Tuesday, June 28, 2011

BERSIH Sudah Kembali!

Alhamdulillah...laptopku sudah BERSIH dari ancaman virus dan segala kekotoran software/hardware/programming yang tersembunyi (bukan pandai pun bab-bab komputer ni). Punyalah susah nak cari kedai format laptop kat bangi ni but actually sebab takde transportlah (kalau ada time tu jugak boleh ronda2 cari kedai komp). Dengan bantuan makcik Liza, makcik Sariah dan K.Ana akhirnya laptopku udah boleh berfungsi seperti sedia kala. All praises to Allah & kedai komp Black Cube yang banyak berjasa membaiki & memback-up files and folders dalam laptop ni.

Masih mengekalkan windows yang lama. Windows XP. Instead of Windows 7 @ windows-windows yang lain saya lebih suka gunakan windows XP. Reason? No specific reason. Sebab dah terbiasa kot...^^

Ada apa dengan 9.7.11? Ia adalah sebuah tarikh. Kalau perasan, sume angka ni menunjukkan nombor ganjil. So, tak mustahillah akan ada orang-orang timbulkan persoalan kenapa nombor ni? Eh, bukan tragedi 9.11 pon nombor ganjil ke? Illuminati? Huh, macam-macam! Kalau bukak group FB macam-macam orang tulis pasal bende ni. Hey kawan, kalau menulis biarlah ikut akal dan pemahaman yang mendalam bukan ikut kepala sendiri/nafsu. Trylah search kat google atau mana-mana search engine pasal tarikh ni sebelum keluarkan/tulis/buat apa-apa kenyataan kat kawan-kawan ye....especially pasal matlamat-matlamatnya. Kenapa ia dibuat?


Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0- kenyataan daripada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Nota Suri: Rugi tak join...Semoga Allah permudahkan saya, awak, kamu, dia, kita, mereka untuk sama-sama berhimpun bagi mencapai matlamat yang telah disepakati semua.

No comments:

Post a Comment