Friday, February 11, 2011

Sebuah perkongsian

Saya ingin berkongsi sesuatu tetapi mungkin saya sahaja yang boleh manfaatkannya. Tetapi bagi sesiapa yang menghadapi situasi seperti saya juga boleh manfaatkannya untuk kebaikan bersama.

Ramai orang menghadapi masalah berkomunikasi di khalayak ramai. Setuju?

Mungkin ramai yang setuju...mungkin juga ada yang kurang setuju dan mungkin juga akan ada orang yang mengatakan tidak setuju. Saya memilih untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sebab apa? It depends on individual. Saya lihat sebenarnya rata-rata di kalangan kita sebenarnya bukan menghadapi masalah untuk berkomunikasi di khalayak ramai terutama untuk bercakap depan orang dan menyatakan pendirian sendiri. Tetapi yang menjadi punca masalah ialah setahap mana keberanian seseorang untuk menampilkan diri, kepandaian seseorang untuk mengolah ayat yang akan disampaikan, kebijaksanaan untuk mengawal keadaan, kecerdasan minda untuk fikir strategi memenangi hati khalayak di depannya dan kekreatifan mereka untuk menggayakan body untuk menarik perhatian (body language). Betul?

Kalau tiada masalah untuk bercakap depan orang...habis tu sebab apa?

Menarik kan...macam saya katakan sebelum ini...it depends on individual. Sesetengah orang suka menonjolkan diri untuk bercakap agar mudah dikenali, sesetengahnya akan melihat dulu keadaan/suasana di mana dia perlu bercakap atau tidak (orang ni tak suka orang melabel dia) dan ada juga orang tak kesah /tak suka bercakap sebab dia fikir kalau dia cakap atau tidak tidak ada bezanya (kebanyakannya macam tu..negative thinking conquer their mind). Kita berhak melabel diri kita sendiri sebab kita yang tahu sendiri diri kita tergolong dalam golongan yang mana satu.

Positifkan diri

Minda yang positif akan melahirkan tindakan yang positif dan rasional. Selalu kita dengar penceramah atau pemotivator hebat bercakap berkenaan denagan minda yang positif dan kita juga selalu ternampak atau terlihat ramai sahabat-sahabat meletakkan "be positive" pada shoutbox, dinding-dinding, dalam locker baju, atas meja study dan sebagainya. Sebenarnya semua daripada kita ini sama sahaja. Akan ada dalam kepala dua benda ni: positif dan negatif. Kedua-dua ni akan berlawan antara satu sama lain untuk menguasai pemikiran dan selalunya si negatif akan menang sebab "manusia insan yang lemah". Jadi, katakan tidak pada si negatif dan katakan ya pada si positif! Buatlah si positif ini menang dan dapat mendominasi ruang dalam minda kita dengan berbaik sangka pada semua perkara dan kejadian yang kita alami. Penting bagi setiap individu muslim untuk berbaik sangka dengan Allah SWT sebab semua yang berlaku adalah atas kehendaknya.

Tips 

Selalunya sebelum saya buat presentation yang melibatkan orang ramai saya akan jadi nervous sangat-sangat. (benda yang paling saya tak suka ialah bila tangan mula rasa sejuk!). Saya akan gosok-gosok tangan untuk dapatkan haba dan neutralkan suhu tangan sambil bermonolog "Awak...antara manusia dengan Allah mana  satu yang awak takut?" dan juga berfikir segala kebaikan yang Allah dah beri pada saya. Saya tak suka orang merendah-rendahkan saya sebenarnya...adakalanya sebelum saya bercakap sesuatu depan orang ramai, saya akan membayangkan satu-satu wajah orang yang saya benci (tapi sebenarnya saya sayang sebab mereka inilah mendorong saya untuk menjadi yang lebih baik). Saya akan bercakap sambil tersenyum sebab saya memikirkan kenapa saya benci orang-orang tu. Nervous saya pun jadi berkurangan...

Akhir kata

Manusia itu unik. Banyak sebenarnya berkenaan dengan diri kita yang menarik jiwa untuk mempersoalkannya tapi tak perlulah berlebih-lebihan sebab semua ciptaan Allah itu kan indah dan penuh dengan pelbagai hikmah samaada tersembunyi mahupun tidak. Kita dengan diri kita sendiri..ada persamaan dan ada perbezaan. Jadi, untuk berhadapan dengan orang ramai sebenarnya kita perlu untuk berhadapan dengan diri kita sendiri terlebih dahulu. Apa yang kita rasakan itulah sebenarnya apa yang kita ingin orang ramai tahu bahawa kita mahu yang terbaik. Nyahkan perasaan yang tak betul dalam hati kecil kita. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan....

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment