Saturday, October 8, 2016

Niat Fokus Mindset

Alhamdulillah...

Yeay!!! Second post after the first entry.

Gigih setting nawaitu untuk mengupdate blog ...and taraaa...

Here we are...Hehe (abaikan intro if tak suka)

Encik suami pernah pesan.

"Kita ni kalau nak buat sesuatu...buat je dulu. Outcome datang kemudian. Yang penting kita ada usaha & punya inisiatif untuk memulakan kerja/perkara yang kita nak buat tu. Daripada duduk tak buat apa-apa...asyik duk tunggu, menunggu & maybe ditunggu-tunggu. The outcome still kita tak tahu. Either good or bad/NG result"

Actually suami soleh saya ni pesan banyak kali dah sebab pengalaman selama dia bekerja dan berorganisasi banyak tak terlayan. Pelbagai kerenah bos, orang atasan, orang bawahan dan macam-macam 'peel' orang dia hadap hari-hari. So now, depends on me on how to apply apa yang pernah dia pesan tu. :)

Ok. Ni dia. Tips by Ummu Hamzah (ehem...saya lah tu). Boleh apply untuk apa sahaja perkara yang kita ingin lakukan dan ingin usahakan. Moga Allah permudahkan sampai berjaya terlaksana dengan izin Allah.

1. NIAT
2. FOKUS
3. MINDSET
4. TABIAT/HABIT
5. PERGANTUNGAN PADA ALLAH (paling penting tau!!!)

NIAT

First thing first adalah nawaitu kita. Nawaitu adalah niat.

Ya, segalanya perlu bermula dengan niat dalam hati kecil.

Sebab? Sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, semua itu dinilai oleh Allah berdasarkan apa yang terbit dari hati kita. Adalah sesuatu yang amat merugikan bila sesuatu amalan/ibadah yang kita lakukan, tetapi tidak diterima Allah SWT hanya kerana hati kita tidak tulus berbuat sesuatu ikhlas hanya keranaNya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Siapa yang mempelajari sesuatu ilmu yg seharusnya ditujukan untuk memperolehi redha Allah, tiba-tiba dia tidak mempelajarinya kecuali dengan maksud memperolehi kedudukan atau kekayaan dunia belaka, maka dia tidak akan memperolehi bau syurga di hari kiamat (HR Abu Daud)”.

Niat pasangannya adalah ikhlas. Niat ini perlu datang bersama-sama ikhlas ke dalam hati. Konsep ikhlas kerana Allah mesti ada dalam diri sebelum melakukan sesuatu. Ikhlas ini subjektif. Apabila berbicara mengenai 'ikhlas' ia adalah sesuatu yang amat sukar. Namun, ia perlu dilatih.

Bila ada yang tak kena harus ingat yang kita perlu renew balik nawaitu. Dan setiap kali hendak melakukan sesuatu kebaikan, ingatlah bahawa pada saat itu kita pasti diuji. Syaitan pada ketika itu sentiasa berbisik-bisik supaya kita beramal untuk mendapatkan balasan daripada al-makhluk yang hakikatnya tidak memberatkan walau sedikitpun timbangan mizan kita.

Tolong jangan lupa. Hati manusia ni kan sentiasa berbolak-balik dan banyak penyakit. Dan lagi....niat yang ikhlas susah untuk dijaga apabila hati kita lemah dan diselubungi penyakit hati.

Oh niat! betapa pentingnya kamu dalam hidup kami.

FOKUS

Selalu fokus ni kita nampak pada orang yang berbisnes. Mereka je yang ada. Betul? Ok silap. Yang sebenarnya hidup manusia ni perlu berfokus & ada target yang ingin dicapai. Tidak kira dia itu student, pekerja, bos, cikgu, engineer, doktor hatta suri rumahtangga sekalipun. Jangan beritahu saya yang awak takde fokus hidup. Ok?

