Sunday, May 26, 2013

"Terima Seadanya"



Suatu malam, si suami bertanya sesuatu kepada si isteri.

“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh? ”

“Ok..tanyalah” dalam fikiran si isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan jawapannya senang untuk dijawab.

“Sebutkan 5 perkara yang sayang tak suka daripada abang”

Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.

Sunday, May 19, 2013

Sejenak tentang Jodoh & Perkahwinan

Jodoh bukanlah matlamat. Ia cuma alat untuk lebih dekat denganNya. Tika ini, jika jodoh belum kesampaian, jangan jadikannya penghalang untuk tetap mencapai matlamat kita menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Hanya cintaNya tidak mengecewakan.” (dipetik dari Blog Sebarkan Bahagia – Ustazah Fatimah Syarha)

Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cintaNya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah. Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta!” (dipetik dari Segmen Remaja : Majalah Solusi Edisi 36 – Ustazah Fatimah Syarha)

Saturday, May 18, 2013

Tukar Cara Kita Melihat Sesuatu


~Experience is the best teacher~

Catatan ini dibuat pada 15 Mac 2012. Saya baru menyedari catatan ini ketika meng’godak’ (istilah baru saya belajar daripada En.Zauj) draft catatan dalam folder laptop. Dengan penambahan sedikit point, akhirnya draft yang sekian lama tersimpan dapat dipublish di sini. Alhamdulillah.

15 Mac 2012
Khamis
5.30 petang

Salah satu pengalaman berharga bagi saya. Berapa kali tersalah naik komuter. Kali ni saya buat kesalahan yang memberi makna tersirat. ^_^

Sayang...Bahagiakah Kita?



Akan tiba masanya jiwa akan terasa kosong
Walau ditarbiyyah bertahun-tahun lama
Tanda hati sedang diuji 
Untuk melihat tahap keimanan dalam diri

Wednesday, May 15, 2013

Hakikat Bahagia Itu

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
 
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

 Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran...

Tag : Lirik Hakikat Bahagia - UNIC 

Saturday, May 11, 2013

Kenapa Hati Menjadi Keras - Muhasabah Ustaz Don



Sidang penonton yang saya kasihi sekalian,

Dalam satu hadith Nabi SAW yang mulia, nabi ada sebut kepada kita, “Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada Allah SWT kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras” dan dihujung hadis itu nabi sambung nabi kata “Dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras”

Sidang penonton yang saya kasihi sekalian,

Dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu, ayah, bos, majikan, pekerja, rakan sekerja...kita tak lari daripada bercakap. Tapi persoalan yang kita nak muhasabah diri kita hari ini apabila kita cakap...cakap kita itu mengingati Allah ataupun tidak. Bukan kita kena berzikir 24 jam (kalau boleh buat begitu...bagus, Alhamdulillah).

Tapi, kita kena sedar, kita manusia biasa kita tak boleh buat begitu. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah kita bercakap seperti biasa tapi macammana percakapan biasa kita itu nak dijadikan zikir mengingati Allah SWT. Contoh yang mudah saya boleh bawa...kita berbual kita bersembang ada tak sering kali kita mengaitkan perbualan kita dengan Allah SWT. Kita mengatakan “Alhamdulillah kita berjaya buat. Syukur, Allah yang memudahkan urusan.” MasyaAllah. Itu adalah salah satu zikir.

Dan sidang penonton,

Kalau kita sebut dalam perbualan kita berkaitan dengan makanan contohnya “MasyaAllah, sedap makanan ni. Allah bagi kita dapat rasa makanan ni” Tapi persoalan saya hari ini, muhasabah kita hari ini, bila kita bercakap dengan kawan, kita cakap dengan majikan, kita cakap dengan rakan sekerja, kita cakap dengan ibubapa kita, kita selit tak perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mengingati Allah SWT dan andaikata kalau kita bercakap benda yang sia-sia..saya pesan diri saya, saya pesan kita semua kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap, banyak gelak yang sia-sia...ingat! ini passport nak bagi clear kita berpotensi jadi orang yang hati keras.

Dia kalau hati keras nabi tak kata apa, takpe...persoalannya, masalahnya/problemnya nabi kata dekat akhirat nabi kata “Orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hatinya keras”. Ini yang saya takut untuk diri saya dan kita semua. Saya lagi banyak bercakap tapi saya tak tahu samada percakapan saya ni bermanfaat ataupun tidak. Saya mengharapkan Allah jadikan percakapan saya ni percakapan sebagai suatu kebajikan.

Macammana dengan sidang penonton sekalian?

Cakap yang kita lontarkan, kita sampaikan mesti kena betul. Cuba elakkan daripada gosip, cuba elakkan daripada kita mengata, cuba elakkan daripada kita mengumpat. Semua ini akan menyebabkan hati kita menjadi keras. Dan orang hatinya keras orang itu paling jauh dengan Allah SWT sedangkan kita sentiasa mengharapkan Allah dekat dengan kita untuk kita doa supaya Allah dengar.

Ibu nak doa untuk anak...nak doa ibu makbul supaya anak berjaya.
Anak nak doa agar ibu yang sudah pergi tidak diseksa oleh Allah SWT.
Suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga.
Majikan nak doa untuk kesejahteraan company/syarikatnya.

Jadi semua orang memerlukan doa untuk mengharapkan Allah dekat tapi macammana Allah nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras. Jadi kategori orang yang Allah nak dekat tiada.

Cuba kita renungkan sekejap...tanya diri kita “Macammana agak-agak kita nak buat untuk beri jadi percakapan kita satu zikir yang sentiasa mengingati Allah SWT. Mulut kita mengeluarkan kata-kata. Dia pasti menjadi saksi kta di akhirat. Telinga kita mendengar perkataan kita. Dia pasti menjadi saksi di akhirat kelak. Dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan kepada Allah andaikata kita banyak bercakap orang ini hatinya keras dia jauh dari Engkau wahai Allah.

Adakah kita? Kita sama-sama muhasabah diri... 


video