Bila e-mel dah check, fb dah busan tengok, saya klik pada bookmarks. Kebiasaan, kalau saya tak sempat nak baca sesuatu artikel tu saya akan bookmark kan page tu supaya saya boleh baca di kemudian hari. Jadi, hasilnya saya dapat info yang berguna dari laman web Ustaz Nasrudin bin Hasan: eperjuangan.com. Artikel mengenai masa. Ini link dia tinggal perkara yang tidak bermanfaat. Saya copy paste kan di sini untuk muhasabah bersama:
1. Hari ini suasana subuh agak hening. Cuaca kelihatan seperti hujan akan turun pada bila - bila masa . Namun hati ini terasa damai dan tenang . Agak sukar untuk menemui saat seperti ini .
2. Saya segera melangkah ke surau ar Raudhah untuk solat subuh berjamaah dan kemudian menyampaikan kuliah . Telah menjadi rutin hidup ini jika saya berkesempatan berada di rumah, saya akan berjamaah bersama sahabat - sahabat di surau Ar Raudhah .
3. Biarpun kedudukan surau ini hanya sepelaung sahaja jaraknya dari rumah , saya hanya berkesempatan sehari dua sahaja dalam seminggu untuk bersama sahabat - sahabat di sekitar Taman Pelindung Perdana ini . Selebihnya , masa saya banyak dihabiskan di luar kerana memenuhi keperluan dan melaksanakan tuntutan perjuangan Islam ini .
4. Masih segar dalam ingatan ini bagaimana naqib usrah saya semasa belajar di Mesir dulu , selalu mengungkapkan kalimah yang dipopularkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu al waajibat aksara minal awqaat , iaitu kewajipan jauh lebih banyak dari masa yang ada kepada kita .
5. Justeru itu , kita diajar supaya tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah . Kebetulan kuliah subuh saya pada pagi ini membawa satu hadis Nabi saw :
من حسن الإسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manafaat .
Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmizi , Ibnu Majah dan Imam Malik
6. Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata - mata tetapi juga dari perkara - perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita . Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari , termenung dan berangan - angan . Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad .
7. Fenomena ini masih membelenggu sebahagian dari anggota jamaah kita . Akhirnya banyak tugasan jamaah dan tanggungjawab atau amanah tidak berjaya dilaksanakan dengan baik . Kalau pun siap , ianya disiapkan dalam keadaan tergesa - gesa mengejar waktu dan akhirnya tidak menghasilkan kualiti yang tinggi dalam prestasi kerja sebagai seorang yang bergelar pejuang .
8. Sebagai seorang pejuang , kita sewajarnya peka dalam perkara seperti ini , kerana fail kita masih bertimbun di pejabat dan ianya belum disemak . Frame work kita telah berhabuk kerana belum diterjemah dalam tindakan . Lebih malang jika pejabat kita juga telah bersawang kerana lama kita tidak beroperasi . Kita seperti tidak ada masa untuk bertindak . Tidak tahu ke mana habisnya masa kita . Namun apa yang pasti , matahari terbit dan tenggelam dengan begitu pantas sedang tanggungjawab dan amanah masih terlalu banyak yang belum dilunaskan .
9. Cuba kita hitung sejenak bagaimana masa kita berlalu sementara tugas kita sebagai pejuang menuntut komitmen terhadap masa yang begitu tinggi daripada kita . Termenung di bilik air , khayal di kusyen empuk , asyik di kaca TV , berbual kosong di kedai kopi , berangan di meja makan , leka berchatting , tidur melewati batas , alpa bermain game , melayari blog - blog yang tidak mendatangkan faedah dan maklumat , bergayut di telefon dan berSMS dalam perkara yang tidak penting .
10. Sayugianya wahai sahabat seperjuangan , Tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manafaat kepada diri mu ! demikian itu sebahagian dari keindahan dan kecantikan Islam seseorang . Begitulah terlebih wajar bagi seorang muslim meninggalkan perkara - perkara yang diharamkan oleh Allah swt lantaran ia pasti tidak mendatangkan manafaat.
Nota Suri: Masih segar lagi dalam ingatan ketika berada di kampus dahulu atau secara spesifiknya ketika saya mula mengenal apa itu terbiyyah, apa itu perjuangan yang sebenar, pembahagian masa seorang da'ie, konflik antara akademik dan dakwah. Ukhti-ukhti, akhi-akhi dan sahabat-sahabat sering mengulangi perkataan ini: al waajibat aksara minal awqaat , iaitu kewajipan jauh lebih banyak dari masa yang ada kepada kita. Perkataan itu membawa makna yang sangat mendalam kepada saya daripada alam kampus sehinggalah kini bila saya sudah pun selesai menamatkan pengajian.
No comments:
Post a Comment