Tuesday, December 20, 2011

Permudahkan...jangan merumitkan.


Perlunya kita untuk terus dan terus berusaha mendidik hati. Menuju dan seterusnya mencapai redha Allah yang diimpi. Harus diingat kebiasaan dan ‘terbiasa’ akan menjadi habit/tabiat  yang sukar dibendung. Tabiat inilah yang membentuk akhlak dalam diri seseorang.
Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”
Aristotles melemparkan sebuah pendapat: karekter kita dibentuk oleh kebiasaan-kebiasaan kita. Kita adalah apa yang kita kerjakan secara berulang-ulang. Oleh kerana itu, keunggulan bukanlah sesuatu perbuatan tetapi suatu kebiasaan. Jadi, jika kita membiasakan diri kita untuk bersifat jujur terhadap sesuatu perkara, maka jujur itulah yang akan mnjadi karekter kita. Sebaliknya, mereka yang kebiasaannya bersifat dusta dan tidak menepati janji maka kebiasaan itulah yang akan mnjadi karekter baginya.

Akhlak=Karekter

Karekter itu penting…buat seseorang yang bergelar daie. Semua orang adalah daie bukan? Menyampaikan apa yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW kepada sesiapa yang bergelar muslim berpandukan Al-Quran dan Hadis. Jika masih lagi tidak mengaku, sekurang-kurangnya kita adalah daie kepada diri kita sendiri. Kita perlu berdakwah kepada diri kita sendiri continuously. Mencari ilmu yang boleh mendidik dan membentuk jiwa dalam setiap ibadah yang dilakukan.

Disebabkan kerekter inilah ramai daie-daie di luar sana kecundang. Tewas dengan kebiasaan yang mereka cipta. Bertudung labuh tetapi masih lagi bercakap sebarangan, berkopiah tetapi hebat menghentam orang sana sini, waktu solat tidak dijaga, sakit-menyakiti hati orang lain, gurau senda yang berlebihan, bersikap riya’ terhadap ibadah yang dikerjakan, malas, leka dan sering mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi, buruk sangka melebihi baik sangka sesama mereka.
Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin berkata, “Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia, sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia”.
Saya suka mendiamkn diri. Sebab itu sering juga disalahtafsir. -_-. Berdiam diri itu baik tetapi hanya untuk sesetengah perkara yang bukan bidang kita.  Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa kita perlu belajar daripada kesilapan sndiri. Jadi, cakaplah apa sahaja yang terlintas dalam kepala…samaada baik atau buruk kesannya…kemudian mintak maaf kembali jika tersilap kata, menyinggung perasaan dan sebagainya sebab kita hanyalah hamba Allah yang lemah. 

Kadang-kadang orang menilai kita lebih dari kita nilai diri sndiri. Dan selalu juga kita terima pendapat dan kritikan yang mengguris hati. Sebenarnya, sebaik-baik nilaian adalah nilai di sisi Allah. Allah sentiasa menilai hambaNya yang taat dan sentiasa istiqamah. Buat apa sahaja perkara yang menjadikan hati kita tenang, ketepikan apa yang membuatkan hati tak senang. Mudah bukan? 


Sekuat manapun keazaman untuk berubah, kalau tidak diringi dengan mujahadah akhirnya akan tersungkur kembali. Justeru, kita perlu mencari kekuatan diri untuk lari dari kebiasaan yang melalaikan hati daripada mengingati Allah. Bangun buat kali pertama memang mudah, tapi untuk bangun untuk sekian kali setelah berkali-kali terjatuh, mungkin sesuatu yang membebankan. Tapi kita haruslah ingat bahawa Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan mereka.

Allah SWT menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.”
Melihat anak-anak itu, renungan kembali pada diri. Bukan merenung ke belakang tetapi merenung masa depan yang tak pasti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hati ini. Mampukah aku mendidik mereka, dengan kebiasaan yang dimiliki sekarang? Memikirkan itu, hati semakin resah. Berdebar-debar. Dalam diam, diri ini berharap dan berdoa, walau siapa pun yang bakal memimpinku kelak, diri ini redha dan mengharapkan Allah memimpin kami dan menguatkan kami untuk membentuk dan membina kebiasaan yang mampu membawa kami  menuju Syurga yang Abadi . Terasa diri tak layak menempah tiket ke destinasi indah itu….=(

Permudahkan…jangan merumitkan. Sesungguhnya Islam itu mudah….^_^

No comments:

Post a Comment