Sunday, November 27, 2011

Tom

      Suatu masa dahulu saya ada seekor kucing. Kami beri nama Tom padanya. Kenapa Tom? Sebab Tom adalah nama English yang membawa maksud kucing jantan. Tom sangat jinak, cerdik, lincah dan sememangnya kami suka bermain dengannya.
     
Tom adalah satu-satunya kucing yang kami bela masa itu. Disebabkan itu, bila Tom tiada dirumah, saya seolah-olah kehilangan kawan untuk bermain. Bila balik dari asrama, masuk je pintu rumah, saya akan terus mencari kelibat Tom. Sungguh tak matang kan saya ni. 
      Tahun demi tahun, Tom semakin berusia. Tom suka sangat tangkap tikus yang selalu buat bising atas siling rumah kami. Sebab itu mak ayah saya juga begitu sayangkannya. Bulu Tom putih dan bertompok hitam. Saya masih ingat lagi masa kami adik beradik berebut nak namakannya, ada yang mahu nama Tompok, Comel dan macam-macam. Akhirnya, saya menang. Kekal lah nama Tom.
      Satu lagi kegemaran Tom...dia suka tangkap cicak. Pantang nampak cicak kat dinding. Bila dia nampak cicak, badannya mula dibongkokkan, matanya tajam memandang ke arah dinding sambil perlahan-lahan dia gerakkan badan menghampiri dinding. Bila dah rasa dekat, cepat-cepat dia lari dan lompat untuk tangkap cicak. Saya kagum jugak kat Tom. Bayangkan dia lompat tingginya menyamai tinggi ayah kami. Tinggi kan? 
      Disebabkan hobi Tom adalah tangkap cicak...kami adik-beradik pun berkongsi hobi yang sama. Masa tu cicak banyak sangat dalam rumah kampung kami. Jadi, tiap-tiap malam bila nampak cicak atas siling atau dinding, kami akan berebut untuk tangkap. Tangkap guna tangan ataupun lastik guna kertas. Guna cara tu lebih senang cicak jatuh. Bila dah dapat tangkap kami akan ambil benang dari mesin jahit antik mak kemudian ikatkan benang tu pada kaki cicak. Lepas dah ikat, kami lepaskannya kembali kat dinding. Tapi cicak tu tak dapat lari kemana-mana sebab dah kena ikat. Setelah puas, akhirnya kami beri pada Tom untuk dia makan/main atau beri terus pada mak untuk dibuat umpan tangkap ikan.
Saya sangat sayangkannya....
      Satu hari, seperti biasa balik dari asrama, saya terus cari Tom. Saya nampak dia kelihatan lemah, asyik baring dan kelihatan sangat tak bermaya. Biasanya, kalau dia bangun sahaja dari tidur atau baring, bila saya ajak bermain dengan lidi atau benang, dia akan terus lincah tapi kali ini tidak.
      Bukan sahaja kelihatan tidak bermaya, dia sering juga muntah. Muntah hijau. Saya selalu juga tengok dia makan lalang-lalang hijau depan rumah. Sebab itu ke punca dia muntah? Kesian saya tengok. 
      Akhirnya kami dapat tahu puncanya. Mak beritahu yang dia ada letak racun tikus untuk bunuh tikus. Kemungkinan untuk Tom kena racun tinggi sebab dia suka tangkap tikus dan memakannya. Masa tu saya harap sangat Tom kuat dan tak apa-apa. Saya balik semula ke asrama.
      Tak lama kemudian, Tom tak pulang-pulang ke rumah. Kami mengandaikan dia mati. Kemungkinan dia tak mahu kami sekeluarga sedih dengan pemergiannya. Tamatlah kisah saya dengan Tom....
Kisah I - Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W.

Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan
gelaran Abu Hurairah r.a.


Kisah 2 - Sumber : KotaSantri.com (website Indonesia)

Pada masa Jahiliyah orang memanggilnya Abdu Syams (budak matahari). Setelah Allah memuliakannya dengan Islam, Rasulullah SAW bertanya, "Siapa nama anda?"

"Abdu Syams," jawab Abu Hurairah singkat.

"Bukannya Abdur Rahman?" tanya Rasulullah.

"Demi Allah, anda benar. Nama saya Abdur Rahman, ya Rasulullah!" jawab Abu Hurairah setuju.

Tapi, mengapa yang lebih popular nama Abu Hurairah, bukan Abdur Rahman? Padahal nama itu pemberian Nabi SAW. Nama Abu Hurairah adalah nama panggilannya waktu kecil. Waktu itu ia punya seekor kucing betina yang sering diajaknya bermain-main. Oleh karena itu teman-temannya menjulukinya Abu Hurairah.


Setelah Rasulullah SAW tahu asal-muasal panggilan itu, beliau sering memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab. Dan sebenarnya, Abu Hurairah sendiri lebih suka dipanggil Abu Hirr berbanding Abu Hurairah. Konon, hirr itu artinya kucing jantan, sedangkan hurairah kucing betina. Menurut Abu Hurairah, kucing jantan lebih baik dari kucing betina.
Tak ada pulak dinyatakan sumber kedua-dua kisah tersebut...

p/s: Ini adalah cerita zaman kecik-kecik saya dulu. Ramai orang kata zaman kecik-kecik adalah zaman untuk kita develop perasaan samaada perasaan sayang dan sebagainya. Zaman kecik-kecik adalah zaman yang takkan kita lupakan. Ianya penuh dengan segala kegembiraan, kesenangan dan seribu satu kenangan..... 

No comments:

Post a Comment