5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.
Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.
Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.
Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.
Sepertimana iman kita ada masanya naik dan ada masanya turun. Seperti roda. Seperti itulah kita. Ada waktu kita berenggang, ada waktu muncung akan ditarik, ada waktu kita benci , ada waktu kita menyampah kat seseorang sampai taknak tengok muka dia pun, ada waktu juga kita rasa kecewa, mudah menangis bila kita rasakan tiada siapa perlukan kehadiran kita….
Tapi semakin meningkat dewasa apabila mengikuti dan melalui sendiri proses pentarbiyyahan kita akan rasa kita sebenarnya mempunyai sahabat baik. Sahabat paling baik. Bila kita keseorangan dia akan mendekati secara perlahan-lahan, bila kita marah, dia akan berusaha untuk meredakan hati dan menyejukkan hati, bila kita sedih, dia akan menemani kita sampailah kesedihan itu hilang. ‘Dia’ adalah sahabat terbaik kita.
Siapa dia? Dia itu adalah Tarbiyyah. Sesungguhnya dia didatangkan oleh Allah SWT Yang Maha Mngetahui segala isihati kita. Kita tersenyum sendiri. Itulah diri kita sebenar-benarnya. Kita sememangnya memerlukan perhatian dan kasih-sayang.
GADUH-GADUH BAIK SEMULA
Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai ke hari ini. Semasa berada di sekolah menengah (budak-budak lagi) dan alam kampus. Biasalah, bila dinamakan perempuan mesti berkait dengan emosi sebab “woman comes from Venus” planet yang mementingkan perasaan dan menitikberatkan hal-hal dalaman berkaitan penampilan, jiwa, peribadi, support, moral issues dan sebagainya.
Mempunyai sahabat baik adalah perkara yang paling menggembirakan bila berada di asrama…semua benda dilakukan bersama-sama…makan, outing, bercerita, pergi prep, angan-angan, balik kampung dll.
Dan perkara paling kita benci adalah bila kita terpaksa berpisah. Rasa macam separuh badan dah hilang sebab kita akan fikirkan tiada siapa yang memahami diri sebaik 'best friends'. Masalah juga selalu timbul bila kita terlalu rapat sampaikan benda kecil boleh dijadikn isu yang besar. Contoh: merajuk.
Sama juga semasa berada di alam kampus…disebabkan tak bertegur sapa, kami disalahertikan. Salah faham selalu timbul bila salah seorang tidak bercakap. Orang lain nampak semacam je..... Confius, rasa marah, rasa diperlecehkan dsbnya.
Tapi tak lama pun. Sama seperti “air dicincang takkan putus”. Walaupun peribahasa ni sesuai untuk hubungan adik-beradik tapi saya gunakan juga sebab hubungan kami pun tak ubah seperti adik-beradik. Adik-beradik dalam keluarga tarbiyyah dan dakwah. Cuma lain-lain mak ayah.
Alhamdulillah. Sekejap sahaja, tak lama. Semua masalah setel. Dengan izinNya-kami berbaik semula.
UKHWAHFILLAH
Ukhwah - hubungan.
Fillah - kerana Allah.
Ukhwahfillah = hubungan (persahabatan) kerana Allah.
Ia sering dilafazkan setiap kali berpisah atau menyambut hari kelahiran atau sempena hari persahabatan, atau pun sekadar reminder suka-suka. Ukhwah kita adalah semata-mata kerana Allah. Hati-hati ini telah ditautkan Allah melalui aqidah yang satu. No more ‘merajuk’. No more ‘terasa hati’. Yang ada hanyalah ‘sincere relationship’. Hubungan ikhlas semata-mata hanya keranaNya. InsyaAllah.
Kalau dahulu kami selalu menyelitkan kata-kata ‘Best Friends Forever’ dalam setiap helaian kertas request dan dalam buku-buku latihan/rujukan...sekarang kata-kata yang bermakna adalah:
‘Best Friends Until Jannah’
Huhu. Sweet x??…^_^
SILATURRAHIM KERANA ALLAH
Mereka yang mengharapkan ganjaran dunia daripada seorang sahabat adalah bukan sahabat yang sejati.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10 bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara".
Kerana setiap orang mukmin adalah bersaudara, maka ikatan persahabatan antara orang mukmin adalah berbeza dengan orang non-muslim kerana hubungan persahabatan yang dibina ikhlas dan tulus kerana Allah adalah lebih kukuh, utuh dan teguh.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Ada tiga hal yang apabila ada pada seseorang, nescaya dia akan merasakan manisnya iman; menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya. Dan apabila mencintai seseorang, dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah. Dan dia enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya seperti dia enggan dilemparkan ke neraka."
No comments:
Post a Comment