“Sesuatu yang tak diduga tiba-tiba datang tanpa dipinta. Mimpi yang dahulunya samar-samar seakan jadi realiti…diri ditemukan dengan jawapan kepada persoalan mimpi yang membelenggu diri selama ini. Sejak dari tahun satu lagi. Tapi apakah benar apa yang dihadapi kini??
Tak dapat nak jelaskan melalui kata-kata. Fikiran masih tak percaya…mencari kebenaran dan kekuatan untuk mempercayainya.But still…is it true….???
Allah…,what’s Your opinion??”
Mimpi menjadi harapan ataupun jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran. Berusahalah memahami mimpi kerana hanya kita yang paling memahami kehidupan kita sendiri. Namun, perlu juga manfaatkan proses khusus bagi menajamkan kepekaan dan memahami symbol yang muncul dalam mimpi. Walau bagaimanapun, bukan semua mimpi itu dapat ditafsir. Hanya mimpi yang jelas sahaja dapat ditafsir. Mimpi yang hanya mengandungi keresahan dan pesisme pula tidak perlu ditafsir.
Direkodkan daripada Abu Hurairah, katanya,
“Nabi berkata, ‘Apabila kiamat semakin dekat, mimpi muslim menjadi hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi muslim adalah 1 antara 45 bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga jenis iaitu mimpi yang baik atau khabar gembira yang datang daripada Allah, mimpi yang sedih iaitu mimpi yang datang daripada syaitan. Akhir sekali mimpi yang datang daripada bisikan diri sendiri. Apabila salah seorang antara kamu bermimpi perkara yang tidak menyenangkan, dia perlu bangun daripada tidur lalu mengerjakan solat. Jangan ceritakan mimpi itu kepada manusia”
Tafsiran mimpi. Bolehkah?
Mimpi adalah salah satu daripada manifestasi keperibadian Islam. Pentafsiran mimpi hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memperoleh hikmah Yusufiyah (orang yang mampu mentafsir mimpi sebagaimana Nabi Yusuf). Pentafsiran rahsia mimpi yang sebenarnya termasuk dalam dimensi mukasyafah iaitu dimensi yang sukar dijelaskan dengan menggunakan logik alam syahadah.
Allah berkata dalam surah Yusuf, ayat 101;
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengurniakan aku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tafsir mimpi…”
Kata-kata ini mengisyaratkan adanya pentafsiran mimpi. Malah, pentafsiran mimpi itu adalah anugerah Ilahi. Pentafsiran mimpi juga tidak mempunyai konotasi yang negative contohnya perasaan was-was daripada syaitan yang dibisikkan kepada para dukun bagi mendapatkan nombor ekor. Pentafsiran mimpi adalah wahyu yang diberikan kepada para nabi ataupun ilham yang diberikan kepada orang soleh.
Tingkatkan amal
Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan sifat-Nya Dia berikan pelbagai nikmat kepada kita iaitu salah satunya adalah akal yang membezakan manusia dengan binatang untuk berfikir dan mendalami serta menghayati keindahan alam ciptaan-Nya. Apakah sama orang Islam dengan orang yang beriman? Semoga Allah mengilhamkan kita dengan petunjuk-petunjuk yang baik untuk kehidupan kita di masa depan.
Nota kaki: Alhamdulillah, tidak sia-sia beli buku terbitan PTS (Hebatnya Kuasa Istikharah). Saya syorkan kepada semua untuk membacanya kerana ia bukan sahaja memberikan jawapan kepada persoalan istikharah yang kita buat selama ini tetapi menambahkan kepekaan kita betapa hebatnya kuasa solat untuk menghubungkan dan mendekatkan diri kita dengan-NYA.
"Limataquluna mataf'aluun"
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment