Demam Kaffarah Dosa
Bismillahirrahmanirrahim...
Cubaan sungguh bila
dah terkena demam. Macam apa yang pendekar bujang lapok kata bila di suruh tok guru untuk
bertapa di tepi perigi...~Coobaaannn~
Kepala pusing, sendi lenguh-lenguh, badan tak bermaya, tekak rasa tak sedap, mata berair dan jadi
kuyu semacam adalah antara simptom-simptom orang demam dan saya mengalaminya sekarang.
Demam mengingatkan
saya beberapa hadis. Antaranya:
Diriwayatkan dari Abu
Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan
mengujinya dengan kesulitan..
Diriwayatkan juga dari
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg
menimpa seorang Muslim – hatta luka yang disebabkan tertusuk duri – Allah akan
menghapuskan dosa2 nya..
Ibn Mas’ud radhiallahu
‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan,
“Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya
lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar..
Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan – walaupun hanya luka yang disebabkan
tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya disebabkan
kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”
“Sesungguhnya demam
itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi,
sejukkanlah ia dengan air.”
(Riwayat Muslim)
" Tidaklah seorang
muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan
menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan
daun-daunnya"
(HR Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu
mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah
akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan
kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim)
Alhamdulillah
Tatkala saya diuji
dengan demam yang belum kebah ni, saya masih lagi dapat menghirup udara segar
di atas bumi Allah ini. Betapa ruginya saya sekiranya saya tak bersyukur. Kan? Baru
ditimpa satu musibah dah mengeluh. Saat demam nilah rasa diri sangat diuji.
Saya jarang demam dan kalau demam memang akan jadi teruk. SubhanaAllah. Untung
orang yang selalu demam sebab dapat menyucikan dosa-dosa yang telah lalu.
Alhamdulillah. Berbaik-sangka dengan Allah atas sedikit ujian yang telah Dia
berikan.
Kita perlu perbetulkan persepsi bahawa setiap
kali demam, kena pi klinik jumpa doktor...makan ubat doktor atau beli ubat
daripada farmasi. Sebaliknya hayatilah “demam itu kaffarah dosa-dosa yang lalu”.
Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Muhasabah kemanakah saat-saat bernilai bila
kita tidak demam dulu. Adakah nikmat sihat sebelum demam digunakan sebaiknya? InsyaAllah,
demam kita akan mulai baik dan hati kita jadi tenang. Online dengan Allah di
sepertiga malam sambil keluarkan air mata kesyukuran kerana diberi sedikit
peringatan yang sebenarnya tanda kasih-sayangNya. Allahuakbar. Termenung saya
seketika bila mengingatkan. :(
Fakta Demam/Demam Selesema
1. Demam adalah satu gejala bukannya penyakit. Ia merupakan tanda meningkatnya nilai sasaran termoregulator (pengawalan suhu) badan.
2. Sebenarnya demam adalah salah satu cara badan melawan penyakit.
3. Banyakkan minum air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang (elakkan dehidrasi).
2. Sebenarnya demam adalah salah satu cara badan melawan penyakit.
3. Banyakkan minum air, terutama air kosong untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang (elakkan dehidrasi).
4. Gejala-gejala yang paling biasa: tekak kering atau sakit, hidung berair, hidung tersumbat, bersin, batuk, suara parau, mata rasa kepanasan sedikit, hilang deria bau dan rasa & sakit-sakit badan.
Fakta Official boleh klik kat sini (Fakta Tentang Demam dan Demam Selesema)
Lekat kat atas kepala..comel x? -_- |
Alhamdulillah. Berkesempatan bermanja
dengan en.hubby baru-baru ni meskipun simptom-simptom demam tu ada. Masa tu apa yang
terfikir: “Kuatkan diri, kuatkan diri, kuatkan diri suri !!”. Haruslah kuatkan
diri kan nanti en.hubby bosan sebab isteri dia asyik baring je. Dah la jarang
jumpa. Jadi, kesempatan yang ada perlu
digunakan sebaiknya.
Satu kewajipan kami
bila balik kampung di PD: Berdating di pantai (indahnya cinta selepas nikah.
^_^). Misi pagi tu: mencari air kelapa untuk sejukkan badan. Air kelapa
boleh sejukkan badan? Takde fakta yang betul sebenarnya. Ini adalah petua yang
saya amalkan bila badan rasa lain macam.
Cari air kelapa
mula-mula tak jumpa. Rasa keciwa pada asalnya but then, en.hubby suggest untuk cari
lagi di pantai sebelah (PD kan banyak pantai). Alhamdulillah, akhirnya kami
berjumpa dengan the most wanted: air kelapa. En.hubby beli satu biji kelapa je khas untuk isterinya. :). Sungguh tak percaya bila dapat
menghabiskan air tu sorang-sorang. (Kesian en.hubby sebab dapat makan sikit je
isi kelapa tu).
Sehari selepas berpisah dengan en.hubby
“Hmm,
macam makin teruk je demam ni. Suara nak tak nak je keluar..”
“Dah
boleh catu minum air sejuk, makanan berminyak. Malam ni kan tido awal, masuk
lab pakai sweater. Tapi sebenarnya, abang pun rasa nak demam jugak”
“Huhu.
Yeke. Tekak da rasa lain macam eh. Sori ea, sayang penyebar virus”
“Aah,
tapi tadi banyak jugak minum air suam. Xpe, dapat virus isteri sweet kot. ;)”
“Haha.
Virus demam ni jahat..saja nak dengki kan. Ok, minum air banyak-banyak &
rest. :)”
“InsyaAllah
kafarah :). Sayang pn rest cukup-cukup. Malam ni makan awal, lepas isya’ terus
tidoq...”
Untung
sangat bila demam ada orang yang ambil berat...~~hehe
Alhamdulillah...!!
New info, rupanya kalau demam jangan minum air kelapa, makin menjadi demamnya....
ReplyDeletesy mmg takut deman bukan semua org blh minum air kelapa
ReplyDeleteAssalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
ReplyDelete▪
Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
▪
Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
▪
Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
▪
-Kaki luka bernanah
-Badan letih dan lemah akibat kencing manis
-Paling penting dapat lindungi buah pinggang
-Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
▪
🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
▪
Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
▪
Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!
▪
Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
▪
Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
NOTE :
Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.
Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.
En mohd zuhairi 017 468 7570
En mohd zuhelmi 0111 63 82 044
#sharing is caring