Sunday, June 5, 2011

Jangan Marah

Malam ini angin kus-kus saya tiba-tiba datang. Ntah sebab apa. Hanya kerana adik membiarkan plastik aiskrim terbiar di atas katil, saya jadi sakit hati. Sakit hati bukan sebab plastik aiskrim tu tapi sakit hati sebab adik tak mengendahkan kata-kata saya supaya buang plastik aiskrim tu lalu saya mengarahkannya dengan suara yang kuat but still she ignored it. So, how can I not angry? Hmmm, kebetulan saya baru kemas bilik petang tadi. Nak harapkan si adik, ntah bila. Alaaa, sekejap je pun buang plastik tu dalam bakul sampah. Kenapa bukan saya yang buangkan? Hmm, ego tak bertempat. Childish betul...

Bukan sekali je dorang ni buat perangai tak nak ikut cakap. Sampaikan saya digelar "singa betina", gediks, banyak cakap, membebel. My feelings? Haha, no hard feelings k. Maintain cool sambil mengarah itu ini. Kalau dorang still buat lagi..alamatnya perang dunia ketiga bakal meletus.

Mengawal kemarahan bukan mudah. Nak-nak kalau bende tu berkait rapat dengan ego kita. For sure kita akan pertahankan apa-apa pendapat/kata-kata/arahan etc daripada mereka. Macam yang saya cakap di atas, hanya kerana adik tak dengar arahan saya, saya jadi marah. Cara saya kawal supaya tak terjadi perang dunia ketiga: lepas dah cakap kuat-kuat dan berbalas-balas cakap, saya akan diamkan diri. Buat-buat dunno dan perhatikan. Akhirnya si adik pun mengalah lalu ambil plastik aiskrim tu buang kat dalam tong sampah. Kesimpulannya, si adik pun ada egonya yang tersendiri. Dia tak mahu egonya turun gara-gara kakak. Well, actually I know she will do it. Just that my "angin kus-kus" sampai. Banyak kali dah sebenarnya kejadian seperti ini berlaku. Kadang-kadang dapat kawal dan kadang-kadang jugak tak dapat nak control. Betullah seperti apa yang orang cakap: sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Gagal kawal sifat marah bawa kehancuran


Amal ibadat boleh jadi ‘penawar’ untuk hati daripada dikuasai perasaan benci, dendam. PERASAAN dendam, benci dan amarah boleh menimbulkan pergolakan serta kekacauan dalam masyarakat kerana sikap mazmumah ini jika dibiarkan berakar umbi dalam jiwa akan menanamkan bibit perselisihan.

Islam agama yang berpaksikan kesejahteraan mendidik umatnya supaya menjauhi sifat tercela ini yang boleh menggugat hubungan ukhuwah. Benci diibaratkan api yang diam-diam menyala dalam sanubari apabila tidak mampu dikawal, maka lahirlah tindakan dan perlakuan beremosi.

Seorang sahabat pernah datang menemui Rasulullah SAW memohon supaya Baginda dapat memberi pesan serta wasiat ringkas. Jawab Baginda: "Janganlah kamu marah." Diulang sekali lagi pertanyaan itu dan Rasulullah SAW tetap menyebut: "Jangan marah."

Dalam menghadapi situasi kehidupan hari ini yang serba-serbinya mencabar, sifat marah jika sudah berada pada tahap melampau dan tidak mampu dikawal oleh pertimbangan akal serta agama, akan hanya membinasakan diri sendiri.

Sudah ramai yang dapat kita saksikan hari ini bagaimana sifat marah serta benci yang tumbuh dalam hati bertukar menjadi dendam kesumat yang diakhiri dengan tindakan kejam hingga memusnahkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakat. Justeru, tidak hairanlah mutakhir ini jenayah kejam seperti buli, mencederakan orang hatta membunuh semakin meningkat. Semuanya berpunca daripada gejolak hati yang marak mendidih tanpa dapat dikawal lagi.

Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya sentiasa menjaga hati supaya tidak termakan hasutan syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
 "Sesungguhnya perbuatan berbisik (untuk kejahatan) itu datangnya daripada hasutan syaitan." (Surah al-Mujadalah, ayat 58)
Umat Islam terbaik adalah mereka yang menjaga perlakuan, lidah dan kalbunya daripada sifat tercela. Hati yang jernih dan bersih akan menampilkan akhlak indah serta terpuji. Masyarakat yang berhati luhur, bersopan santun serta mudah memaafkan akan melahirkan modal insan contoh.

Banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghindari sikap marah, dendam dan benci daripada terus bermaharajalela dalam hati dan nurani. Antara diajar Rasulullah SAW ialah melunakkan lidah dengan selawat, banyakkan berpuasa sunat, mengamalkan bacaan al-Quran supaya hati tenang dan tidak keluh kesah.

Selain itu, bagi meredakan kemarahan dan kebencian daripada terus bernyala, kita sepatutnya melihat daripada sudut positif seperti mengenang kembali kebaikan yang ada pada dirinya supaya berkurangan rasa marah dan benci dalam hati.

Kemampuan kita mengawal rasa dendam, marah dan benci yang bergelodak dalam jiwa menjadikan kita sebaik-baik manusia kerana Nabi Muhammad SAW selalu mengingatkan supaya bersedia untuk berjihad menentang hawa nafsu. Ketika jenayah dan gejala sosial berleluasa dalam masyarakat di mana ramai menjadi mangsa perlakuan kejam serta ganas, masyarakat perlu menilai apa yang berlaku supaya dapat dijadikan iktibar.

Rasulullah SAW pernah berhadapan dengan kemarahan tatkala menyaksikan bagaimana bapa saudaranya, Saidina Hamzah Abu Talib dibunuh dengan kejam dan di luar batas kemanusiaan dalam perang Uhud.
Kemarahan dan perasaan dendam Baginda akhirnya dilembutkan Allah apabila turunnya ayat Al-Quran yang meminta Nabi tabah serta bersabar dengan ujian besar yang diterimanya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Kalaulah engkau bersikap kasar dan keras hati terhadap mereka tentulah mereka akan lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)
Marilah kita mendidik diri supaya sentiasa berlembut hati, pemurah serta mudah memaafkan orang lain kerana itulah sifat Rasulullah SAW yang berjaya menarik ramai golongan Musyrikin yang keras, sombong dan degil hingga akhirnya mampu dijinakkan dengan kebenaran Islam.

Kisah "Paku di Dinding"

 

Apabila anda hendak marah…saya sarankan anda ingat kisah “PAKU DI DINDING” ini.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".

Nota Suri: Jangan marah! Istighfar banyak-banyak..Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati awak. ^^


No comments:

Post a Comment