Friday, August 12, 2011

Allah masih sayang


          Pernah tak kita merasakan yang pada hari itu hari sangat lapang…tiada kerja yang hendak dibuat atau hendak diselesaikan dengan cepat lalu kita buat pilihan untuk melayari internet sekejap…tak lama…alasan nak cari pengisian sikit.
          Laman web yang mula-mula bukak mesti facebook. Nak cari dan update sesuatu konon.  Satu persatu wall sahabat-sahabat yang kita tengok. Friends pulak ada ramai…daripada sekolah rendah sampailah ke kawan-kawan satu kampus. Duduk merata cerun dan pelusuk bumi Allah…ada yang masih belajar, sambung belajar, menunggu panggilan untuk kerja…tak kurang juga ada yang sudah mendirikan rumahtangga.
          Men"view" page orang, melihat gambar-gambar mereka memang melekakan. Masa terasa singkat. Sekejap sangat-sangat sampai tak sedar pun kita dah duduk berapa jam kat situ hanya semata-mata menengok apa yang dipostkan orang. Fitrah manusia juga: “kalau boleh hendak tahu semua benda.”
          Ada yang postkan lagu, ceramah…kita pun dengarlah. Selalunya daripada youtube. Syok pula dengar lagu-lagu yang dipasang kita pula mahukan lagu-lagu yang kita mahu dengar daripada youtube terutama lagu terbaru daripada penyanyi yang kita gemari. Daripada leka dengan laman facebook kita jadi leka dengan laman youtube. Internet pulak laju sekali. Sekali klik terus dia loading sampai habis…tak tersekat-sekat seperti kebiasaan.
          MasyaAllah. Kita dilekakan dengan satu persatu cabaran dan dugaan. Lebih-lebih lagi zaman sekarang…bila dengan hanya satu klik sahaja boleh lihat semua benda. Tak payah melancong jauh-jauh…klik pada browser, kemudian tengoklah pemandangan di mana kita nak tengok? London, Paris, New York? Kalau kita pergi pun belum tentu dapat tangkap gambar-gambar yang menarik. Inilah cabaran duduk dalam rumah yang dilengkapi dengan kemudahan wifi yang laju.

HATI TERDETIK RASA SERBA SALAH
            Dalam keasyikan dan kelekaan melayari internet tiba-tiba hati merasa serba-salah. Tak senang duduk sebab jiwa kita berada dalam keadaan lagho. Lagho sebab ia boleh melalaikan hati kita dalam mengingati Allah. Bilamana sibuk menghadap laptop bila masa pula hati mahu mengingat Allah? Syaitan pulak sibuk mencucuk jarum “Alaa, sekejap je lagi, lepas habis bukak ni tutuplah laptop…buat kerja lainlah pulak. Sekejap je eaaa….” Kita pun terkena dengan bias jarumnya. Masih mengendahkan rayuan hati untuk memberhentikan perkara lagho tu. Kita hanyut dengan kecanggihan teknologi manusia….
            Bila masa tersedar? Makcik memangil untuk membantu mengajar mengaji budak-budak yang datang petang tu. Serta-merta tangan mencari butang shutdown dan tutup suiz laptop. “Ya Allah….Astaghfirullahaladzhim….” Berkali-laki lafaz itu diucap meraih simpati Allah. “Saya sangat-sangat nakal…bad thought dalam bulan Ramadhan..”
[Ya Allah, jauhkanlahku daripada perkara yang boleh melalaikanku daripada mengingatiMu, Ya Allah]   
TANDA-TANDA KASIH SAYANG ALLAH?
1)      Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan. Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang sudah pasti tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian.
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: Seiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya”

2)      Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seorang kekasih menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar.
Firman Allah, ertinya: “ Mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutamakan yang lain berbanding dirinya sekalipun mereka pun mempunyai keperluan sendiri.?”

3)      Tenggelam dalam zikrullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan sentiasa mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah ialah suka mengingatinya (zikir), sukakan Al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

4)      Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepda Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepadaNya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebih baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kaih sayangnya??


5)      Tidak bersedih di atas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.

6)      Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. 
Kata al-Junaid; “Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah?”

7)      Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah.
Firman Allah; ertinya: “Orang-orang yang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka.?
  
Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah. Kasihnya disertai takut di bawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang mengatakan takut itu bertentangan dengan kasih. 
Sebenarnya tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauhkan diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w, ertinya: “Hud telah memutihkan kepalaku.?"
Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah ketika mendengar potongan ayat, ertinya: “Alangkah jauhnya kaum Thamud. Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaum Thamud?"
Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka. Rujukan asal sini: link

"Selama-lamanya ALLAH dekat di hati...."

No comments:

Post a Comment