Tuesday, September 13, 2011

MeNORMALkan hati

Be happy...^____^
Bila hati tenang, nak buat kerja pun susah. Apa jalan yang ada? Baik diteruskan niat itu ataupun berhenti. Jika berhenti kita akan rasa rugi tapi bila diteruskan diri sendiri pula jadi ragu samaada dapat meneruskan perjuangan ataupun tidak. Alahai, mana nak dapatkan ketenangan jika bukan daripada Dia?


Siapa yang Rugi?
Maksud firman Allah (SWT): "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi" (Ali Imran: 85)

Maksud firman Allah (SWT): "Hai, orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (Al Baqarah: 208)


Maksud firman Allah (SWT): "Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia ini dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (Huud: 15-16)


"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, dan kamu beriman kepada Allah; dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, niscaya lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah

orang-orang yang fasik" (Aali 'Imraan: 110)

... Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamumu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu

nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagi kamu... (Al Maa-idah: 3)

Nota Suri
Setiap hari saya tak lupa untuk mendoakan agar keluarga, sahabat-sahabat dan mereka yang dikenali sentiasa berada di dalam peliharaan Allah SWT, juga bebas daripada sebarang perkara yang dapat menggugat ketenangan dan kebahagiaan hidup (mencari redha Ilahi). Doakan saya juga. InsyaAllah….amin.

No comments:

Post a Comment