Bila kita dah berniat ikhlas secara tidak langsung ianya akan meningkatkan nilai dan kualiti amal dalam setiap pekerjaan kita. Oleh itu, dengan menjaga niat kita di permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap kerja akan membantu kita untuk sentiasa fokus dan bersemangat.

Hasilnya? Kita akan selesaikan pekerjaan kita tepat pada timeline yang telah digariskan dan hasilnya juga insyaAllah terbaik. Bayangkan niat itu tadi bertindak sebagai supervisor yang akan sentiasa memerhati dan memeriksa kualiti kerja yang kita lakukan. Tambahan, kita telah berniat untuk melakukanya kerana Allah, pastinya kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Allah redha dengan apa yang telah kita lakukan.

Fokuskan tenaga dan fikiran kita untuk selesaikan satu-satu pekerjaan. Setelah itu baru next project atau task. Kita akan melihat hasilnya akan jauh lebih baik daripada kita kerjakan pelbagai pekerjaan sekaligus.

Jadi, FOKUS !!

MINDSET

Think.Do.Be
POSITIF

Mindset atau cara berfikir kita yang akan membawa kita meraih tujuan, impian atau gol dalam hidup kita.

Ramai orang yang mengalami masalah besar dalam hidupnya, tidak berjaya untuk bangkit dan terus terperuk dalam hidupnya semata-mata kerana tidak memiliki mindset atau cara berfikir yang dapat menyokong dirinya. Boleh dikatakan mereka yang berjaya dalam hidup atau perkerjaan/bisnes memiliki suatu pola atau mindset yang seakan -akan sama antara satu sama lain. Sebaliknya, mereka yang gagal (pernah atau belum berjaya) juga memiliki persamaan dalam cara berfikirnya. Orang yang negatif selalunya akan berfikir keburukan bakal terjadi. Otak dan fikiran mereka penuh dengan prasagka negatif, berfikir segala sesuatu itu sulit, tidak mungkin dan mustahil. Nampak tak? Sesuatu yang negatif itu tidak akan pernah membawa kita pada kehidupan yang baik.

Tukar mindset daripada negatif ke positif. Mindset positif adalah salah satu cara untuk merubah jalan kehidupan kepada yang lebih baik kerana apa yang sedang kita lakukan sebenarnya adalah bermula daripada apa yang mindset kita fikirkan. Pernah dengar "Ubah fikiran dan dunia akan turut berubah" ? Ya...begitu besarnya sebuah fikiran sehingga mampu mengubah hidup dan kehidupan kerana dengan sebuah fikiran kita akan terlahir sebuah tindakan dan daripada tindakan itulah akan menghasilkan sebuah kesan nyata yang dapat memberikan impak secara langsung pada hidup kita dan sekeliling. Faham?

Manfaat MINDSET POSITIF

1. Hidup akan jadi lebih bermanfaat kerana kita memiliki tujuan hidup yang jelas, kita mahu lakukan perkara yang baik dan kita rasa bahawa hidup ini memang untuk dinikmati dan harus disyukuri.
2. Kemudian dengan adanya mindset positif ini kita boleh berubah menjadi lebih baik, kita jadi lebih ringan dalam mencapai impian @ pekerjaan seharian.
3. Dan yang terakhir perubahan yang positif ini akan terlihat dalam kehidupan: kita, keluarga serta mereka yang ada di sekeliling kita.

Oleh itu,

Bila kita ada sekelumit mindset negatif, maka pentingnya untuk merubah mindset tersebut. Sehingga kemudian kita hanya memiliki mindset positif.

Positif ya ! :)

TABIAT/HABIT

Percaya tak kebanyakan kerja-kerja atau planning yang terbengkalai adalah disebabkan habit kita yang malas, suka perasan 'rasa sibuk' sampai buat kerja last minit dan gemar bertangguh. Haihhhh...betul kan?

