Thursday, December 29, 2011

Santai 1: Anak itik alim??

Yan dan yani suka bergaduh. Perang mulut lah senang kata. Tak puas hati kenapa macam tu kenapa macam ni. Yan sebagai kakak selalu mengalah. Yani pula sebagai adik bongsu suka memberontak. Bila dua-dua bergaduh, saya ambil part..tukang leraikan. Kadang-kadang jadi batu api sekejap. Bagaimana cara saya nak leraikan mereka? Saya bukan air, saya bukan api...

Waktu saya belajar dulu, kalau air dicurahkan ke api...api itu takkan padam malah bertambah marak. Yelah, air sebaldi nak dicurahkan ke api yang besarnya seperti sebuah rumah. Mana boleh kan?


Cinta itu SUBJEKTIF

Salam sayang buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Jarang saya memperkatakan soal cinta. Cinta itu subjektif. Sesiapa sahaja boleh menilai cinta itu mengikut persepsi masing-masing. Dalam banyak-banyak definisi cinta yang ada, saya tertarik dengan definisi cinta yang telah diucapkan oleh watak Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Puisi Cinta oleh Anna Althafunnisa ; 

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan


Tuesday, December 27, 2011

Masukkan benang Al-Fatihah ke dalam lubang hati

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, Allah masih gerakkan hati ini untuk menulis. Moga hari-hari seterusnya saya akan istiqamah jua. Posting kali ini bukan saya yang menulisnya tapi orang lain. Sumber saya tak pasti ambil daripada blog siapa. Asif. Harapnya penulis tersebut mendapat ganjaranNya sebab dia menulis perkongsian yang memang terbaik....^^


XXX


Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?

Thursday, December 22, 2011

Temanku An-Nisa, Ar-Rijal


Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..


Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
 Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!

Sumber: http://baitulmuslim.com/content/dari-sahabat-khas-buat-sahabat

BEST FRIEND until JANNAH

5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.

 Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.

Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.

Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.

Tuesday, December 20, 2011

Permudahkan...jangan merumitkan.


Perlunya kita untuk terus dan terus berusaha mendidik hati. Menuju dan seterusnya mencapai redha Allah yang diimpi. Harus diingat kebiasaan dan ‘terbiasa’ akan menjadi habit/tabiat  yang sukar dibendung. Tabiat inilah yang membentuk akhlak dalam diri seseorang.
Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

Saturday, December 17, 2011

Sepi...jangan biarkan.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sudah lama blog ini menyepi. Sepi dengan pengisian, tazkirah, cacatan-catatan penting bagi penulis. Bukan salah sesiapa. Salah penulis juga. Setiap hari adalah semestinya hari yang penuh pengertian. Hari di mana setiap saat kita bernafas adalah sebenarnya atas rahmat dariNYA. Tiada kompromi.

Sunday, November 27, 2011

Tom

      Suatu masa dahulu saya ada seekor kucing. Kami beri nama Tom padanya. Kenapa Tom? Sebab Tom adalah nama English yang membawa maksud kucing jantan. Tom sangat jinak, cerdik, lincah dan sememangnya kami suka bermain dengannya.
     

Thursday, October 6, 2011

Nota Kehidupan

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[Surah al-Baqarah : 216]
Pagi yang tenang ini begitu mudah untuk memulakan satu episod baru dalam kehidupan. Kehidupan yang sentiasa mengimpikan kebahagiaan. Permudahkanlah Ya Allah...


Mencorak satu lakaran pada kanvas kosong begitu mudah tetapi tidak semudah mencorakkan lakaran dalam kanvas kehidupan manusia. Mungkin setengah sahaja yang berjaya menghasilkan corak lukisan yang cantik dan indah dan mungkin sesetengah yang lain tidak begitu gembira dengan apa yang dihasilkan. 


Wah, hebat betul analogi dan kiasan yang saya buat pagi ni...^^


Point yang penting: Apabila kita berubah untuk menjadi diri kita yang terbaik, Allah akan buka laluan seluas-luasnya untuk hambaNYA dengan jalan yang terbaik. Yakinlah janji Allah:
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." [Surah An-Nahl: 97]

Wednesday, September 14, 2011

KAPUR & KAYU PEMADAM & Kisah AL-QURAN & KARPET

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada  kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. 

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. 

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". 

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita  tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." 

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."  

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita
akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."


