Thursday, December 29, 2011

Santai 1: Anak itik alim??

Yan dan yani suka bergaduh. Perang mulut lah senang kata. Tak puas hati kenapa macam tu kenapa macam ni. Yan sebagai kakak selalu mengalah. Yani pula sebagai adik bongsu suka memberontak. Bila dua-dua bergaduh, saya ambil part..tukang leraikan. Kadang-kadang jadi batu api sekejap. Bagaimana cara saya nak leraikan mereka? Saya bukan air, saya bukan api...

Waktu saya belajar dulu, kalau air dicurahkan ke api...api itu takkan padam malah bertambah marak. Yelah, air sebaldi nak dicurahkan ke api yang besarnya seperti sebuah rumah. Mana boleh kan?


Bila mulut bertemu mulut. Sangat payah nak leraikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Betul kan? Masing-masing mahu menang. Siap tarik-tarik muncung macam itik. Itik kalau dia tarik muncung, mulalah pot pet pot pet. Lucu pulak bila bayangkan.

Satu jelingan tajam sebenarnya sudah cukup untuk leraikan mereka. Jelingan siapa? Hehe.....

ANAK ITIK ALIM??

Suatu petang kami berkumpul. Saya yang memulakan dialog petang itu…  

“Tahu tak anak itik ni sebenarnya alim.....?”

“Yeke? Mana tahu?” Yani mula respon.

“Haha…Suri saje nak kelentong tu…” Yan mencelah.

“Betullah…tak tipu…” Saya ambil salah seekor anak itik itu dari dalam bakul kemudian tunjukkan pada mereka. 

“Cubalah cari jawapan…kenapa anak itik ni alim? Kalau dapat jawapan, saya kemas bilik ngan dapur nanti…” Suri senyum sebab pasti budak-budak ni tak dapat nak jawab.

“Hmmm…”

Tiba-tiba ibunda tercinta masuk ke dalam rumah. Mahu mencari mancis api…

“Mak nak buat apa dengan mancis tu?”

“Nak bakar sampah kat luar rumah tu. Dah bertimbun dah…”

“Nak ikut….” Saya letak anak itik itu kembali ke tempat asal sambil cari tudung dalam bilik untuk ikut mak bakar sampah. Luar rumah je pun…tu pun nak ikut. huhu

“Oit…jawapan dia ape?Kenapa anak itik tu alim?”

“Haha…lorr, tak dapat jawapan lagi ke? Sebab…kan anak itik tu ade tanda hitam kat dahi dia…kalau biasa kan orang alim ni dahi dia bertanda hitam…”

Yan dan yani dua-dua serentak…
“Ek eleh Suri ni….tak masuk akal langsung”

Saya tersenyum meleret…Haha...dah terkena...

Tapi betulla....anak itik tu ada tanda hitam kat dahi dia. Cuba tengok kat bawah ni....
Ada tanda hitam kat dahi anak-anak itik ni...


Kualiti gambar tak berapa nak elok....Santai je...


Syam_Suri

No comments:

Post a Comment