Monday, July 30, 2012

Syariatullah vs Sunnatullah



Kehidupan ini somehow kita perlu berhadapan dengan hati manusia. Kondisi hati masing-masing berbeza. Pemikiran juga tak sama. Mereka yang jadi ketua sesuatu organisasi pemikirannya tak sama dengan mereka yang hanya bertindak sebagai pekerja. 


Walaupun kadang-kadang kita ada melihat segelintir ketua yang bertindak merancang dan bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya turut sama bekerja bersama-sama pekerjanya untuk meraih kepercayaan dan penghormatan. Namun, tak semua yang begitu. Ketua dan anak-anak buah perbezaan jurang antara keduanya sangat jauh. “Gap” yang begitu jauh ini adalah antara sebab berlakunya konflik dalaman terutama dikalangan mereka yang ‘diarah’ berbuat itu dan ini.

“Gap” bukan sahaja berlaku antara ketua/bos atau anak buah/pekerja. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Samaada kita sedar atau tidak, ia sebenarnya berlaku di kalangan kita.
Contohnya dalam institusi pengajian tinggi. Antara pelajar dan pensyarah. Kita boleh membuat perbandingan antara pensyarah yang disukai pelajar dan pensyarah yang kurang disukai. Sebab apa? Ya!, wujudnya “gap” antara keduanya. 

Contoh lagi...pekerja dibahagian administration di universiti dengan mereka yang berurusan dikaunter (pelajar/staf). Wujudnya “gap” apabila pelajar membuat urusan tetapi tidak diberi layanan sepatutnya. Mungkin sebab title “student” jadi sebarang urusan berkaitan dengan student itu dibuat sambil lewa. Urusan yang sepatutnya boleh siap sekejap tertangguh bermingu-minggu lamanya. Tambahan, pelajar lebih suka berurusan dengan staf yang bermuka manis berbanding staf yang bermuka bengis.   

Lagi contoh, “gap” juga sering berlaku antara sahabat-sahabat kita sendiri. Kita mencipta “gap” itu dengan mementingkan diri sendiri, tidak bertegur sapa atau buat hal masing-masing. Mereka yang dahulunya rapat dengan kita perlahan-lahan cuba menjauhkan diri bila kita mula alpa dengan hubungan manusiawi.

Baru-baru ini supervisor saya mengingatkan saya tentang 2 konsep yang sangat penting dalam diari kehidupan manusia iaitu Syariatullah dan Sunnatullah. Katanya, melalui pemerhatiannya selama ini, orang ramai terutama Muslim begitu hebat pada Syariatullah tetapi Sunnatullah kurang. Beberapa contoh telah diberi agar saya dapat memahami pernyataan yang dibuatnya. 

Alhamdulillah, saya dapat menerimanya dengan hati yang lapang. SubhanaAllah...

Syariatullah vs Sunnatullah

Kehidupan kita bergantung kepada dua konsep ini: Syariatullah dan Sunnatullah. Kedua-duanya perlu kita muhasabah, check & balance bila kita menguruskan kehidupan seharian. Apa itu Syariatullah dan apa itu Sunnatullah??

Syariatullah = Syariatullah adalah perkara berkaitan hukum yang lima: wajib, sunat, harus, makruh,haram yang telah Allah tetapkan/syariatkan kepada hamba-hambaNYA.

Sunnatullah = Sunnatullah adalah hukum sebab dan akibat yang telah Allah ciptakan untuk memastikan dunia ini stabil dan dalam keadaan baik. Contoh: api itu panas, ais itu sejuk, usaha akan menghasilkan kejayaan. Dengan kata lain, Sunnatullah itu adalah fitrah/kejadian semulajadi yang berlaku dalam kehidupan setiap orang termasuk non-Muslim.

Sebagai Muslim, kita perlu berpegang teguh kepada kedua-duanya. Syariatullah dan Sunnatullah perlu berjalan seiring.

Kita pegang Syariatullah dengan taat kepada segala suruhanNYA & menjauhi laranganNYA, memperdalamkan ilmu agama, tidak bergantung selain daripadaNYA, mengharap hanya kepadaNYA, berserah diri sebagai hambaNYA. Pendek kata segala amalan yang kita lakukan seharian perlu ada hubungannya dengan Allah, Pencipta kita Yang Maha Esa.

Sunnatullah adalah perkara yang kita tak dapat lari dari hidup. Marah perlu ada sabar, malas perlu rajin, dahaga perlu minum, lapar perlu makan. Peraturan jalanraya (pakai seat belt, topi keledar, lampu isyarat dll) juga merupakan sebahagian dari Sunnatullah.  

