Monday, April 9, 2012

Sesat di Tengah Lautan

Assalamualaikum dan salam sayang. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama pembaca-pembaca sekalian. 

Mari kita berfikir sejenak tentang awan. Awan yang tercipta adalah bukti nyata tanda rahmat dan kasih sayangNYA kepada sekalian makhluk di dunia. Tanpa awan, dapatkah anda jangkakan apa yang akan berlaku? Ya! Awan bertindak sebagai pelindung kita daripada panas terik matahari. Tanpa awan, sinar cahaya yang terpancar terus daripada matahari akan menyebabkan manusia ditimpa penyakit, haiwan-haiwan dan tumbuhan juga turut menerima tempiasnya. SubhanaAllah…sangat beruntung bagi sesiapa yang memikirkannya. Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Surah al-Baqarah 2 : 164)

Izinkan saya berkongsi pengalaman baru-baru ni…

*Pengalaman sesat dalam hutan*

Ramai orang suka bercamping dan pastinya mereka tidak akan lepaskan peluang bila diajak bercamping bersama sahabat-sahabat atau keluarga. Ya! Camping sangat menyeronokkan. ^_^v


Alhamdulillah, baru-baru ini Allah bagi peluang itu semula kepada saya untuk merasai tarbiyyah camping di pulau dan merasai pengalaman manis sesat dalam hutan.

Selalunya bila kita diberitahu kita akan ber’jungle trekking’ kita akan siapkan beberapa perkara things-must-prepare-before-walk : makanan & minuman, first-aid, pisau/parang, torch light, kompas, dll. Agak menghairankan tak bila saya hanya sehelai sepinggang masuk ke dalam hutan tanpa bawa apa-apa keperluan kecuali air minuman (bukan saya sahaja malah rata-rata satu kumpulan tu hanya membawa bekalan air minuman sahaja). Sebenarnya kumpulan saya ditugaskan untuk mencari trek jungle trekking bagi peserta-peserta camping memandangkan kami adalah fasilitator dan pernah juga melalui trek jungle trekking tu tak lama dulu tapi tak sangka pula kami yang tersesat. (-.-). Kami juga lost jalan yang mula-mula kami masuk ke hutan sebelum sesat…

 Sesungguhnya kami hanya merancang tetapi perancangan Allah lah yang terbaik.

Ketua jungle trekking: Alang. Saya actually not sure apa yang ada dalam kepala dia bila tahu yang kumpulan jungle trekking dia dah sesat. Nampak cool tapi mesti dalam kepala dia ligat fikir macammana nak cari jalan keluar. Kami geng-geng muslimat ni hanya follow je termasuklah saya yang buat-buat cool bila tahu dah tersesat. Kalau disuruh kami-kami ni yang pandu arah, nampak gaya sampai ke malam lah tak jumpa jalan keluar. Syukur, pemilihan sang adam sebagai ketua sesungguhnya ada hikmahnya.

DEBARAN ITU

Hati saya start rasa berdebar-debar bila kumpulan kami sampai ke satu kawasan yang penuh dengan daun-daun besar atas permukaan tanah. Daun besar  + pokok besar & tinggi-tinggi belaka + bunyi bising unggas hutan + tak dengar bunyi ombak + letih = nampak gaya kumpulan kami dah jauh tersesat ke dalam hutan.Pelbagai monolog kedengaran dalam hati:

“Kat mana dah niiii?”
“Lama dah jalan tapi tak jumpa-jumpa jugak jalannnnn….”
“Sempat ke nak balik sebelum senja?”
“Janganlah terserempak dengan kerbau pendek”
“Kaki dah penat nak jalan”
“Allah…..”

Pendek kata kami hanya bertawakkal je masa tu. Follow orang depan. Kalau tak jumpa jalan terpaksa patah balik dan masuk jalan yang boleh dilalui.

