Dia tersenyum..
“Aih, takde
apa-apa pun boleh tersenyum? Buang tebiat ke apa?”
Dia tersenyum
lagi memandang langit..
Memandangnya
menambahkan lagi pening.
“Gila...” Getus
dalam hati sambil menjeling memandang si dia yang tersenyum sejak dari tadi.
Kelihatan sebuah
buku disampingnya tertera gambar Irma Hasmie sebagai cover page depan berjudul S.M.I.L.E. Dalam sekelip mata sahaja hati
mula menyebut ringkas kisah hidup Irma Hasmie, seorang pelakon yang popular
dengan beberapa filem dan drama tempatan. Difahamkan dan menurut kenyataan
beberapa orang sahabat, beliau semakin terkenal selepas penghijrahannya menjadi
muslimah yang lebih baik dengan lengkap bertudung dan berbusana muslimah anggun
bersyariat. Pernah mengalami beberapa ujian dalam hidup dan akhirnya sekarang
beliau sedang berbahagia bersama anak dan suami tersayang.
"Baiti Jannati."
“Ok..patutla
senyum semacam.” :)
Tafsiran Manusia
Ya. Tafsiran
manusia selalu tidak betul. Jarang yang tepat. Kadang-kadang tersasar jauh dari
tempat yang sepatutnya ia berada. Kenapa?
Sebab manusia
itu sering bersangka-sangka.
Manusia lebih
bertumpu kepada sangkaan buruk berbanding sangkaan yang baik apabila dilanda
sesuatu musibah dan ujian.
Kita memegang pada hadith qudsi iaitu:
“Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap
diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu”
Manusia itu bergantung kepada apa yang difikirkan.
Saya share daripada fb IM Ashraff:
Tidak sama antara orang yg tak sempat
jumpa isteri, anak terpaksa menangis krn ditinggalkan, waktu tidur terhad
2-3jam, lebih byk tidur dlm kereta, keluar awal pagi, pulang jam 2-3pagi, jiran
hanya sempat dilambai tgn, kalau minum di restoran pun, minum sambil meeting,
menerima panggilan telefon aduan, soalan, luahan, masa lebih byk brsama masyarakat
berbanding family..tak termasuk kritikan yg sentiasa mendatang...inilah
kehidupan YB, Menteri, Alim Ulamak, Imam, Aktivis, Mujahidin, Public Figure,
pendakwah dsbg...
Berbanding org yg hanya duduk di depan
FB, Twitter lalu memberikan pandangan, melontarkan pujian, menasihat, beri
teguran, kritikan, malah ada jg cemuhan dan cacian. Ada yg memberi semangat dan
motivasi..ada jg yg selalu memberi smgt utk bersabar lalu dibawa contoh kisah
Nabi yg lebih teruk diuji..
Dua kelompok ini berbeza...namun kedua2
kelompok ini saling memerlukan..yg melaksanakan dan yg mencadangkan perlu utk
mewarnai dunia serta saling melengkapi..Cuma kedua2 ini perlu ada nilai ikhlas
dan bertindak atas asas kasih dan sayang krn Allah...insyaAllah, agama terus
mekar..
Inilah yg dipanggil
bezanya antara 'REALIS' dan 'IDEALIS'.. IM Asyraff
Apa yang kita fikirkan sekarang mempengaruhi apa yang akan kita lakukan selepas ini. Mulakan berfikir untuk buat sesuatu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan kepada semua. Hanya dengan izin dan kekuatan dariNya, insyaAllah kita dapat manfaat dari perbuatan yang kita lakukan tersebut.