Ujian dunia: kadang kala kita bersemangat, kadang kala kita mati semangat.
Ada masa kita sangat rajin mengupdate isu-isu semasa, berukhwah dengan sahabat-sahabat di alam maya, bersenda gurau dengan keluarga dan sanak saudara, buat kerja yang ditugaskan dengan senang hatinya, membaca Al-Quran bersama terjemahannya, membuat amal-amal kebajikan tanpa peduli penat letih dan syoknya bekerja semata-mata untuk meraih redhaNya.
Jujur. Seronoknya dengan apa yang kita rasakan masa itu. Kita terasa dekat dengan Allah. Hubungan dengan Allah kita berjaya buktikan dengan tanda kita rasa senang hati dan bahagia membuat semua perkara itu. Hubungan dengan manusia juga begitu.
Tetapi,
Ada masa juga kita pasti akan rasa lemah semangat. Tidak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana masa itu boleh merampas kembali saat masa-masa bahagia dalam diri kita.
Semangat kita lemah ibarat dedaunan layu yang gugur dari dahan pohon.
Kita pun mengambil masa bersendirian. Jauh dari sahabat, keluarga dan insan tersayang. Kita rasakan kita perlu bermuhasabah kembali. Bagaimana lemahnya semangat ini bisa terjadi? Sebabnya mungkin:
1. Tidak cukup ikhlas ?
2. Riya' dengan perbuatan kita sendiri ?
3. Masalah dalaman ?
4. Tiada orang peduli ?
5. Kita rasa bosan ?
6. Syaitan punya angkara ?
atau..
Mungkin dosa-dosa yang selama ini kita tak sedar lama-kelamaan menghijab diri kita untuk merasai manisnya iman dan syoknya meraih redhaNya.
Manusia itu mudah cuai, alpa dan terleka. Benarkah ?
Hari-hari kita meminta kepada Allah agar jangan tinggalkan hambaMu ini walau sesaat.
“Ya
Allah! aku hanya hambaMu yang kerdil lagi hina. Aku tidak bisa berbuat
apapun kecuali mengharap hanya kepadaMu. Jika aku menangis, bukan kerana
aku tidak redha dengan takdir dan ketentuanMu, bukan kerana aku terluka
dengan ujianMu, bukan juga kerana aku berkecil hati denganMu. Sedang
aku hanya seorang hambaMu yang lemah. Yang tidak punya apapun selain
tangisan dan air mata, yang menemani setiap duka dan sakitku. Ku
persembahkan air mata ini kerana cintaku kepadaMu ya Allah!"
"Ya
Allah! Tangis ini adalah pengubat dukaku. Air mata ini adalah teman
yang paling memahami akan diriku. Aku hanyalah seorang hamba yang lelah
dalam perjalananku ini. Aku sangat penat ya Allah, penat memujuk hatiku.
Penat untuk menangisi segalanya daripadaMu. Ampunkanlah aku ya Allah
jika aku tidak beradab denganMu. Jika aku ini hambaMu yang tidak tahu
berbudi dan tidak pandai bersyukur padaMu."
"Ya
Allah, jadikanlah kesusahan dan ujian ini sebagai tarbiyah untuk aku
lebih akrab denganMu, lebih mengharap padaMu dan lebih memerlukanMu pada
segenap waktu dan ketika. Janganlah derita dan kesakitan ini membuatkan
aku jauh daripadaMu."
"Aku
redha ya Allah dengan tadirMu ini. Aku terima dugaan ini dengan sepenuh
jiwa dan ragaku! Aku tidak pernah bersangka buruk padaMu, apatah lagi
merungut-rungut akan jalan yang Kau bentangkan untukku. Jika di dunia
ini terlalu banyak tangisan untukku, andai di dunia ini begitu banyak
derita buatku, andai di dunia ini tiada bahagian untukku, Kau gantilah
segalanya itu dengan keindahan syurgaMu di sana."
"Ya Allah..Aku tahu, Engkau tak pernah lupa padaku, maka jangan jadikan aku lupa padaMU."
Atau mungkin doa-doa yang kita lafazkan setiap hari tidak memberi kesan dan tidak dimakbulkan. Maka, hati kita tidak bahagia lalu semangat pun jadi lemah.
Di mana silapnya?
Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hambaNya yang memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepadaNya. FirmanNya:
"Berdoalah kepadaKu nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu" (Al-Mukmin: 60)
10 Sebab Mengapa Doa Tidak diterima
Seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah di Iraq. "Mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah SWT pada hal kami selalu berdoa?"
Ibrahim Adham menjawab, "Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati)"
Lalu ditanyakan lagi, "Apa yang boleh mematikan hati?"
Beliau menjawab, "Ada sepuluh perkara, iaitu:
- Kamu mengetahui hak Allah SWT tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.
- Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
- Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu mengecapi nikmat Allah SWT tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
- Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu mengaku adanya Syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
- Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan dan keburukan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
No comments:
Post a Comment