Tuesday, November 5, 2013

Hari yang indah senyuman pertama :)

Baru pukul 11 pagi. Kesejukan duduk dalam makmal mula terasa. *ignorekan sahaja rasa sejuk*. Mata menghadap ke arah skrin laptop. Sambil-sambil buat kerja writing tiba-tiba ada sesuatu yang terlintas dalam fikiran. Lalu, laman youtube diklik. Jari-jari ligat menaip dalam search box. 

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar.
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah...

Lagu telah terpasang tapi sayangnya headphone tiada bersama. Jadi, volume suara terpaksa dikurangkan agar tidak mengganggu suasana persekitaran. Mungkin tak nak ganggu mereka yang sedang fokus dan khusyuk dengan kerja masing-masing. Lirik 'Seiring Sehaluan' nyanyian nasyid daripada kumpulan UNIC itu direnung dalam-dalam hingga ke akhirnya. Nasyid ini sebenarnya adalah favourite kami berdua. (baca: saya dan suami tersayang. ^^)

Ok...kembali kepada tajuk asal.


Hari yang indah, senyuman pertama.


Kita dilahirkan dengan seputih kalbu, semakin dewasa semakin ia tercorak. Kini mungkin ada yang berwarna hitam, kelabu dan sebagainya…tetapi adalah mustahil untuk kita semua kekal seperti dulu…terhijab daripada sebarang dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu samada kita sedar ataupun tidak, samada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Ada hari-hari kita lalui dengan sukar sekali. Rasa lemah badan, malas yang teramat sangat, kita rasa down sebab supervisor marah dan memandang rendah kerja kita, equipment untuk run eksperimen masih belum sampai, tension sebab selalu kena cari jp sampai dapat untuk setel problem, progress kerja yang lambat, penat sebab hari-hari ulang-alik pergi lab jalan kaki, bajet kewangan yang cukup-cukup makan dan sebagainya. (*Inilah contoh kehidupan seorang student research)

Itu belum lagi dilibatkan dengan hal-hal spiritual (baca: hubungan kita dengan Allah). Jadual ibadah yang tidak konsisten, masa kita bersama Dia yang terhad akibat keletihan dengan hal dunia. :(

Memikirkan hal-hal tersebut saya muhasabah diri semula. Ke manakah arah saya? Apa tujuan hidup saya? Apa yang saya mahu? Apa yang sebenarnya Allah mahu daripada hambaNya? 

Terkedu saya seketika.

Sambil-sambil itu saya simpulkan bahawa dalam hidup ini ada sunnatullah dan syariatullah yang perlu saya patuhi. Hubungan dengan manusia perlu saya jaga lebih-lebih lagi hubungan dengan Yang Maha Pencipta.

"Tuntutlah ilmu...walaupun hanya sepotong ayat...tetapi ianya terselit dengan seribu makna...Hidup bagi orang-orang yang beriman adalah landasan kematian."

Ada banyak kes akibat terdesak dengan kehidupan yang serba kekurangan, mereka ambil jalan yang mudah: bunuh diri, merompak, mencuri, menyamun, jadi geng Along atau kaki pukul, menipu dalam urusniaga, menghalalkan riba. Kasihan bagi mereka yang telah berumahtangga: mungkin ada anak-anak yang terbiar, makan duit hasil haram, rumahtangga hancur. Dari segi luaran serba kekurangan, dalaman apatah lagi.

Alhamdulillah. Saya punya sahabat-sahabat dan keluarga yang sentiasa mengingatkan saya bila alpa. Bila melihat mereka dan kehidupan mereka cukup untuk membuatkan diri ini bermuhasabah.

Keteguhan yang terbina daripada jalinan ukhwah lebih kukuh, bentengnya tidak mudah rapuh atau runtuh. Sebatang lidi mampu dipatahkan dan dihancurkan tetapi segenggam batang lidi, tidak bisa dipatahkan. Hidup seorang diri di kampus mungkin contoh yang terlalu simple, dan kancah kehidupannya yang tidak mencabar tidak seperti alam pekerjaan. Namun, di sinilah segala-galanya bermula…dari seorang teman kita mengorak langkah dan sehinggalah kita ke destinasi yang dituju…Lihatlah siapa kita hari ini???

Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan seseorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu...boleh mendatangkan sombong diri.. oleh itu tidakkah beruntung mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".

Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.

Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah. :)




Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih saying Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.

InsyaAllah. Doakan kami. 




No comments:

Post a Comment