Wednesday, July 20, 2011

Saya Dah Matang?

Baru-baru ni saya ada menegur seorang hamba Allah ni. Saya tegur dia supaya jadi lebih matang sempena hari “first day” dia bernafas atas planet ni. Saya tak tahu lah apa yang dia fikir bila saya tegur dia begitu. Mungkin ianya satu kesempatan untuk saya berkata sesuatu. Terpulang kepada dia untuk mengingatnya sampai bila. Kotak memori kadang-kadang memang tak cukup space untuk mengingati kata-kata yang pernah kita dengar, lihat dan baca. Betul kan…Huhu.

Bila fikir balik…sebenarnya saya rasa yang saya juga tak matang. Ada ke orang yang mengaku dia matang? Lawakkan. Apa rasanya bila menegur seseorang padahal teguran itu terkena balik pada diri sendiri. Mungkin istilah matang itu berbeza dari segi deskripsi ataupun pemahaman seseorang. Apa yang saya cuba katakan ialah mungkin ada orang yang merasakan bahawa matang itu terletak pada usia. Ada juga yang merasakan matang ialah proses perubahan sikap. Tak kurang juga ada juga sahabat-sahabat saya yang merasakan matang itu ialah dari segi perbezaan dulu dan kini (mungkin keupayaan dia untuk update fashion, gaya, pakaian dan lain-lain).

Sememangnya matang adalah perkara subjektif. Orang boleh tafsirkan apa-apa sahaja. Boleh jadi matang yang dimaksudkan oleh kita berbeza dengan matang yang dia atau mereka maksudkan. Percayalah, kita tak sama. Bentuk cap jari pun berbeza. SubhanaALLAH

Matang mengikut pemahaman saya bagaimana?
Pertama sekali nak ingatkan, pemahaman kita mungkin tidak sama.

Bagi saya, matang adalah proses individu untuk memahami dirinya sendiri. Noktah. Individu lain sebenarnya tidak berhak menilai diri kita terutama dari segi kematangan. Jika ada yang mengatakan kita matang ataupun tidak matang sebenarnya mereka telah dengan selambanya membuat tafsiran dari luaran. Samaada benar ataupun tidak benar, kita sendiri yang patut tentukannya. Bukan orang lain mahupun orang yang paling hampir. Seriusnya saya ni.

Perkara yang selalu terjadi kepada saya bila ada sahabat mengatakan yang saya ni tak matang. Saya selalu menjawab “Erk, yeke tak matang?? Awak ni…saya kan budak kecik lagi…”. Diiringi dengan senyum tersengih-sengih. Sebab tu kot mereka anggap saya tak matang sebab perangai macam budak kecik malah mengaku budak kecik pulak tu. Tapi ada juga yang mengatakan saya ni matang.

Seperti yang saya katakan tadi, kita sendiri sebenarnya tak dapat nak pastikan bahawa kita dah matang ataupun tidak. “Aku ni matang ke tak ekkk?”. Teragak-agak nak jawab kan. Takpe, jawab dalam hati dan simpan elok-elok jawapan kamu tu. Kalau mereka dengar pun belum tentu mereka percaya.

Persoalan yang sengaja saya timbulkan:

> Bila lihat komen/lawak jenaka/aksi spontan mereka (pensyarah-pensyarah, orang yang sudah bekerja, sudah grad, sahabat-sahabat semasa di kampus dll) menaip dalam wall fb yang kadang-kadang timbul hahaha, hohoho, huahuahua, ngehngehngeh. Adakah mereka tak matang?

> Bila lihat orang yang mukanya serius 24 jam. Adakah mereka matang?

> Bila lihat sikap sahabat yang suka merajuk, makan aiskrim (ada yang tak segan silu mintak aiskrim kat orang). Adakah mereka tak matang?

> Bila lihat sikap dan tanggungjawab orang-orang disekeliling kita terhadap amanah yang diberi…ibu ayah, ketua keluarga, pengarah program dll. Adakah mereka matang?

> Bila lihat orang layan budak-budak sampai kadang-kadang mereka pun same jadi macam budak-budak. Adakah mereka tak matang?



Tak Matang Simbolik kepada Kanak-kanak

Kita pernah jadi budak-budak. Jadi, tidak hairanlah jika kita bergaul dengan budak-budak perangai kita pun akan jadi seperti budak-budak sebab kita pernah mengalaminya suatu masa dulu. Rasa bahagia, seronok dan enjoy kan. Sekurang-kurangnya terlepas sedikitlah bebanan dan tekanan yang terpaksa kita hadap hari-hari (samaada di tempat kerja, rakan-rakan, keluarga dll).

