Thursday, December 29, 2011

Cinta itu SUBJEKTIF

Salam sayang buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Jarang saya memperkatakan soal cinta. Cinta itu subjektif. Sesiapa sahaja boleh menilai cinta itu mengikut persepsi masing-masing. Dalam banyak-banyak definisi cinta yang ada, saya tertarik dengan definisi cinta yang telah diucapkan oleh watak Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Puisi Cinta oleh Anna Althafunnisa ; 

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan


Ya Allah....
Sangat unik CINTA itu,
CINTA itu Kau ciptakan,
CINTA itu Kau hadirkan,
CINTA itu Kau anugerahkan,
Dalam hati setiap manusia,
Yang mengimpikan kebahagiaan jiwa.

Ya Allah....
Andainya jika Kau hadirkan rasa CINTA itu dalam hati,
Biarlah ia tersimpan, 
Biarlah ia tersirat,
Biarlah ia terpendam dalam dada,
Sebelum lafaz itu terucap,
Barulah ia terjaga daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Ya Allah....
Ku mohon kekuatan,
Ku mohon bimbingan,
Ku mohon ketabahan,
Menghadapi ujian-ujian dunia.

Ya Allah....
Ikhlaskan diriku menerima CINTA,
Ikhlaskan diriku memberi CINTA,
Ikhlaskan diri kami Ya Allah.

Dan sesungguhnya...
"Tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia itu sendiri..." (R.A)
Sweet kan....^_^

No comments:

Post a Comment