Pengalaman yang paling menarik masa cuti sem baru-baru ni. 3M: Menjaga, Mendidik dan Mengasuh baby dan budak-budak di TASKA Haluan Insan, Bangi.
“Teacher Suri” panggilan sweet yang diterima daripada anak-anak kecil tu. Ahmad mmar, Adam Haras, Ali Imran, Aisyah, Auni, BIsha, Humaira, Abdul Rauf, Fahim Amzar, Adnin, Balqis, Akif, Nabil, Kakak, Nadia….^^
Pelbagai kerenah dan ragam. Kadang-kadang pening kepala dibuatnya. Tak menang tangan kalau nak layan satu persatu perangai masing-masing. Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang sebulan berkhidmat dengan Makcik Liza dan Makcik Sariah.
Yang pastinya anak-anak kecil itu banyak cakap dan kadang-kadang persoalan yang mereka ajukan membuatkan kita terdiam seketika. Ammar, anak murid yang sentiasa menjadi perhatian. Comel dan manja. Senang didampingi. Satu hari dia bertanya:
“Teacher Suri, syaitan tu lembik ke?”
Mula-mula terkejut. Ambil masa seketika sebelum menjawab.
“Syaitan tu ada kat mana-mana. Tepi kita, belakang, depan belakang…syaitan tu jahat…Ammar tau kan. Keje dia menghasut manusia je..sebab tu jangan ikut hasutan syai…..”
“tan….”. Ammar menyambung ayat.
Kebiasaan yang dibuat oleh cikgu-cikgu untuk tengok respon murid-murid. Teacher Suri tersenyum…tak menjawab soalan budak tu rasanya. Berfikir seketika…macammane dia boleh ajukan soalan tu. Bila fikir-fikir balik, budak-budak ni suka tengok CD judul syaitan. Sketsa pendek mengenai syaitan serta doa-doa untuk melindungi diri daripda syaitan. Mungkin dia pelik syaitan tu boleh masuk ikut telinga, jadi lembik macam awan…huhu
Begitulah…fenomena biasa yang diterima. Banyak soalan-soalan yang pelik diterima setiap hari. Rutin harian:
7.00 pagi : Sambut anak-anak di pintu pagar.
9.30 pagi : Makan pagi
12.30 tengahari : Makan tengahari
1.00 : Bersiap untuk tidur
4.30 : Minum petang
5.30 : Parents mula jemput anak-anak.
Kalau baby..2 kali tidur: pagi dan tengahari. Susu kena bagi 3 kali: pagi, tengahari dan petang. Rumit juga untuk tidurkan baby. Paling suka mandikan baby-baby tu sebab baby-baby suka main air. Banyak bende baru yang dapat belajar. Alhamdulillah..
Simple je keje tapi perlukan kudrat yang besar untuk sentisa perhatikan dan melayan mereka. Kalau yang tak biasa dengan budak-budak agak susah untuk handle terutama baby.
Jom, tengok gambar-gambar gelagat anak-anak saya...^_^:
Ammar yang comel dan manja |
Adam dengan robot. Kreatif budak ini.. |
Auni yang pendiam. Jarang dengar dia bercakap. Diam-diam ubi berisi. Banyak gunakan tindakan dari bercakap. |
Bisya. Budak ini kuat bercakap. Celoteh tak berhenti-henti. |
Y for Teacher Yan but....kenapa Y tu senget?? |
Aisyah solehah. Akk kepada Ammar. Bijak orangnya. |
Damia, Humaira, Ammar, Adam, Ali Imran, Aisyah. Sayang semua...^^ |
Clean in place. Budak-budak ni pandai kemas balik lepas main, kalau tak Teacher Yan marah. |
S for Teacher Suri...^^ |
No comments:
Post a Comment