Bila Syariatullah dan Sunnatullah tidak berjalan seriring

Di dalam dewan peperiksaan. Sara dan Mimi terkebil-kebil melihat soalan dihadapan mereka. Fikiran kosong tak tahu nak jawab apa padahal seminggu sebelum itu mereka sudah pulun habis-habisan menjawab soalan-soalan past year yang sudah dicompilekan. Apa silap mereka?

Di dalam dewan peperiksaan yang sama juga Mei Ling begitu tekun menjawab soalan-soalan yang kebetulan telah diulangkajinya bersama-sama study groupnya. Mereka work hard dan belajar dengan begitu bersungguh-sungguh.


Seorang lagi pelajar, hamba Allah bernama Abu berdoa berterusan kepada Allah agar dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan dan berdoa agar Allah memakbulkan doa-doanya dengan bersungguh-sungguh. Dia begitu berharap Allah akan menolongnya memberi ilham sewaktu menjawab soalan-soalan peperiksaan tetapi dia tidak berusaha mengkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. Minggu ulangkaji dihabiskan dengan bermain game dan melepak bersama-sama teman.

Bila keputusan peperiksaan diumumkan, Mei Ling tersenyum bangga kerana mendapat keputusan yang cemerlang. Lain halnya dengan Sara dan Mimi yang hanya mendapat keputusan sekadar cukup makan. Abu pula gagal dalam satu matapelajaran.

Seimbangkan

Syariatullah menetapkan bahawa setiap usaha yang dilakukan akan datang kejayaan selepasnya bila pergantungan kepadaNYA cukup kuat iaitu tawakal dan yakin dengan pertolonganNYA setelah habis berusaha. Bila belajar hebat, kuat dan gempak tapi tanpa pergantungan kepada Allah, kita akan menjadi hamba yang sangat rugi bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Usaha yang kita lakukan seolah-olah penting diri sendiri padahal yang memberi rahmat dan memberi kita kudrat hanyalah Allah SWT.

Dalam kes Mei Ling, dia telah mengikut Sunnatullah dengan betul dan hasilnya sangat bagus. Ya!, tetapi dia tidak berpegang kepada konsep Syariatullah, jadi, kejayaan yang diperolehnya hanyalah kejayaan di dunia semata-mata. Kejayaan untuk akhirat dia menjadi loser.

Patuh pada Syariatullah tetapi kurang beri perhatian pada Sunnatullah pula membawa kerugian kepada individu-individu yang sering menggunakan jalan singkat untuk berjaya. Jalan mudah: berdoa bersungguh-sungguh, bangun malam bermunajat dan mengadu kepadaNYA. Memanglah Allah akan memperkenankan setiap doa yang dilafazkan daripada hamba-hambaNYA tetapi jika hukum Sunnatullah tidak dilaksanakan; tidak berusaha bersungguh-sungguh, malas dalam tindakan dan sebagainya masakan kita boleh berjaya?
Kebanyakan non-Muslim, mereka begitu kuat berpegang kepada Sunnatullah, ikut hukum dalam Sunnatullah dan itulah sebenarnya yang menjadikan mereka lebih berjaya berbanding orang Muslim.

Sementara orang Muslim, mereka begitu patuh hanya kepada Syariatullah tetapi kurang mengambil berat konsep Sunnatullah dalam kehidupan. Adakah itu menjadi sebab Muslim sekarang kurang proaktif, struck with underdevelopment, divided nations and lack of control in such fields as economy?

Kesimpulan

Berbalik kepada asal. Supervisor saya telah menjentik fikiran saya tanpa disangka. Ingatkan pergi ke pejabat dia semata-mata untuk bincang projek rupa-rupanya dia nak brain washkan saya. Lambat sangat buat kerja kot dan kurang self-development. Salah satunya dia utarakan pasal Syariatullah dan Sunnatullah nilah. Tq boss... ^__^ 

#01 - In order to achieve success both in dunya and akhirah is by strictly follow Sunnatullah and Syariatullah.

#02 - Syariatullah and Sunnatullah must come together, not independently in order for a muslim to success here in this world and later in akhirah.

#03 - As a muslim, we must hold tightly to both Syariatullah and Sunnatullah and fully oblige with Allah's commands and prohibitions.

Wallahualam


Syam_Suri


2 comments:

  1. Thank you for this piece of article. It has enlightened me and I hope it enlightens everyone else too.

    ReplyDelete