksudnya....

- Nak spend time alone
- Habiskan masa bersendirian
- Tiada gangguan/distraction
- Cut off social media termasuk whatsapp, twitter, ig (sebab masuk dalam kategori distraction)
- Siapkan kerja-kerja writing tanpa ada gangguan
- Nak focus buat something
- Muhasabah "jurnal" yang berlambak belum diextract dan difahami. huuuuu T_T

Tapi possible ke ummi? Dengan ada kesayangan 2 ketul tu. LDR pulak tu dengan suami 😂 (long-distance-relationship).

InsyaAllah insyaAllah...ummi pasti boleh !!

Either way...

Mungkin perlu belajar let go perasaan (version student postgrad yang dah berfamily)

Kita ada satu je otak. Tapi nak kena baca, study, buat revision banyak benda. Dengan berapa banyak experiment lagi nak kena run. Balik rumah dengan kerenah anak-anak lagi. Masa memang tak cukup. Nak stay up letih sebab dari pagi sampai petang uruskan kerja2 study. Balik rumah kena uruskan anak-anak lagi.

Lagi....
Date line submit paper
Masa untuk GOT dah makin hampir
Requirement sv nak 1 paper ISI, 2 paper Scopus
Study untuk pahamkan benda2 yang kita tak paham
Supervisor dah risau tengok kita ni sempat ke tak nak GOT
Ada sedikit rasa supervisor "push" untuk pahamkan segala benda cepat2

Kalau nak ikutkan panjang lagi list dalam kepala ni nak tulis...end up boleh jadi stress bila emosi tak terjaga.

"Kenapa la decide nak sambung study dulu" (Adehhh....terkena sebijik kat batang hidung sendiri)

Yang merisauakan....kita akan jadi semakin tak produktif. Sambil lewa. Rasa nak giveup pun ada

Kesiannnn. Jadi solusi?


(Akan bersambung...)


Catatan Suri
29 Ogos 2018
3.35 petang


Friday, July 13, 2018

Hakikat manusia itu tak sempurna

"We are Superb..!!!"

If we know how to manage our time: duniawi wa ukhrawi. "

Kebiasaannya masa kita luangkan untuk dunia lebih banyak dari masa untuk akhirat yang kekal abadi".

Muhasabah..


Kata-kata nasihat ulama’...

“Barangsiapa mula melihat dirinya sempurna, maka itulah tanda kekurangan dirinya. Barangsiapa terus melihat dirinya perlu diperbaiki, maka telah bermulalah kesempurnaan dirinya.” – Sayyid Al-Habib As-Sheikh Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani.


"Orang yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan" Surah an-Nahl: 97



Catatan Suri
14 Julai 2018
12.15 tengahmalam


Thursday, July 12, 2018

Tips 1: Tips Rumahtangga Bahagia.

TIPS RUMAHTANGGA BAHAGIA:

1. Sembahyang jemaah bersama-sama.
Isteri ambil wudhu'. Semasa suami sedang ambil wudhu', isteri sudah bentangkan sejadah untuk memulakan solat secara berjemaah. Buat secara giliran. Hari ni isteri bentang sejadah, esok suami pula bentangkan sejadah. Selesai solat, suami cium dahi isteri, isteri cium pipi suami. InsyaAllah bahagia. Pahala pun berganda sebab Allah redha.:)

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.
Sangat beruntung si suami memilih anda dan anda menerima si suami sebagai pasangan hidup yang halal daripada beribu-ribu pasangan yang tak halal buat maksiat yang Allah murka dan masih ramai lagi mereka yang tercari-cari calon pasangan soleh/solehah idaman hati. Saat anda menjadi yang halal buat si dia, anda berdua kemudiannya menjadi sahabat baik, berkongsi segala masalah dan cerita susah senang hidup di dunia dan saling memberi peringatan untuk bekalan di akhirat sana. Jadi, bersyukurlah. :)