Tabiat adalah rutin harian atau kebiasaan yang diulang-ulang yang berlaku secara spontan dan boleh juga berlaku di luar kawalan. Minda tabiat ini terbentuk melalui perkara yang kita lihat,perkataan dan gambaran yang berulang. Jadi, tabiat ini sangat mempengaruhi diri kita dan juga cara kerja kita.

Tabiat berkait rapat dengan perangai dan juga kesihatan. Tabiat yang baik insyaAllah akan menghasilkan perangai dan kesihatan yang baik juga.

Antara fakta mengenai tabiat:

1. Tabiat sering berkata 'bosan' atau 'boring'secara berterusan akan mematikan lebih banyak sel-sel dormant (sel yang hidup dan berpotensi tetapi kurang aktif atau kurang digunakan) di bahagian otak.
2. Tabiat suka berkata 'lantak lah' atau 'biarlah' atau 'peduli apa'  berulang kali akan menyebabkan kolesterol makin banyak terbentuk dan sel-sel dormant bahagian penghadaman juga akan mati dan merosat. Tabiat ini adalah contoh ketidakprihatinan seseorang. Sikap keprihatinan ini dikawal oleh organ Pankreas (CL15) dan Hati (CL12).
3. Mereka yang suka komen complaint atau mengadu domba atau sering meluahkan ketidakpuasan hati atau melihat sesuatu seperti tidak sempurna atau tidak betul atau sebagainya menunjukkan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan perasaan yang jika tabiat ini berterusan biasanya mereka akan mengalami masalah berkaitan jantung, dada dan paru-paru.

Menarik bukan? Fakta ini saya ambil randomly hasil carian Attitude therapy : Tabiat dan Penyakit. Tulisan Prof. Dr. Ariffaizal bin Mohd Nor Ariffin

Tabiat ialah senjata yang hebat.

Jadi, kita perlu mengatur tabiat dan kenal pasti apakah sikap yang boleh menentukan kejayaan hidup. Tundukkanlah ia = tabiat. Kita mahu jadi tuan kepada tabiat, bukan jadi mangsa tabiat.

Cycle tabiat ini akan berulang-ulang setiap hari.

Kuasai tabiat !

PERGANTUNGAN PADA ALLAH

Iya, selebihya adalah sejauh mana pergantungan kita kepada Allah. Allah Ya Bari'. Usaha kita takkan berhasil bila kita lupa Allah. Pergantungan hanya pada Allah bermaksud kita yakin bahawa segala perancangan yang kita buat adalah bergantung kepadaNya. Ia juga dapat mengelakkan kita daripada menerima sesuatu yang tidak diingini.

Setiap mukmin wajib meletakkan pengharapan, pergantungan dan permohonan hanya kepada Allah SWT. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh diharapkan untuk memberi bantuan dan pertolongan. Kesemuanya akan tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah maksudnya :

"Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu" (Surah al-Ikhlas ayat 2)

Satu perkara penting lagi yang tdak kurang kesannya dalam kehidupan adalah berkat dari Allah SWT. Kita hanya berusaha yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara namun natijahnya milik Allah. Segala kemudahan, kefahaman, kejayaan dan apa yang kita peroleh sebenarnya adalah berkat redha Allah. Keberkatan ada di situ. Kita mahu berkat Allah sentiasa melimpahi kita, maka sentiasalah kita menjaga niat dalam hati kita.

Jika kita hidup dengan kesilapan bergantung dan bersandarkan kepada perancangan, perbuatan atau amalan yang dibuat, ini akan membuatkan kita mudah putus asa bila sesuatu hal buruk berlaku kepada kita, dan kita akan mudah bersangka buruk keada Allah. Ianya tanpa kita sedari membuatkan kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana kita berharapkan semoga dengan amalan dan segala pekerjaan kita itu, hidup kita akan dipermudahkan, rezeki akan murah, akan dijauhkan dari bala bencana dan musibah, sedangkan semua kemudahan dan kebahagiaan itu adalah rahmat Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Belas Kasihan, bukan disebabkan perbuatan atau pekerjaan kita. Tiada suatu apa pun yang berupaya memaksa Allah untuk melakukan urusan yang dikehendakiNya.

