Wednesday, June 1, 2011

Permulaan Itu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah sekian lama membiasakan diri dengan persekitaran luar kampus, akhirnya dapat juga saya mencoretkan sesuatu di sini. Bila membiasakan diri untuk malas menulis maka perkara tersebut akan terbiasa lalu kita akan mula membiasakan diri untuk menjadi malas. Malas menulis: sesuatu yang saya cukup takuti sebab perkara-perkara yang menjadi pengajaran bagi saya sepanjang hari akan menjadi simpanan dalam kotak memori. Ianya suatu pembaziran perkongsian pengalaman dan membuatkan saya adalah “saya yang tidak dinamik”. Mungkin saya perlu mantapkan muhasabah dan mujahadah saya dalam penulisan blog ini agar ianya menjadi suatu yang berguna kepada semua pembaca, keluarga, sahabat-sahabat, rakan sekerja dan paling utama kepada diri saya sendiri. Semoga Allah mempermudahkan. Amiin..

11 haribulan Mei tahun 2011 adalah tarikh di mana saya menduduki peperiksaan semester akhir iaitu tahun yang ke-empat saya di UMP. Hari ini adalah bertarikh 1 haribulan Jun. Secara matematikanya, lebih kurang 4 minggu saya telah secara rasminya menjadi graduan UMP. Kiranya saya telah pun menghabiskan pengajian sarjana muda di UMP tercinta dan majlis konvokesyen bakal diadakan pada bulan September nanti. Yup!! Tak sabar rasanya menunggu hari tersebut. 

Secara logic akalnya, lebih kurang 4 minggu tersebut juga saya telah pun sah menjadi penganggur yang berjaya. Sebab apa? Saya masih mencari-cari kerja yang sesuai sebagai aplikasi kepada apa yang telah saya belajar selama ini. Memori berkenaan subjek-subjek yang diambil semasa di universiti akan sedikit demi sedikit menjadi luntur di ingatan dan ianya juga merupakan suatu pembaziran baik tenaga (sebab banyak berfikir, menghafal, memahami, mengira dan lain-lain masa belajar), masa (sebab 4 tahun belajar) dan wang mak ayah jika apa yang diajarkan oleh pensyarah tak dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar.

Sebab apa saya tulis penganggur yang berjaya? Bak kata pepatah sambil menyelam minum air…Saya buat kerja part time sambil mencari kerja yang permanent. Pepatah tu ada kena mengena sikit saja kan? Doa-doakanlah semoga saya dapat kerja halal yang diredhai Allah. 

Point yang perlu saya highlightkan disini:

          1.>>Saya adalah salah seorang antara puluhan ribuan atau mungkin ratusan ribuan pelajar yang baru sahaja tamat belajar. Kegelisahan untuk mendapatkan pekerjaan jelas terpancar dalam diri sendiri malah setiap orang pun merasainya. Jangan mudah putus asa. Rezeki Allah ada di mana-mana asalkan pergantungan kepadaNYA berterusan.

-         2.>>Mungkin, mungkin dan mungkin kegelisahan itu akan bertambah bila melihat ramai antara sahabat-sahabat yang sudah mendapat pekerjaan. Jangan sekali-kali ada penyakit cemburu dalam hati yang akan menjadikan diri rasa down dan sebagainya. Sebaliknya sentiasalah mendoakan mereka agar dipermudahkan urusan dunia dan urusan akhirat tidak dilupakan. 

-        3.>>Bekerja atau sambung belajar? Soalan famous yang sering ditanya. Bagi saya, pengalaman adalah penting. Bekerja dahulu dan jika ada razeki sambung belajar adalah pilihan saya setakat ini. Manusia sentiasa ada pilihan. Mungkin sahaja pilihan ini akan berubah bila-bila masa. Jangan takut untk membuat pilihan mahupun keputusan. Sekalipun pilihan salah, “learn from mistake”. Istikharahlah agar Allah menjadi kekuatan dalam setiap pilihan/keputusan yang dibuat.   

-          4.>>Masih ada masa lagi untuk saya memperbaiki diri terutama dalam skills berkaitan pengurusan, leadership, teamworking, communications, speaking, isu terkini dan sebagainya.
-         
          5.>>Ibu ayah di kampung. Segala pengorbanan mereka sehingga ke hari ini perlu dibalas. Balasan bukan dengan material semata-mata malah kasih sayang. Bayangkan dari tingkatan satu sampai masuk ke universiti duduk di asrama. 

-               6.>>Hutang PTPTN.

-          7.>>Hubungan dengan sahabat-sahabat sekampus jangan sesekali putus. Always keep in touch with them even when we have “new life”. Kalau bukan sebab mereka, mungkin pengajian tak dapat dihabiskan sebabnya siapa lagi yang bagi hint, buat study group, projek design, rehlah release tension, shopping, joking etc kalau bukan mereka.

-          8.>>BM??


     Nota Suri: Permulaan itu sering memerlukan mujahadah yang kuat. Mujahadah dimulakan dengan diri sendiri. Andai diri lemah, biarlah DIA jadi penguat.
  

No comments:

Post a Comment