Friday, August 12, 2011

Setting niat di Bulan Ramadhan


Lewat kebelakangan ni, minda saya selalu berputar berkenaan facebook. Mencari apa masalahnya. Dalam sehari tak sah kalau tak klik 2-3 kali laman tu. Maksudnya kalau pagi dah bukak, petang bukak lagi, malam pun bukak jugak. Macam ketagih pulak. Sebelum ni sekali je sudah memadai. Apa salahnya bukak banyak kali?
Takde salahnya pun. Saya sengaja ambil langkah berjaga-jaga sebab takut dengan saya sekali terhanyut sama dalam laman sosial yang "femes" tu. Lagi satu, sebenarnya saya takut berhadapan dengan masalah “hati”. Seperti kata kebanyakan orang laman ni banyak mendedahkan rahsia seseorang. Melalui status dan shoutout yang dipostkan, kita boleh tahu peribadi orangnya macammana, sifat dan perangainya kita boleh tahu dan macam-macam lagi. Melalui gambar apatah lagi. Satu gambar sahaja boleh tafsirkan pelbagai andaian. Bahaya kan.
Kalau mereka post perkara yang kita kurang sukai, janggal dsbnya bukankah secara automatik kita akan terasa yang kita sedang mengumpat mereka di belakang? “Ish, ape la si fulan ni…” “Erk, betul ke dia ni si fulan….dulu lain sekarang lain…” Tambahan pula, mereka yang menjadi topik perbualan kita pada hari tu mungkin kawan baik, kawan lama yang sama-sama jalani liku-liku kehidupan dulu.
Facebook banyak keburukan dari kebaikan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Laman ni juga punya manfaat yang boleh kita kongsi bersama. Dengan share artikel yang berguna, kita boleh selamatkan berpuluh-puluh orang yang jiwanya menderita mungkin juga beratus-ratus jika friends kita sampai beribu-ribu. Dengan berkongsi pendapat, kita boleh luaskan skop perbincangan yang punya nilainya dan berkait rapat dengan cara hidup Islam yang kita sedang tempuhi sekarang. Dengan hanya tulis beberapa perkataan, kita boleh tarik minat dan sedarkan mereka yang sedang tersasar dari landasan. SubhanaALLAH. Banyak bukan?
Itu pun jika kita bijak gunakan laman ni dengan betul. Sebarkan informasi, sebarkan dakwah, sebarkan mutiara kata yang boleh menjernihkan hati orang. Sebarkan….apa sahaja yang boleh mendekatkan mereka dengan pemilik hati ini iaitu ALLAH SWT. Secara tak langsung, apa yang telah kita postkan itu dapat menyuntik iman dalam diri kita sendiri untuk terus kekal berada di tempatnya. Lima taquluna mala tafaluun?



HATI TAK TENANG
Mesti ada something wrong somewhere .  Bila kita nak post sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama, selalu timbul “Ish, betul ke aku nak post bende ni…?” “Takutnya nak post…orang bukan nak like pun” “Post benda lain lah…yang orang suka…haa, post pasal menu kek yang aku buat menjadi pagi tadi” “Malulah nak shout…takde orang pun nak like
Niat yang asalnya baik…bertukar jadi serba salah…takut orang tak bagi respon, malu sebab takde orang nak like, segan sebab kita ni bukan alim sangat pun. Kemudian hati jadi tak tenang. Last-last tak jadi nak post benda yang berkemungkinan boleh bawa manfaat yang besar pada diri orang lain. Kesian…
Satu lagi yang bisa terjadi…kita post sesuatu kemudian takde sape nak like…kita pun jadi down, tak nak dah post lagi. Baik jadi pemerhati dari berkongsi sesuatu. Klik pada home dan browse sampai ke bawah tengok status orang, jika bernasib baik boleh dapat ayat-ayat yang best, artikel-artikel yang berguna dan banyak lagi yang disharekan oleh friends kita. Bila orang tengok page kita? Lesu, sepi macam tak berpenghuni. Rugi je. Lagi kesian...
SETTING NIAT KENA BETUL
Semua perkara yang kita buat sentiasa bermula dengan lintasan niat dalam hati. Niatkan hanya semata-mata kerana ALLAH. “Alah, nak posting bende alah ni pun nak kena ada niat jugak ke kak?” Niat kerana ALLAH bukan semata-mata kita nak ALLAH permudahkan kita dalam setiap urusan yang kita lakukan dik bahkan skopnya kita boleh luaskan. Kita nak supaya ALLAH permudahkan setiap orang membacanya, memahaminya dan terima hidayah untuk menerima sesuatu yang kita kongsikan. Itukan niat kerana ALLAH juga.
Satu lagi hati kena mahu ikhlas. Kalau tak ikhlas kemungkinan akan timbul penyakit was-was dalam hati. Kita jadi ragu-ragu adakah ALLAH menerima dan redha apa yang kita telah buat? Kemudian penyakit-penyakit yang lain jugak akan timbul. Jika hati kita ikhlas, kita kena yakin dan percaya setiap perkara yang kita lakukan di saksikan oleh Dia Yang Maha Melihat.
Bulan Ramadhan Kareem ni sangat ramai friends yang posting kata-kata indah, artikel-artikel bermanfaat, isi-isi ceramah yang berguna dan banyak lagi. Tak kurang ada jugaklah yang berkongsi tentang menu masakan sahur, berbuka puasa dan banyak lagi. Padanlah berkali-kali saya klik laman ni. Pagi, petang, malam. Nak turut merasai perkongsian tersebut. Manusia dikurniakan otak antara sebabnya untuk menjana idea. Idea untuk berkongsi setiap orang berbeza. Betul kan? Tapi jangan sampai apa yang kita mahu kongsikan itu mengundang rasa riak pada diri kita. Nauzubillah…buang penyakit tu jauh-jauh.

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )
 
Semoga bulan Ramadhan ini menjadikan kita seorang hamba yang bersyukur kepadaNYA atas segala anugerah dan nikmat yang telah diberi selama ini. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment