Wednesday, April 25, 2012

Kesan Emosi Jarang Meninggalkan Kesan yang Berpanjangan


Kenapa menulis?

Huuu…persoalan yang saya rasa agak general. Kenapa menulis mesti lah kita akan jawab sebab nak share sesuatu, nak berkongsi dengan semua orang, nak tambah ilmu, nak mempertingkatkan skill penulisan dan yang paling penting sebab menulis ni sebagai medan dakwah kepada setiap pembaca yang ber’blogwalking’. Betul kan?

Honestly, saya bukanlah seorang penulis yang hebat. Masih banyak yang perlu saya belajar daripada sifu-sifu blogger yang lain seperti SaifulIslam, Hilal Asyraf, Ummu Husna, Ustaz Zahazan, Dr Muhaya dan lain-lain. Mereka bukan sahaja hebat dalam penulisan malahan bila bercakap…fuhhh! Mantop!

And seriously, bila diberi mic untuk bercakap depan orang ramai, saya akan terketar-ketar. Bercakap belakang orang bolehlah tapi bila diberi peluang untuk bercakap khususnya depan orang ramai, saya akan berfikir 2-3 kali. Bukan sebab rasa takut atau apa. Kebiasaannya mereka yang mendengar mestilah mempunyai expectation yang tinggi kepada yang bercakap. Kepada yang bercakap perlu membuat persediaan yang betul-betul mantap untuk memberi sesuatu kpada pendengarnya. 


Ada yang dilahirkan pandai bercakap universally, spontaneously, tak payah tulis note pun laju je point-point yang dia keluarkan. Saya? -_-. Segala puji kepada Allah Tuhan sekalian Alam yang telah mengurniakan pelbagai bakat kepada setiap daripada kita. Gunakanlah bakat yang ada ini dengan sebaik-baiknya….

Kenapa perlu menulis?

Saya rasa ada perbezaan antara kenapa menulis dengan kenapa perlu menulis. Semua orang boleh menulis dan ada di antaranya yang perlu menulis. Contoh: kenapa makan ubat? Kenapa perlu makan ubat? Perlu itu seolah-olah sebuah ajakan yang tidak boleh dipandang remeh. Ada orang menjadikan menulis ni sebagai hobi masa lapang, saja-saja, suka-suka nak menulis dan ada orang sebaliknya.  

Bagi saya, kenapa perlu menulis ni adalah sebagai ingatan kepada diri saya yang lemah ini. Muhasabah ke arah menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Segala cacatan dan diari yang tidak hilang ini bakal menjadi saksi kelak.

“Berhati-hatilah dengan setiap ucapan kata-katamu..ditakuti Allah mengujinya ke atas kamu nanti..”

Betul. Setuju sangat...Allah akan menguji setiap hamba-hambaNYA. Tidak satu pun yang terlepas daripada ujian dunia. Jika kita tidak diuji dengan maksiat kita akan diuji dengan setiap kata-kata yang pernah kita ucapkan. Kadang-kadang Allah luputkan ketaatan di saat kita sangat-sangat perlukanNya. Dalam sebulan, ada minggu-minggu yang sangat mencabar bagi kaum wanita. Mereka akan rasa seolah-olah seperti jauh, lemah dalam melakukan ibadah, sedih tidak tahu kenapa, muram tidak bersebab dan sebagainya. Mungkin disebabkan hormon atau fitrah wanita itu sendiri agaknya?
~ Wanita menangis bukan karena mereka lemah, tapi kerana mereka tak temukan kata2 untuk mengungkapkan perasaan mereka ~
Lelaki : “Kaum hawa ni asyik-asyik dengan perasaan, perasaan, perasaan…meluatlah!. Tak ada spirit dakwah! Tak ada semangat!”

Lelaki : “Blog kaum hawa ni sering membincangkan soal hati dan perasaan. Tak ada tajuk lain agaknya”

Lelaki : “Daripada bercakap soal perasaan, baik bercakap tentang hal kemasyarakatan, masalah dunia, soal-jawab feqah dan sebagainya”

Komentar-komentar ini adalah antara yang saya baca daripada blog-blog yang pernah saya lawati. Kebanyakan komen-komen itu saya baca dan iyakan dengan berlapang dada. Tapi satu persoalan saya;

“Salah ke perempuan nak meluahkan?”

Kaum Adam perlu ingat. Kita datang daripada planet yang berbeza (Men are from Mars, Women are from Venus). Maksudnya di sini fitrah antara wanita dan lelaki itu kebanyakannya tak sama. Mampukah lelaki menjadi seperti wanita? Mampukah wanita menjadi seperti lelaki? Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab tertentu yang telah Allah aturkan dengan sebaiknya. Begitu juga lelaki tak boleh hidup tanpa ada wanita di sisinya dan sebaliknya. Kita diciptakan saling melengkapi antara satu sama lain.
Tak salah pun jika kaum hawa ini fokuskan kepada soal perasaan. Daripada luahan perasaan inilah kita dapat mengetahui kebanyakan masalah-masalah yang ada sekarang ini. Hal rumahtangga terutamanya, masalah tempat kerja dan sebagainya.   

Nasihat kepada Kaum Hawa

Saya petik kata-kata yang pernah saya catitkan dalam sticky note saya zaman dulu-dulu:

~Kesan emosi jarang dapat meninggalkan kesan yang berpanjangan~

Emosi adalah perasaan/reaksi yang ditujukan kepada seseorang/benda terhadap sesuatu kejadian. Ianya cukup sebati dengan kaum Hawa. Kita adalah kaum yang unik dan complicated sebab itu kita berbeza dengan kaum adam. Kita boleh nampak dan persoalkan sekecil-kecil perkara yang ada di sekeliling kita.  
Perasaan itu boleh jadi marah, suka, benci dan sebagainya. Perasaan-perasaan itu mungkin datang dan pergi dengan cepat tetapi bila kita sedang berada dalam kondisi/suasana hati yang buruk, kita akan berasa tidak selesa untuk beberapa lama. Contohnya ada orang yang merasa bersalah dan mudah untuk marah sedangkan orang lain mungkin merasa tenang dan rileks dalam situasi apa pun.  

Jadi, kaum hawa perlu mempunyai kekuatan tersendiri. Keperibadian akan memberi kecenderungan untuk mengalami suasana hati dan emosi tertentu. Salah satunya dengan bersikap positif dalam setiap perkara. Kebanyakan mereka yang mempunyai hati yang positif akan beriteraksi dengan orang-orang dengan suasana hati yang baik. Dengan itu, mereka akan lebih merasakan ketenangan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Akhir Kata

Kita tidak terlepas daripada amanah menyampaikan kebenaran kepada orang ramai. Kita akan diuji oleh hati dengan pengetahuan kita yang cetek, pengalaman yang tidak seberapa, rasa takut untuk menyampaikan sesuatu padahal ia adalah suatu kebenaran tetapi kita tiada kekuatan untuk menyampaikannya kepada orang ramai. 

Dalam menyampaikan sesuatu, pertama sekali kita perlu ikhlas dan jiwa kita perlu suci. Untuk menyucikan jiwa, pertamanya mestilah mempunyai aqidah yang murni dan mantap, diikuti dengan menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, barulah menghasilkan akhlak yang baik. Tazkiyatun-Nafs juga adalah lebih baik jika digunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis sahih dan elakkan daripada menggunakan kata-kata pujangga falsafah yang tidak diketahui kebenarannya.

Tetaplah dalam menyampaikan kebenaran...semoga Allah permudahkan segala urusan kita...
Doakan saya juga ya! ^_^


Syam_Suri

No comments:

Post a Comment