"Awak adalah diri awak.." Berkali-kali itulah perkataan yang selalu berlegar-legar di kepala. Mungkin mengalami sedikit tekanan dalam diri. Ibadat yang dilakukan seakan-akan tidak mampu meredakan resah di hati. Amalan-amalan sunat walaupun jarang-jarang buat tetapi masih mampu memaksakan diri (push diri) untuk istiqamah melaksanakannya walau apa jua keadaan. Melihat senyuman sahabat-sahabat dan ukhwah yang mereka tonjolkan menguatkan lagi jiwa untuk terus memburu cinta Allah, mencari redha Allah dalam kesamaran destinasi hidup selepas ini.
Alahan yang diterima baru-baru ini sedikit sebanyak menyedarkan diri yang selalu alpa dan leka dengan nikmat yang diberi. Tidak tahu kenapa, bermula daripada dua hari yang lepas, bintik-bintik merah timbul di sekeliling leher, kaki dan dada. Sangat-sangat risau. Waktu paling kritikal adalah semalam selepas mendapati sebelah mata mengalami kebengkakan yang melampau. Nak melihat dengan jelas pun agak sukar. Dan muka kelihatan sembab sedikit. Melucukan jugak kadang-kadang bila melihat adik-adik yang datang ke bilik mengalami seakan-akan histeria bila melihat muka akak mereka yang sorang ni. huhu. Cadangan untuk pergi ke klinik ditolak kerana memikirkan ianya bukanlah penyakit yang serius dan tidak perlu dibimbangkan sangat. Rasa gembira juga kerana seperti diri ini dihargai dan disayangi. Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui setiap pengaduan hamba-hambanya, mata yang bengkak, muka yang sembab dan kegatalan yang melampau pada kulit badan semakin berkurangan hari ini.
Dengan rahmat dan kasih sayang yang Allah berikan pada diri ini..akhirnya dapat jugak menghadirkan diri ke program anjuran fakulti iaitu sharing moment pagi tadi bersama-sama alumni-alumni Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli yang kesemuanya mempunyai daya tarikan yang kuat bila masing-masing memperkenalkan diri beserta jawatan yang mereka sandang. Kebanyakannya Process Engineer, Consultant, Maintenance Engineer, Safety & Health Engineer dan beberapa jawatan yang lain....Wauww!!Sangat hebatkan...Sememangnya banyak input-input, maklumat-maklumat dan pengetahuan baru yang diperoleh sepanjang berada di dalam astaka selama tiga jam dalam kesejukan dan rasa mengantuk.
Apa yang selalu orang buat bila tiba hari Sabtu? Tidur...Haa, itulah mood atau perasaan yang melanda student-student yang berada dalam dewan ketika itu. Syabas buat abang-abang dan kakak-kakak yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami tanpa mengharap imbuhan (seperti yang diberitahu mereka ni sukarela datang ke UMP). Daripada 200 orang pelajar yang dijangkakan menghadirkan diri pada pagi ini (semuanya sudah mengisi nama untuk datang ke program) akhirnya hanya lebih kurang 30 orang pelajar sahaja yang hadir termasuk saya. Kami juga diberikan penghargaan oleh alumni-alumni berupa tepukan padu tangan yang kuat kerana willingly to gain and get knowledge from them. Kami tidak rugi kerana hampir semua informasi yang kami terima dapat diaplikasikan bila kami sudah graduate nanti. Sesi LDK juga amat-amat best, seronok dan banyak membantu.
Hari ini adalah sejarah yang saya lakarkan dalam kamus hidup saya. Jadi, Hari ini Dalam Sejarah..^^
Apa yang telah dikongsikan oleh mereka??Tunggu posting saya selepas ini....
No comments:
Post a Comment