Friday, August 12, 2011

CELIK MATH...4,5,6

“In mathematics, six-year-olds can typically count up to "200" and count backwards from "20." They understand the concept of "odd" and "even" numbers and can represent numbers on a number line or with written words. They use increasingly more sophisticated strategies to solve addition and subtraction problems. They also count the sides of shapes to identify them and can combine shapes to create a new one. Six-year-olds can also give and follow directions for moving around a room or on a map.”



          Tak pasti dari mana Cik Sariah dapat info ni. Tapi sangat berguna bagi saya yang akan menjadi tenaga pengajar bermula sebaik sahaja adik saya balik kampung untuk further studynya. Cikgu Matematik. Mengajar untuk budak-budak usia 4,5 & 6 je pun. Takdelah susah mana pun. Syok dengar mereka panggil saya Teacher Suri.
          “Tak susah ko cakap?” Adik saya seakan tak setuju… “Huh, tengoklah camne nanti ko ajar budak-budak tu…” dia geram sebab tengok saya selamba je cakap senang…
And seriously…
          “Susahnya nak ajar budak-budak ni...Operasi tolak dan tambah pun tak dapat nak bezakan lagi. Belum lagi nak handle budak level 1 (4 tahun) yang baru nak kenal huruf….wuwu. Camne ni…” raung saya dalam hati.
Saya sempat training cara-cara mengajar budak-budak ni dengan betul. (Skema je ayat). Bukan setakat mengajar tapi more kepada mendidik mereka. Bermula dengan assembly pagi, tazkirah, hafazan juz amma, hafazan hadith, hafazan doa, slot art & craft, movement dan macam-macam. Camnela nak bagi tazkirah depan budak-budak ni nanti ye…Cabaran, cabaran…cabaran bagi seorang pendidik budak-budak. ^_^
Tapi Alhamdulillah, saya tak perlu nak risau sangat sebab semuanya akan di bantu oleh tenaga-tenaga pengajar yang lain.
Kami selalu diingatkan supaya terapkan perkara-perkara di bawah ni kepada mereka:
1.      Allah bagi dan beri
2.      Allah susun dan tetapkan
3.      Allah perintah dan larang
4.      Allah baik dan sayang
5.      Wajib bersyukur dan berterima kasih kepada Allah
Seperkara menakjubkan bila Allah kurniakan kanak-kanak ini kemudahan dan kesenangan untuk menghafaz. Dari sekecil-kecil bacaan doa bangun tidur sampailah kepada hafazan surah (Al-Ikhlas sampai Ad-Dhuha) mereka dah hafaz. Kita yang dewasa ni pun belum tentu dapat ingat apa yang telah dipelajari dulu. SubhanaALLAH. Segala pujian hanya bagi Allah…
Tiap-tiap pagi dengar mereka berikrar sambil angkat tangan:
We are khalifah of Allah. It is our responsibilities to:
1)      make ourselves good
2)      Help others become good
3)      Make the physical world clean, good and beautiful
Glory be to ALLAH. And all praise be to Him. I bear witness that there is no god but You. And I ask forgiveness from You. And to You I will return.


Lancar sahaja mereka melafazkan ikrar...
‘Akhlak bermula dari rumah’ menjadi satu kebenaran jika ibu bapa dapat memainkan peranannya yang baik dalam mendidik anak. Tidak guna apa yang cikgu-cikgu telah ajarkan di sekolah jika bila di rumah anak-anak diabaikan. Theori diajarkan di sekolah, praktikalnya di rumah. Theori ok tapi praktikal tak ok bagaimana mungkin ilmu yang telah dipelajari setiap dari mereka dapat dihadam.

Nota Suri: Dah lama tahu…tugas seorang pendidik itu susah. Contoh paling dekat: nak mendidik hati pun terasa sukar inikan pula nak didik anak orang. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku agar aku dapat mengembangkan ilmu-ilmu Engkau kepada anak-anak kecil ini Ya Allah….Amiin. 

No comments:

Post a Comment