Tuesday, September 13, 2011

MeNORMALkan hati

Be happy...^____^
Bila hati tenang, nak buat kerja pun susah. Apa jalan yang ada? Baik diteruskan niat itu ataupun berhenti. Jika berhenti kita akan rasa rugi tapi bila diteruskan diri sendiri pula jadi ragu samaada dapat meneruskan perjuangan ataupun tidak. Alahai, mana nak dapatkan ketenangan jika bukan daripada Dia?

Monday, August 22, 2011

Interview Kali Ke..?

Menatap laptop 
22 Ramadhan…

          Alhamdulillah..setelah beberapa hari mencari informasi berkenaan tempat kerja yang bakal meng"interview” saya selang beberapa hari lagi akhirnya saya telah ditemukan oleh Allah dengan jawapan yang sangat memuaskan hati. 

          Sudah semestinya perasaan sedih dalam hati terasa sebab peluang untuk ditemuduga oleh panel dah terlepas (jawatan eksekutif syarikat insurans/takaful yang terkenal di Malaysia). Tetapi Alhamdulillah perasaan itu telah pun terubat dengan rasa ketenangan yang cukup menyenangkan. Sekurang-kurang selepas ni dah takdelah rasa was-was dalam hati samaada kerja yang saya buat ni berlandaskan syara’ ke tak atau duit yang bakal diterima nanti ada unsur syubhah ke tak dan lain-lain perasaaan yang hadir.
          
          Seperti yang kita sudah sedia maklum, umat Islam TIDAK BOLEH bekerja dengan pekerjaan yang terlibat dengan riba. Memanglah syarikat itu ada takaful. Insurans dan takaful: benda yang sama tapi tak serupa tau. Bila adanya percampuran atara keduanya, kita pun jadi ragu-ragu “Duit gaji yang bakal kita terima tu dijamin halal ke. Sumbernya pun kita tak pasti?”

Wednesday, August 17, 2011

SIAPA: Mansur Al-Hallaj, SALAH FAHAM DUNIA SUFI

17 Ramadhan....
6.45 petang...

Suatu perkara telah menarik perhatian saya sebaik sahaja selesai membaca komen-komen dalam artikel SaifulIslam.com "Ketidakpastian Yang Disengajakan"- Klik sini.

Komen berkaitan dunia Sufi...

CARILAH SUMBER ITU

Siapa Mansur Al-Hallaj? Saya search beberapa laman web. Ternyata wikipedia berjaya memudahkan pemahaman saya. Klik sini

Husain ibn Mansur al-Hallaj atau biasa disebut dengan Al-Hallaj adalah salah seorang ulama sufi yang dilahirkan di kota Thur yang bercorak Arab di kawasan Baidhah, Iran Tenggara, pada tanggal 26 Maret 866M. Ia merupakan seorang keturuna Persia. Kakeknya adalah seorang penganut Zoroaster dan ayahnya memeluk islam. Al-Hallaj merupakan syekh sufi abad ke-9 dan ke-10 yang paling terkenal. Ia terkenal karena berkata: "Akulah Kebenaran", ucapan yang membuatnya dieksekusi secara brutal.

Bagi sebagian ulama islam, kematian ini dijustifikasi dengan alasan bid'ah, sebab Islam tidak menerima pandangan bahwa seorang manusia bisa bersatu dengan Allah dan karena Kebenaran (Al-Haqq) adalah salah satu nama Allah, maka ini berarti bahwa al-Hallaj menyatakan ketuhanannya sendiri. Kaum sufi sejaman dengan al-Hallaj juga terkejut oleh pernyataannya, karena mereka yakin bahwa seorang sufi semestinya tidak boleh mengungkapkan segenap pengalaman batiniahnya kepada orang lain. Mereka berpandangan bahwa al-Hallaj tidak mampu menyembunyikan berbagai misteri atau rahasia Ilahi, dan eksekusi atas dirinya adalah akibat dari kemurkaan Allah lantaran ia telah mengungkapkan segenap kerahasiaan tersebut......

Baca selanjutnya di wikipedia.....

DUNIA SUFI

Ternyata, ada juga salah faham bila dikaitkan dengan dunia sufi.

