Friday, November 1, 2013

Untukmu Para Wanita/Isteri

"PESANAN UNTUK WANITA"

1. Jaga solat pada awal waktu. 
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, 
kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, 
cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 
'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

''10 NASIHAT TUK ISTERI ''

1- Selalu menerima suami apa adanya..

2- Selalu mentaati perintah suami selama itu baik..

3- Sejak dini tanamkan pengetahuan agama pada anak2mu..

4- Hendaklah selalu berbau harum di depan suami..

5- Perhatikan suami ketika dia makan dan tidur..

6- Jangan menolak ajakan suami ketika bersetubuh..

7- Jangan berkata kasar di hadapannya..

8- Jangan menyebarkan rahsia suami..

9- Pandai-pandailah menjaga harta suami..

10- Dan pandai-pandailah menjaga rahsia keluarga..

Ingatlah Nasihat Ini.. Insya ALLAH dirimu akan selalu di sayang suami... Dan kelak akan mndapatkan hadiah Syurga dari Illahi...

Aamiin ya Rabbal'alamin..


(Surah An Nuur: 26)

No comments:

Post a Comment