"Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu berkaitan apa pun kecuali dengan cara yang diatur Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam" at-Takwir: 29
Rasulullah berkata mengikut rekod Jama'ah,
"Tidak akan menyesal sesiapa pun yang beristikharah kepada Allah dan bermusyawarah dengan manusia serta mempunyai ketetapan hati dalam urusannya."
Rasulullah berkata mengikut rekod Thabrani,
"Orang yang mengerjakan solat istikharah tidak kecewa. Orang yang suka musyawarah tidak menyesal. Orang yang suka berjimat tidak kekurangan."
Fenomena Terkini
Ramai orang berpendapat bahawa dengan solat istikharah ini kita dapat menentukan apa keputusan yang terbaik yang dapat kita perolehi dalam kehidupan di dunia. Memilih sesuatu yang diluar jangkaan kita sememangnya sukar dan rumit untuk memikirkannya...apatah lagi bila ia melibatkan hidup jangkamasa panjang: pekerjaan, suasana persekitaran, anggapan masyarakat, penerimaan keluarga, kondisi hati, keyakinan dan keraguan terhadap sesuatu perkara dan sebagainya.
Ya, istikhrah itu adalah merupakan salah satu jalan untuk kita berhubung dengan Allah, pemilik sebenar hati ini. Segala sesuatu adalah dibawah kuasa-Nya kerana kita hanyalah seorang hamba. Tugas hamba adalah sebagai khalifah di muka bumi ini dan menegakkan agama dan syariat yang telah dibawa oleh junjungan besar nabi kita: Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, sememangnya perlu untuk kita selalu berhubung terus dengan-Nya bagi mendapatkan ketenangan hati dan fikiran iaitu hanya dengan satu cara: bersolat.
Salah satu manfaat bila beristikharah mengikut cara-cara yang betul adalah dada dilapangkan dan hati dimantapkan dengan pilihan yang kita buat sesudah melakukannya. Namun, ada juga persoalan berkenaan petunjuk sebenar daripada Allah. Bagaimana memperoleh petunjuk yang benar daripada Allah berkaitan beberapa perkara yang dihadapi? Perhatikan dahulu perkara-perkara dibawah:
1. Bagaimana cara kita beristikharah?
2. Bagaimana cara tidur kita. Adakah tidur kita itu baik?
3. Adakah mimpi yang kita peroleh itu suatu mimpi yang bermutu?
Kebiasaannya, mendapat mimpi atau petunjuk mengenai sesuatu adalah perkara yang selalu dialami oleh kebanyakan orang sesudah melakukan istikharah. Bagi mereka yang tidak mendapat "hint" dari Allah melalu mimpi, jangan begitu khuatir kerana Allah masih sayangkan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa kepada-Nya dan bersungguh-sungguh dalam mencari petunjuk dari-Nya. Dan mereka ini diberikan ketetapan hati oleh Allah dalam apa jua perkara yang mereka pilih. Berterus terusanlah dalam mencari redha-Nya dan mentaati segala perintah-Nya dengan tidak melalaikan solat, tidak melakukan perkara-perkara lagha, tidak menyakiti hati manusia, tidak menzalimi makhluk-makhluk dan yang paling penting sentiasalah bersangka baik terhadap-Nya.
Orang yang banyak mengingati Allah berupaya untuk mencapai keunggulan dan ketenangan jiwa. Allah berupaya menjadikan mimpi itu samaada berkualiti ataupun tidak. Sehinggalah wujudnya hati yang tenang dan munculnya kemantapan dan keyakinan diri terhadap sesuatu perkara yang dihadapi, istikharah kamu itu insyaAllah berjaya!!Jangan berputus asa terhadap rahmat dan petunjuk dari-Nya...
Wallahualam
No comments:
Post a Comment