PETUNJUK

Alhamdulillah. Allah bagi petunjuk. Tak lama lepas tu kami jumpa tali air. Kalau tak mahu sesat lebih dalam lagi nak tak nak kami terpaksa follow tali air tu walaupun laluannya sangat-sangat mencabar. Bayangkan air terjun, batu besar yang menjadi laluan air terjun tu sebelum air tu menjunam ke bawah dan ketinggian air terjun. Laluan air terjun tulah yang terpaksa kami hadapi. Bezanya cuma tali air bukan air terjun. Silap langkah kaki jika tergelincir boleh membawa kepada ajal sebab ketinggian dan kekerasan batu tu. Syukur Ya Allah tiada apa-apa kejadian tak diingini yang berlaku masa kami melalui bukit batu yang mencabar tu.

Tali air itulah yang membawa kami terus ke arah laut dan memudahkan kami untuk cari jalan pulang ke tapak camping. Bila dah sampai laut tu hati rasa tenang sikit. Dengan berpandukan kelong yang berada di tengah-tengah laut kami berjaya  mencari jalan dan arah kami. Jadi, kami hanya berjalan menyusuri tepi pantai dan terus bergerak cepat untuk sampai menemui sahabat-sahabat yang lain. 

Tak sangka pula ada yang cedera. Seorang daripada ahli kumpulan cedera di kepala akibat terhentak batu ketika berjalan di atas batu-batu yang tajam. Tuala kecil hampir penuh dengan darah. Rasanya agak teruk dan dalam luka tu.*bertuahnya dia*. Sesat di dalam hutan meninggalkan ‘bekas’ bagi diri dia. 

Akhirnya kami sampai juga ke tapak camping setelah hampir 3 jam di dalam hutan mencari jalan keluar. Alhamdulillah…

KOMPAS KEHIDUPAN

Pengalaman sesat dalam hutan ini bukanlah sesuatu yang mencabar bagi saya. Sebabnya kita pasti akan temui jalan keluar (dengan pulau yang kecil, bantuan matahari, semangat berkumpulan). Pendek kata ‘no hal’ lah. Minta maaf, bukan niat nak berlagak di sini. Andai berpeluang lagi sekali, pengalaman inilah yang dicari…^_^

Sesat yang paling menakutkan bagi saya adalah jika kita tersesat dalam dunia nyata.  Cabarannya adalah dari dalam diri kita sendiri, suasana persekitaran, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Tak tahu arah tujuan hidup. Hidup kita tiada panduan malah akan lebih sesat lagi jika kita tiada usaha untuk kembali ke jalan yang sebenar. Hanya membiarkan diri kita terumbang ambing dengan arus dunia akan lebih menjadikan usaha itu sukar. Cabaran-cabaran itu tadi ibarat binatang-binatang buas yang berada dalam hutan menunggu mangsa . Kita tak dapat lari .

Justeru itu kita perlu ada panduan/petunjuk untuk memudahkan arah perjalanan kita menuju alam yang hakiki. Jika di dalam hutan alat yang paling penting adalah kompas maka di dalam kehidupan nyata juga kita perlukan kompas: kompas kehidupan.  Itulah al-Quran dan as-Sunnah. Kita pasti tidak akan sesat jika kita jadikan ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian.  

BERAKTIVITI, BERUKHWAH = KERANA ALLAH

Sesungguhnya manis akan terasa jika kita beraktiviti bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Malah kemanisan akan lebih-lebih lagi terasa bila kita berukhwah semata-mata kerana Allah kerana tujuan dan matlamat yang sama iaitu menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Sahabat-sahabat adalah mereka yang paling hampir dengan kita selain keluarga kita di kampung. Beraktiviti dan berukhwah bersama mereka selalu me’refresh’ hati dan iman saya untuk menjadi seorang muslimah yang kaya dengan pengetahuan dan pemahaman hakikat perjuangan di alam nyata. 

Memegang title seorang muslimah bukan semudah yang difikirkan. Jujur, saya bukanlah seorang yang sempurna yang penuh dengan ciri-ciri muslimah yang kebanyakan orang fikirkan tapi dengan title muslimah inilah saya dapat menjaga diri, sahsiah, penampilan, perwatakan dan membawa pandangan yang baik kepada masyarakat . Namun begitu, masih banyak yang perlu saya perbaiki dan masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. 



Doakan saya ya!….


Syam_Suri
      

No comments:

Post a Comment