> Orang Sufi anti-Syurga dan tidak takut Neraka?
> Penyaksian Sang Ombak
> Salah Faham terhadap Dunia Sufi
> Roh jiwa dan Nafs
> Perjalanan mencari Yang Haq
> Mereka yang memusuhi Dunia Sufi
> Sejarah Sufi

Bakal terjawab bila baca kat sini:

Klik sini: JALAN SUFI
Klik sini jugak: SUFI NEWS



Nota Suri: Semoga dipermudahkan pembacaan dan pemahaman tentang dunia kesufian....Wallahualam.

Bicara Hati 7: Kehilangan Itu...

Menatap langit 17 Ramadhan 2011, 3.50 minit petang…terimbau kembali memori-memori lama…kehilangan insan-insan tersayang, kehilangan harta, kehilangan pemberian berharga, kehilangan kepercayaan, kehilangan satu persatu anugerah terindah yang pernah Allah pinjamkan di dunia ini suatu ketika dahulu…

Rasa kehilangan bagi setiap orang berbeza
Kerana hanya jiwa yang merasainya sahaja yang tahu
Ya, kehilangan itu memeritkan
Kehilangan itu membuatkan hati sedih
Kehilangan itu tidak seindah yang disangka
TETAPI kehilangan itu tetap bermakna 
Ia mengajar diri erti ketabahan, kesabaran, kecekalan...

Kehilangan itu takkan kembali lagi 
Sebaliknya ia akan menjadi suatu memori yang akan sentiasa terpalit di jiwa 
Sama ada kita redha atau tidak…
Percayalah wahai kamu
Allah itu Maha Mendengar apa yang setiap hambaNYA bicarakan dalam hati 
Kerana hanya DIA pemilik hati kita yang hakiki

Kehilangan itu betul-betul mengajar diri untuk berdikari di atas bumi Ilahi ini 
Memburu redhaNYA dalam setiap perbuatan yang dibuat, 
tindakan yang diambil, percakapan yang dibicarakan dan segala-galanya. 
Ya, redhaNYAlah yang selama ini diimpi oleh kita
Sebab semua yang ada di sini hanyalah pinjaman semata.

..:Suri:..
Petang 17 Ramadhan



Nota Suriey: Buat Mak Ayahku, Adik-beradikku yang sangat dicintai dan dikasihi. Kalian adalah anugerah Allah yang terindah buat diri ini. Buat sahabat-sahabat seperjuangan...beruntung bertemu dengan kalian yang banyak memberi seribu satu pengalaman berharga dan pengajaran yang berguna untuk diri menempuh alam yang sementara ini.

Ya Allah, tiada kata yang dapat diungkap selain pengharapan daripadaku kepadaMU untuk bekalkan dan salurkan hati dan jiwa ini kekuatan dan ketetapan iman. Mana mungkin aku hidup tanpa petunjuk & hidayah daripadaMU...Amiin
 


Tuesday, August 16, 2011

Bicara Hati 6: Sepasang Kaki Itu

Sepasang kaki itu berjalan-jalan…
Ketidakpastiannya dalam menentu arah tujuan sangat jelas
Banyak tempat disinggahi
Tetapi
Kemahuan kaki itu untuk melangkah diturutkan jua
Ia inginkan ketenangan
Lalu berjalan-jalan memerhati sekitar
Langit ditatap sepuasnya
Dengan harapan ketenangan itu datang
Seiring dengan desiran angin lembut yang membelai tubuhnya
Lalu, ketenangan yang ingin dicari tidak kunjung tiba
Sebak rasa di jiwa
Pilu merajai dirinya
Hampa mencengkam sanubari
Dia bermomolog besendirian
Sampai bila aku harus begini?
*
*
*
Banyak hari berlalu…
Lalu ia temui jawapan
~Ketenangan itu hanya datang daripadaNYA~

..:Suri:..

"Kehidupan adakalanya sangat memeningkan, payah & sukar. Semakin kita mencari jalan, semakin banyak pula rintangan & kesukaran. Kita mungkin bingung, boleh jadi kita mengeluh dengan kepayahan yang dialami. TETAPI yakinlah dirimu & diriku bahawa ALLAH sentiasa sahaja memberikan yang terbaik untuk kita. Bukankah ALLAH bersifat Ya RAHIM?" 

Sunday, August 14, 2011

OST Imam Muda...^_^

 

Hambamu - Mawi feat Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
 
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
 
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
 
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
 
HambaMu Allah
HambaMu Allah