3. Berbual dengan pasangan anda setiap hari.
Manfaatkan masa. Jangan jadi lesu dan bisu. Jika tak tahu apa yang nak dibualkan, tanya pasangan apa yang terlintas di hati ketika itu. Elakkan berbuat dengan smartphone, tv dsbnya. Bagi pasangan PJJ (jarak jauh). Sesungguhnya ini adalah ujian dan cabaran buat anda dan suami. Hantarkan mesej pesanan ringkas tanya khabar. Elakkan bertanya soalan-soalan yang sama/menjadi rutin. Be creative bila nak hantar mesej tu. Itu tanda anda rindukan si dia. Saat anda berpeluang berjumpa, ceritakanlah segala. Dari sekecil-kecil cerita sampai cerita besar: contoh isu-isu semasa. Tapi jangan sampai mengumpat dan jangan sampai si dia meluat. :) 

4. Mandi bersama sekali-sekala.

5. Jadi penawar hati buat pasangan anda.
Si isteri biasanya mempunyai sifat-sifat kemanjaan terutama ketika bersama suami. 

6. Isteri tidur di atas lengan suami.

7. Mesra dengan suami.

Perempuan kena tahu sebenarnya lelaki memang manja pada fitrahnya, namun mereka sembunyikan kemanjaan itu hingga saat wanita itu HALAL buat mereka. :')
8. Sentiasa ungkapkan kata cinta..I LOVE YOU
Sekali sekala usiklah pasangan anda: "Harini takde i<3u?. Barulah pasangan rasa dihargai dan disayangi dan anda berdua akan sama-sama mendapat rahmat Allah kerana saling mencintai

9. Apabila berjalan di luar, genggam jari isteri. Dan isteri paut lengan suami.

10. Apabila berselisih faham, kenangkan saat-saat indah anda berdua.
Betul3. Tarik nafas panjang-panjang, hembus perlahan-lahan kemudian kenangkan saat-saat indah anda berdua: moment pergi honeymoon, saat lafaz sakinah dilafazkan, penerimaan anda berdua menjadi pasangan yang sah, bila

11. Berhias untuk pasangan masing-masing.

12. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang.

13. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak.

14. Kekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walau masing-masing sudah berusia.

Tips Ciri wanita idaman ialah....MANJA! (>.<) hihi..
M - memahami, minat ilmu & muka manja
A - amanah dlm mencintai
N - 'nakal2' (malu2 mahu hnya utk diriku) J - jiwa lembut A - agama diutama
15. Bantu isteri melakukan kerja rumah.

16. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.

17. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.

18. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan isteri.

19. Bentuk sifat cemburu yang positif.

20. Jadilah suami yang pemaaf.

21. Tegur kesilapan pasangan dengan hikmah dan kasih sayang.


Tips "Rahsia terbesar untuk melaksanakan Halaqah Keluarga, solat bersama, quran bersama atau apa-apa program kerukunan mengikat kasih sayang amat terkait rapat dengan seberapa segera kita laksanakannya selepas di ijab kabul... " Jika bertangguh? Alamatnya sampai bercucu dan bercicit kita masih agar sukar untuk melaksanakannya...
Percayalah!.. Syaitan itu terlalu licik membuat kita bertangguh...

Bicara Hati Ummi

Entry sepatutnya tahun 2017. Disimpan sebagai draf tapi baru dipost semula pada hari ini tanpa edit. Moga ada manfaat dalam memperbaiki diri dan emosi sendiri. Hanya diri kita yang mampu mencipta emosi positif. Sudah tentu dengan izinNya! 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Hati sang isteri ni rapuh. Sangat rapuh !

Bila saat dia berjuang untuk kehidupan keluarga kecilnya
Bila saat dia berjuang untuk berprasangka baik terhadap suami
Bila saat dia berjuang untuk kandungan 
Bila saat dia berjuang untuk keluarga sendiri dan keluarga mertuanya 

 Jangan kecilkan hatinya. 