Hidup kanak-kanak penuh dengan keseronokkan. Main dari pagi sampai ke petang tanpa perlu memikirkan apa yang akan berlaku kelak. Sangat bahagia. Mintak sahaja dengan mak ayah apa yang mereka mahu pasti akan dapat tak kesah bila. Halatuju hidup kalau ditanya pasti mereka tak tahu nak jawab macammana. Main ikut orang je. Belum lagi jika ditanya apa tujuan hidup di atas bumi Allah ini. Tidak sama dengan orang dewasa.

Buat kita-kita yang berada di alam nyata…zaman itu sudah berubah. Tapi bukan bermakna kita tak dapat kecapi kebahagiaan seperti apa yang kanak-kanak itu kecapi. Faham kan maksud saya.

Dan....bila kita jadi macam budak-budak bukan bermakna kita tak matang…=)

Matang bila melihat suatu kesabaran ada hikmah

Baru-baru ni saya balik ke kampung. Bangun pagi excited nak kemas dapur…basuh pinggan mangkuk dan pelbagai. Tengah siap-siap nak sediakan sarapan untuk abang pergi kerja, masa tulah saya terdengar kata-kata yang related dengan posting saya. “Kematangan itu adalah bila seseorang melihat sabar itu ada hikmah”. Lebih kurang begitulah ayat yang ustaz dalam tv tu cakap dalam rancangan Tanyalah Ustaz. Tajuk diskusi pada pagi itu adalah berkenaan rumahtangga. Tapi saya belum kahwin lagi tau. Saje menambah ilmu sikit-sikit dan tajuk dia agak menarik.

Saya sangat-sangat setuju dengan kata-kata itu. Biasalah kan dalam rumahtangga banyak cabarannya. Contoh mudah saya ambil mak ayah saya. Mereka sering bertekak, bertengkar, bergaduh. Dari kecik sampailah sekarang. Mungkin sekarang lebih elok sikit berbanding dulu sebab anak-anak dah besar panjang. Bila mereka bertengkar mereka akan mula mengungkit kisah-kisah lama. Tak puas hati itu ini. Sakit hati sana sini. Sampaikan adik beradik pun jadi sakit hati dengan perangai keduanya. Sorang ego, sorang lagi tak nak kalah. Macam-macam kami rasa masa tu.

Mereka selalu bergaduh. Pernah kerusi patah. Pernah pinggan mangkuk berderai. Pernah juga pintu dinding pecah. Dahsyat kan. Tapi bila mereka selesai bergaduh, bertikam lidah, luahkan perasaan tak puas hati…walau apapun mereka tetap akan sejuk balik. Selalunya dalam seminggu jugaklah keadaan semua jadi reda balik. Merajuk sekejap je...

Pengajaran yang penting yang kami adik beradik boleh ambil dari sini sangat banyak. Dah faham sangat-sangat perangai mak ayah. Apa yang tak boleh, apa yang sensitive, apa yang tak patut dibuat…semua kami hadam. Nama pun anak mak & bapak kan.

Pejam celik…saya yang sedang menaip ni dah pun besar. Matang? InsyaAllah. Alhamdulillah, segala puji hanya kepada ALLAH. Berkat kesabaran mereka (mak & bapak) juga kami adik beradik…kami dapat hidup satu keluarga selama lebih 28 tahun dah. Allahuakbar.


Matang yang sebenar-benarnya? 


Sengaja saya posting tajuk ini. Posting ini boleh buat diri sendiri muhasabah balik. Adakah kita matang? Matang yang sebenar-benarnya?

Posting saya bukanlah nak menunjuk-nunjuk mahupun sekadar bercerita. Saya masih lagi hamba Allah yang penuh dengan kelemahan. Saya hanya mahu berkongsi. Mudah-mudahan Allah meredhai setiap perbuatan dan perlakuan saya selama ini.

Adakah amal ibadat yang kita lakukan ini sudah betul-betul matang atau dalam erti kata yang lain adakah mantap?
“Bersangka baiklah dengan sekalian manusia kerana ia lebih baik buatmu. Bersangka baik dengan Pencipta manusia itu sendiri (ALLAH) kerana ia jauh lebih baik buatmu”

 Wallahualam...

No comments:

Post a Comment