Wednesday, August 17, 2011

Bicara Hati 7: Kehilangan Itu...

Menatap langit 17 Ramadhan 2011, 3.50 minit petang…terimbau kembali memori-memori lama…kehilangan insan-insan tersayang, kehilangan harta, kehilangan pemberian berharga, kehilangan kepercayaan, kehilangan satu persatu anugerah terindah yang pernah Allah pinjamkan di dunia ini suatu ketika dahulu…

Rasa kehilangan bagi setiap orang berbeza
Kerana hanya jiwa yang merasainya sahaja yang tahu
Ya, kehilangan itu memeritkan
Kehilangan itu membuatkan hati sedih
Kehilangan itu tidak seindah yang disangka
TETAPI kehilangan itu tetap bermakna 
Ia mengajar diri erti ketabahan, kesabaran, kecekalan...

Kehilangan itu takkan kembali lagi 
Sebaliknya ia akan menjadi suatu memori yang akan sentiasa terpalit di jiwa 
Sama ada kita redha atau tidak…
Percayalah wahai kamu
Allah itu Maha Mendengar apa yang setiap hambaNYA bicarakan dalam hati 
Kerana hanya DIA pemilik hati kita yang hakiki

Kehilangan itu betul-betul mengajar diri untuk berdikari di atas bumi Ilahi ini 
Memburu redhaNYA dalam setiap perbuatan yang dibuat, 
tindakan yang diambil, percakapan yang dibicarakan dan segala-galanya. 
Ya, redhaNYAlah yang selama ini diimpi oleh kita
Sebab semua yang ada di sini hanyalah pinjaman semata.

..:Suri:..
Petang 17 Ramadhan



Nota Suriey: Buat Mak Ayahku, Adik-beradikku yang sangat dicintai dan dikasihi. Kalian adalah anugerah Allah yang terindah buat diri ini. Buat sahabat-sahabat seperjuangan...beruntung bertemu dengan kalian yang banyak memberi seribu satu pengalaman berharga dan pengajaran yang berguna untuk diri menempuh alam yang sementara ini.

Ya Allah, tiada kata yang dapat diungkap selain pengharapan daripadaku kepadaMU untuk bekalkan dan salurkan hati dan jiwa ini kekuatan dan ketetapan iman. Mana mungkin aku hidup tanpa petunjuk & hidayah daripadaMU...Amiin
 


No comments:

Post a Comment