Sokong dia. 
Sungguh...dia perlukan sakongan. Bukan sokongan wang ringgit, makanan mewah, barang2 branded. 

Tapi sokongan rohani. 
Sama-sama solat awal waktu 
Sama-sama solat Subuh tepat pada masa. tidak terlajak subuh, tidak di akhir2 waktu 
Sama-sama bertazkirah dan hadir majlis ilmu 
Sama-sama membesarkan anak 
Sama-sama mendengar keluhan dan luahan hati tanpa berprasangka buruk 

Salah faham... 
Itu biasa. Itulah adat dalam rumahtangga. 
Bila tak ditangani dengan baik, emosi akan menguasai 
Mulalah mencari kesalahan pasangan sendiri 

Tanpa muhasabah...diri akan jauh terbabas 

 Anak...
Mereka amanah Allah 
Yang dipertanggungjawabkan kepada kita 
Kelak mereka membesar...mereka akan punyai kehidupan sendiri 
Didik mereka dengan sungguh-sungguh. 
Ajari mereka dengan syariat Islam 
Walau mereka nakal...mereka pasti akan u-turn suatu hari nanti 

Masa mereka kecil 
Itulah ujian sebenar. 
Allah nak tunjuk pengorbanan kita bagaimana. 
Sebab.. 
Semua ini akan dituntut..ditanya di akhirat nanti. 
Bersabarlah selagi boleh bersabar... 
Bersabar itu payah 
Kerana nak masuk Syurga itu bukan mudah. 


p/s: Allah sangat Maha Pengasih. Dia ciptakan wanita dengan air mata. Air mata bukan tanda lemah. Wanita menangis untuk redakan perasaan. Dia akan kuat selepas itu. Jadi, bila ada rasa nak menangis...lepaskan, jangan ditahan-tahan. Akan ada rasa nikmat selepasnya. Percayalah. 


Yang benar
Ummi Yang Tak Kuat ~menangis depan anak harini T_T~

Wednesday, July 11, 2018

Muhasabah sokmo sokmo

Ummi masih aktif berblogging
Dengan harapan blog ni menjadi medan untuk diri ini muhasabah selalu.

Kita ni sebenarnya tak tahu apa-apa. Zero.

Kita tak tahu perbuatan yang kita buat itu akan mempengaruhi orang lain
Kita tak tahu setiap kata yang kita tutur membuatkan yang lain terasa.
Kita tak tahu mesej yang sebenarnya kita nak sampaikan boleh buat mereka silap faham.
Kita tak tahu damage yang bakal kita hadapi bilamana kita pretend & tak ambil kesah.....
Sebab itu perlu adanya #awareness #kesedaran #muhasabah

Kita tahu...setiap perbuatan, kata-kata mahupun ayat yang kita tulis boleh menjadi
pendorong semangat yang lain. Betul kan?

Manusia itu..

Luaran je kita nampak. 
Hakikiat dalamannya kita tak tahu.

"Buang anak, dera anak, cerai-berai, nusyuz, poligami,
isteri tak hormat suami, suami buat don't know"

Hal-hal dalaman rumahtangga.

Yang orang nampak -> apa yang mereka baca dan faham (mungkin sebelah pihak)
Yang mereka sebenarnya tak nampak  -> mesej disebalik, kenapa jadi gitu, faktor pendorong, siapa disebaliknya, usaha penyelesaian".

Orang tak tahu apa yang kita rasa bila kita tak luahkan.

Bila mindset kita lemah. 
Pembacaan kurang.
Fundamental/asas rumahtangga kelaut.
Ilmu agama tak dicari
Maka wujudlah perumpamaan seperti
"Retak menunggu belah"

Jangan dengarkan aja..
Jangan layankan aja..
Usahalah perbaikinya

Biarlah kita semua jadi manusia HEBAT !
Bukan dengan cara membawang !
Eh ?


Catatan suri
1.06 pm
Draf 17/12/2017 diedit pada 12/07/2018