Sesuatu yang kita miliki sekarang bukan bererti ianya menjadi milik kita selamanya.
Sesuatu peristiwa yang pernah kita hadapi dan lalui pasti akan beransur-ansur berlalu pergi selari dengan perjalanan masa dan usia kita. Tidak kira betapa bahagia, sedih, gembira, terkilan, geram atau malunya peristiwa yang kita hadapi itu.
Dan selamanya kita perlu sentiasa ingat, sesuatu yang kita miliki itu hanyalah milik Allah yang pasti dan hakiki.
"Dari Allah kita datang, kepadaNya tempat kita kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)
Kita boleh ambil pengajaran daripada firman Allah di atas.
- Fastabiqul khairat. "Berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan....." (Al-Baqarah 2: 148) (Al-Maidah 5: 48)
- Dunia hanyalah tempat persinggahan semata menuju alam Akhirat yang selama-lamanya kekal abadi.
- Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa dari sekarang. Bila waktu kematian itu menghampiri, kita sudah tiada masa lagi walau sesaat untuk bertaubat dan menyesali perbuatan masa lampau. Dan Allah telah memberi peringatan dalam Quran betapa rugi dan menyesalnya orang-orang kafir yang ingkar dan sombong dengan nikmat dan kemewahan yang diberikanNya sewaktu mereka di dunia. Mereka ditimpakan azab yang pedih akibat perbuatan mereka yang melampaui batas.
Pengajaran tersebut mematangkan kita untuk berfikir dan berzikir mengalunkan kalimah tauhid: "LAILAHAILLALLAH: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah"
SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar
Ya Allah, sedikit kesedaran yang kita miliki ini sesungguhnya datangnya daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Muhasabahlah sentiasa. Manusia tak pernah bebas daripada bersikap lalai, cuai dan alpa selagi syaitan laknatullah bermaharajalela dalam fikiran dan hati kita.
Dan sesungguhnya, mati itu pasti menjemput kita. T_T
Duit yang kita ada sebenarnya bukan milik kita. Anugerah yang tidak ternilai
Tidak beberapa lama dulu, saya dan suami dijemput untuk menjadi pengapit pasangan pengantin iaitu sahabat kami sendiri. Tema: warna putih. Maka, keluarlah saya ke bandar mencari tudung putih. Dah planning betul-betul...tudung itu merupakan suatu keperluan melebihi kehendak. Then lastly, it turns that kami kena tukar warna lain plak. Ia membuatkan saya berfikir...duit yang saya laburkan untuk beli tudung tadi sebenarnya bukan milik saya. Sepatutnya saya boleh simpan duit tersebut untuk membeli keperluan lain. Saya redha. Duit itu rupa-rupanya milik kedai tudung saujana yang saya singgah beli di Kuantan petang tersebut.
Ada seorang sahabat bakal menunaikan umrah hujung tahun ini (doakan hajatnya tercapai. Aamiin). Dia sudah membuat budjet iaitu RM120 akan dilaburkan untuk membuat suntikan umrah. Sehari sebelum membuat suntikan, dia mendapati dirinya positif hamil setelah membuat ujian UPT di rumah. Maka, budjet yang dia ada untuk membuat suntikan umrah digunakan sepenuhnya untuk membuat pengesahan kehamilan di klinik berhampiran termasuklah scan baby, duit minyak kereta, 3 set UPT, asid folic dan keperluan-keperluan lain. Perbelanjaan semuanya melebihi badjet yang dia ada untuk buat suntikan umrah. Nah, Allah anugerahkan sesuatu yang tidak ternilai dengan wang ringgit untuk dirinya dengan kehadiran 'ahli baru'. Duit yang dia budjet itu sebenarnya persediaan untuk itu bukan untuk membuat suntikan umrah. Alhamdulillah. Allah beri anugerah yang tidak terjangka.
UPT Positif. :) |
To be continued...insyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment