Monday, March 19, 2012

Selamat Ulang Tahun Suri...

19 Mac…genaplah usia Suri 24 tahun menghirup udara free dalam bumi Allah ini. Betul...24 tahun hanyalah angka semata-mata. Melalui angka itulah kita boleh membuat perkiraan sendiri. Sejauh mana amalan yang dilakukan, setinggi mana ilmu yang dipelajari dan dicurahkan, sedalam mana cinta kita kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim yang tidak pernah berhenti mencurahkan pebagai nikmat kepada hambaNya yang lemah ini. Sujudku lama mengenangkan bekalan akhirat yang sedikit.  T_T

Perubahan. Positif, positif, positif
Know that transformation sometimes begins with a fall. So never curse the fall. The ground is where humility lives. Take it. Learn it. Breathe it in. And then come back stronger, humbler and more aware of your need for Him. (Yasmin Mogahed)
Mengutip motivasi buat pegangan diri. Ya! Kata-kata motivasi mampu menjadikan seseorang bermotivasi dalam hidup. Tidak hairan jika dalam wall post laman muka buku sahabat-sahabat kita banyak terselit kata-kata indah motivasi yang hanya bermatlamatkan satu: to be more positive.


Menjadi seseorang yang lebih positif ada banyak caranya. Salah satu: perkara yang dianggap negatif kita jadikan ia sebagai sesuatu yang positif. Contoh bila kita lemah dalam sesuatu benda lalu kita jadikan benda yang kita lemah itu sebagai kekuatan untuk diri kita lebih kuat. Tidak mustahil nanti bila kita temui saat-saat yang sukar kita akan lebih aware bahawa kita perlukan Allah dalam hidup bukan bersandar pada makhluk yang kadang-kadang tidak memahami dan hanya bersifat sementara sahaja.

Kedua: mengambil ibrah daripada pengalaman orang lain dan jadikan pengajaran buat diri. Siapa yang pernah dengar kata-kata ini: Jatuh bangunnya seseorang itu adalah hasil usaha dan kerja kerasnya sendiri. Ramai usahawan Islam masa kini yang mana hidupnya susah dahulu berjaya bangkit menjadi seseorang yang disegani oleh masyarakat. Contoh: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Pokok pangkalnya usaha dan kaji potensi dalam diri untuk mencipta pengaruh dalam masyarakat kerana kita adalah seorang daie.
“Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar….
Surah Ali-Imran: 110
Beramal dengan ilmu

Ramai anak-anak muda sekarang suka membaca terutama bahan-bahan bacaan yang islamik. Pelajar universiti dan sekolah menengah tidak terkecuali. Alhamdulillah, permulaan yang bagus. Tapi persoalan: Adakah mereka beramal dengan ilmu yang diperoleh? 

Saya masih lagi bertatih dalam menghuraikan apa yang saya baca. Sekurang-kurangnya saya telah membaca tetapi saya belum cukup puas. Seakan-akan ada kekurangan kerana saya belum beramal dengan ilmu yang saya ada untuk dimanfaatkan kepada semua. Tambahan pula saya hanya fikir kepentingan diri sendiri sedangkan masyarakat kian membarah dengan penyakit yang ada di zaman sekarang: maksiat, hedonism, sekularism dan lain-lain.
 “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik…” Surah al-Nahl : 125
Harapan daripada hamba yang menjangkau usia 24 tahun

Banyak. Tersangat banyak jika mahu ditulis di sini kerana saya mempunyai beribu harapan terhadap diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat dan juga keluarga yang bakal dibina. ^_^. Harapan terbesar buat diri sendiri : Semoga diri istiqamah dalam jalan perjuangan menegakkan agama Allah menuju mardhatillah.

Satu persatu senarai perkara yang tidak disukai oleh diri saya teliti. Setiap kelemahan perlu ada kekuatan…untuk mengatasi kelemahan yang ada pada diri perlu ada check and balance dalam pengurusan seharian supaya dapat memberi yang terbaik. 

Saya fikir MASA adalah masalah terbesar yang saya lalui sekarang ni. So, saya should be aware dengannya.

Sahabat-sahabat: Saya akan mendoakan kamu sentiasa…(hati terasa sebak malam tadi…T_T)

Doakan saya….



"Bertambah angka baru. 23 + 1 tahun. Semakin kita meningkat usia, semakin hampir kita dengan kematian"

Syam_Suri

No comments:

Post a Comment