Sunday, September 16, 2012

Jagalah Kata-kata & Setiap Gurauan!




Bila berhadapan dengan perkara yang kita rasa sangat tidak selesa berhadapan dengannya. Apa perlu buat?

Take it easy...Cool. Allah Maha Mengetahui. Bila kita rasa geram, sedih, marah...ingatlah semua perasaan itu tidak akan pergi ke mana sebaliknya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Something wrong somewhere. Mula-mula mungkin kita tak dapat nak kawal perasaan itu sebab ianya hadir tanpa kita sedar. Itu adalah fitrah manusia. Kita ada perasaan yang kita sendiri tidak dapat sembunyikan daripada seseorang. Betul.


Contoh, seorang ibu gembira hingga mengalirkan air mata melahirkan seorang anak. Seorang ayah  memarahi anaknya kerana degil. Seorang sahabat mengalirkan air mata kerana terguris dengan kata-kata sahabatnya sendiri. Sekumpulan rakyat berdemo kerana rasa geram dengan tindakan pihak kerajaan yang tidak telus dalam menjalankan amanah. Seorang perempuan meluahkan rasa kerana sensitivitinya tercalar. Seorang lelaki marah kerana dirinya rasa tercabar.

Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama seperti apa yang orang lain fikirkan. Salah faham mungkin juga telah berlaku di situ. Itu pentingnya membersihkan hati daripada segala perkara yang boleh mengganggu fikiran. Segera tekan butang pause!

Saudaraku, jagalah kata-katamu..

Kata-kata itu lebih tajam daripada mata pisau.

Terutama bila berhadapan dengan ibu dan ayahmu. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita perlu jaga agar hati keduanya tidak terguris. Hati ibu dan ayah siapa yang tidak hancur bila anak mereka yang selama ini dikandung, dijaga, dipelihara serta ditatang bagai minyak yang penuh itu mengeluarkan kata-kata tidak sopan, mengherdik dan menghina diri mereka. Mungkin kita boleh lihat sendiri dalam drama bagaimana anak yang derhaka terhadap kedua ibu bapa. Dalam dunia realiti kebanyakannya pun telah wujud drama-drama seperti itu. Anak tidak menghormati kedua ibu-bapa dan sebagainya.

Sesungguhnya kata-kata itu boleh menterjemahkan perasaan yang pelbagai. Baik sang pemberi atau sang penerima.

Jagalah kata-katamu wahai sahabat-sahabat fillah. Mungkin kita sendiri tidak sedar bahawa kata-kata yang pernah kita lafazkan dulu boleh mengguriskan hati seseorang. Kita tidak tahu dan kita tidak boleh membuat andaian bahawa kita tidak pernah sekalipun mengguris hati seseorang. Manusia itu tidak sempurna. Ada sahaja silapnya. Bila ada silap, perlu segera minta maaf dan buat pusingan U-Turn kepada Maha Pencipta.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Orang yang tak jaga hati kita, sakitkan hati kita, guriskan hati kita…orang itu bagaimana? Nak biarkan sahaja? Saya akan jawab tanyalah hati. Rasa tak selesa? Luahkan. Kita akan rasa sangat puas bila kita meluahkan sendiri pada Ya Latiff (Yang Maha Melembutkan) agar hati kita lembut memberi maaf dan melepaskannya.

Tanpa mereka tersebut kita tidak akan kenal realiti kehidupan. Let go of it…"Let bygones be bygones.". Biar masa berputar meninggalkan sejarah lama.

Tanpa kata-kata tidak akan jadi apa-apa. Jadi, mengucapkan kata-kata yang baik dan tidak berlebihan dalam bergurau adalah perkara yang paling baik dalam menjaga ukhwah.


Sensitifnya!

Seorang perempuan sangat sensitf. Kecil punya hal boleh menjadi besar. Terutama bila melibatkan hal-hal maruah. Makhluk yang berasal dari Venus ini juga sangat lembut hatinya. Bila ada hal sensitif yang berlaku, hatinya sangat cepat terguris. Tapi itu bukan bermaksud tak boleh kata apa-apa kepada mereka. Biarlah bertempat. Bergurau biar kena pada tempatnya.  

Kita akan sentiasa diuji olehNya. Non-stop. Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita lakukan setiap hari. Baik perbuatan atau perkataan. Perempuan perlu menjaga lidahnya dan telinganya daripada bercakap atau mendengar sesuatu yang tidak elok.

Sensitiviti setiap individu adalah berbeza. Baik lelaki mahupun perempuan. Seorang pasangan mengambil masa berapa lama untuk mengenal pasangannya? 2 tahun tidak cukup, 10 tahun belum cukup kenal. Mungkin belasan atau puluhan tahun barangkali? Itupun belum tentu kita dapat tahu segalanya tentang dia.


Bila Allah melambatkan sesuatu permintaan kita?

Bukan bermakna Dia tidak sayang pada kita. Sesungguhnya Dia sayang kepada setiap hambanya yang beriman dan bertaqwa. Boleh jadi Dia melambatkan permintaan kita sebab mungkin kita tidak cukup bersungguh, kita masih lagi lalai, leka, alpa atau mungkin juga kita tidak bersedia menerima sesuatu tanggungjawab.

Barangkali hubungan kita dengan Dia tidak cukup kuat dan mungkin kita sendiri tak matang lagi dalam menguruskan jadual ibadah kita. Solat taubat jarang-jarang, solat sunat kadang-kadang, solat yang wajib itu kita sendiri buat sambil lewa. Pandangan kita tak jaga, sedekah tak ambil peduli. Syariatullah dan Sunnatullah kita abaikan.

Bila ianya terkena pada diri kita sendiri kita akan rasa kecewa. Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui akan bolak-baliknya hati-hati hambaMu. Permintaan kita yang lambat dimakbulkan mungkin sebagai kafarah dosa yang kita sendiri tidak sedar. Astaghfirullahaladzhim.


Jom jaga hati.

Bila kita jaga hati kita InsyaAllah Allah akan pelihara dan jaga hati kita juga. Jangan pernah rasa lelah menjaga hati sendiri dan hati orang lain kerana hati itu kunci akhlak dan keikhlasan kita. Jaga hati dengan zikrullah, ingat Allah dan segala nikmat yang kita terima hari-hari. Jaga hati mereka yang menjaga hati kita dengan baik. Be strong and stay strong!

Jangan biarkan hati kita gelap daripada memandang dunia dan segala perhiasannya. Kita tidak akan pernah keseorangan. Kita sentiasa dikelilingi oleh keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat dan makhluk-makhluk yang lain. Yang paling penting kita ada Dia.

Berlapang dada

Yup, solusi terbaik bila berhadapan dengan perkara yang buatkan kita rasa sangat tak selesa adalah dengan berlapang dada tapi tak semua perkara yang kita terima kita boleh berlapang dada. Berlapang dada perlu buat dengan ikhlas.

Bersangka baik dengan semua orang. Itu yang terbaekk! ^^



Syam_Suri 
T_T 
Sad -> Smile -> Love -> Thank You Allah..







No comments:

Post a Comment