Wednesday, February 16, 2011

Apa Pilihan yang Ada?

Mengimbas kembali kejadian beberapa ketika dahulu...saat diri dan adik-adik singgah di kedai pakaian/butik. Sememangnya sudah ada pilihan yang berkenan di hati untuk membeli sepasang jubah. Jubah itu sangat cantik dan menarik. Ramai orang yang lalu lalang berhampirannya memandang tanpa berkedip (ingin menampakkan bahawa jubah itu sangat sempurna dan tidak rugi siapa pun yang membelinya dan memakainya). Dan semestinya nafsu wanita saya ini berkehendakkan untuk membeli jubah tersebut.

Namun, saat diri membelek-belek manik-manik yang tersusun di pergelangan tangan dan leher serta kaki jubah, dan juga memerhati begitu halusnya sulaman yang dijahit tangan dan pilihan warna yang ada ketika itu....tiba-tiba hati terdetik...mengapa hati begitu tertarik dengan pakaian ini?

Kerana nafsu?
Kerana bisikan hati?
Kerana keperluan?
Kerana wang yang ada ditangan?
Kerana daya tarikan yang ada pada jubah tersebut?
Kerana apa?

Adik yang sekian lama memerhatikan sejak dari tadi pun menegur...

"Kenapa lama sangat pandang jubah tu? Kalau nak beli belilah...tak payah tunggu lama-lama"

Sekaligus mematikan lamunan diri..

"Owh, takde ape-ape, jom kita pergi tempat lain pulak, kate nak beli barang kan..."

Berhenti setakat itu...tidak tahu mengapa setiap kali membuat pilihan, bisikan hati itu lebih kuat dari segalanya (pandangan orang, pemikiran dalam diri etc. Semua orang menghadapi perkara yang sama)...dan cerita di atas berkesudahan dengan akhirnya saya tidak membeli pun jubah yang sangat cantik dan menarik itu kerana saya percaya akan ada jubah-jubah yang lain yang akan membuatkan hati saya yakin dan tidak teragak-agak untuk membelinya. Cuma waktunya bila dan di mana itu saya serahkan pada Yang Maha Mengagendakan kaki dan tangan serta seluruh anggota tubuh saya.

Dan saya jugak percaya bahawa jubah yang sangat cantik dan menarik itu pasti punya pemiliknya yang tersendiri yang lebih memerlukannya dan punya keinginan yang tinggi terhadapnya berbanding saya ini.

(p/s: Membuat sesuatu pilihan sememangnya sukar. Apa yang kita inginkan tidak semuanya akan kita dapat dan apa yang kita tidak ingini selalunya akan datang kepada kita. Itu semua atas kehendak-Nya. Alhamdulillah jika pilihan kita itu sesuai dengan kehendak dan naluri kita. Jika tidak...kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan sebelum kita menjadi sempurna terlebih dahulu. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku....)
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kmu mengingkari (nikmat)-Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 152-153)
 Begitu sayangnya Allah pada kita semua....

Wallahualam.
 

No comments:

Post a Comment