Akhir sekali, perbanyakkan berdoa agar kita diberikan keikhlasan dalam beramal dan bekerja dan dijauhkan syirik. Kerana amal yang dilakukan kerana manusia (perkara selain Allah) adalah syirik. Dan meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya'.

Bina impian hidup. Contoh:

"Saya nak guna masa sebaiknya. Nak bina kehidupan, bukan sekadar hidup je di dunia ni. Tak nak la rasa macam loser je bazir masa je setiap hari"

Sekian tips daripada Ummu Hamzah. Moga bermanfaat.

Dan semestinya tips ini akan diapply oleh diri sendiri. InsyaAllah...moga Allah permudahkan jalan kehidupan kita :)


Never lose hope in Allah :)


Thursday, October 6, 2016

First Entry 2016


02.04.14

.......

10.07.16


Fuhhhh. Jarak antara kedua-dua tarikh ini adalah 2 tahun 3 bulan. Selama itu juga blog ini tidak ter'updated'. Suatu penyesalan yang tidak disengajakan. Bukan ku pinta jadi begini. Maafkan ku wahai blog T_T

No no no...bukan faktor jarak yang saya nak tangisi tapi faktor ‘sayang’ kerana selama tempoh itu blog ini tidak terisi dengan warna-warni kehidupan, kebaikan & pengajaran yang dapat dijadikan iktibar & renungan diri sendiri suatu masa kelak. Alahaiii.

Alaa….macam la blog ni banyak sangat ‘pengisian’. No no no….stop thinking like that. Orang bukan tahu pun masa awak down & ingin cari kekuatan…blog ini lah yang ku cari buat muhasabah, renungan & perbaiki kelemahan diri. Aku yang dahulu bukan lah aku yang sekarang. True. Indeed.

Pepatah ada menyatakan
“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of Allah”

Sesungguhnya untuk kita berbalik pada masa lalu adalah mustahil sekali. Justeru, perlulah kuat mengharungi masam, manis, pahit, kelat kehidupan & apa jua rintangan & halangan dalam memperbaiki diri menuju Ilahi. InsyaAllah. Sentiasa doakan yang baik-baik.

DIRIKU BERTEMAN

Tak dinafikan faktor ‘peneman setia’ yang sering menjadikan blog ini tidak terisi. Tidak berkesempatan dengan anak kecil yang semakin bijak & mahukan perhatian setiap masa & tanggungjawab rumahtangga & juga sibuk penuhi tuntutan organisasi. Penat & lelah seketika. Kadang-kadang termengeluh sendiri. Kubiarkan sahaja dengan harapan mungkin Allah nak uji kemampuan diri. Positif  ya!

Walaupun saya suri rumahtangga sepenuh masa. Ya! masih terasa diri penat & sibuk & tak berkesempatan mengupdate. Tapi itulah hakikat. Suri rumahtangga mempunyai struggle yang tertentu yang tak sama dengan suri yang bekerja. Begitu juga sebaliknya. 24 jam harus bersama2 si kecil yang sentiasa inginkan perhatian di samping kerja rutin harian yang perlu dilalui setiap hari tanpa jemu.

JADI…

Sejauh mana saya boleh istiqamahkan diri dengan penulisan? Ke mana semangat menulis menghilang? 

Betul....istiqamah dalam penulisan adalah sesuatu yang mencabar mental & emosi.

Tapi…ianya mempunyai kebaikan yang tersendiri buat mereka yang ingin terus perbaiki diri.

:)


Catatan Suri
10.07.16
Jumaat
1.46 pm




Caiyok ummi!!Menulis untuk memberi