Tuesday, January 25, 2011

Allah…what’s Your opinion?


“Sesuatu yang tak diduga tiba-tiba datang tanpa dipinta. Mimpi yang dahulunya samar-samar  seakan jadi realiti…diri ditemukan dengan jawapan kepada persoalan mimpi yang membelenggu diri selama ini. Sejak dari tahun satu lagi. Tapi apakah benar apa yang dihadapi kini??

Tak dapat nak jelaskan melalui kata-kata. Fikiran masih tak percaya…mencari kebenaran dan kekuatan untuk mempercayainya.But still…is it true….???
Allah…,what’s Your opinion??” 

Mimpi menjadi harapan ataupun jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran. Berusahalah memahami mimpi kerana hanya kita yang paling memahami kehidupan kita sendiri. Namun, perlu juga manfaatkan proses khusus bagi menajamkan kepekaan dan memahami symbol yang muncul dalam mimpi. Walau bagaimanapun, bukan semua mimpi itu dapat ditafsir. Hanya mimpi yang jelas sahaja dapat ditafsir. Mimpi yang hanya mengandungi keresahan dan pesisme pula tidak perlu ditafsir.

Direkodkan daripada Abu Hurairah, katanya,

“Nabi berkata, ‘Apabila kiamat semakin dekat, mimpi muslim menjadi hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi muslim adalah 1 antara 45 bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga jenis iaitu mimpi yang baik atau khabar gembira yang datang daripada Allah, mimpi yang sedih iaitu mimpi yang datang daripada syaitan. Akhir sekali mimpi yang datang daripada bisikan diri sendiri. Apabila salah seorang antara kamu bermimpi perkara yang tidak menyenangkan, dia perlu bangun daripada tidur lalu mengerjakan solat. Jangan ceritakan mimpi itu kepada manusia”   

Tafsiran mimpi. Bolehkah?

Mimpi adalah salah satu daripada manifestasi keperibadian Islam. Pentafsiran mimpi hanya boleh dilakukan oleh mereka yang memperoleh hikmah Yusufiyah (orang yang mampu mentafsir mimpi sebagaimana Nabi Yusuf). Pentafsiran rahsia mimpi yang sebenarnya termasuk dalam dimensi mukasyafah iaitu dimensi yang sukar dijelaskan dengan menggunakan logik alam syahadah. 

Allah berkata dalam surah Yusuf, ayat 101;
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengurniakan aku sebahagian daripada kekuasaan dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tafsir mimpi…”
Kata-kata ini mengisyaratkan adanya pentafsiran mimpi. Malah, pentafsiran mimpi itu adalah anugerah Ilahi. Pentafsiran mimpi juga tidak mempunyai konotasi yang negative contohnya perasaan was-was daripada syaitan yang dibisikkan kepada para dukun bagi mendapatkan nombor ekor. Pentafsiran mimpi adalah wahyu yang diberikan kepada para nabi ataupun ilham yang diberikan kepada orang soleh.

 Tingkatkan amal

Allah Maha Penyayang, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dengan sifat-Nya Dia berikan pelbagai nikmat kepada kita iaitu salah satunya adalah akal yang membezakan manusia dengan binatang untuk berfikir dan mendalami serta menghayati keindahan alam ciptaan-Nya. Apakah sama orang Islam dengan orang yang beriman? Semoga Allah mengilhamkan kita dengan petunjuk-petunjuk yang baik untuk kehidupan kita di masa depan.
  

 

Nota kaki: Alhamdulillah, tidak sia-sia beli buku terbitan PTS (Hebatnya Kuasa Istikharah). Saya syorkan kepada semua untuk membacanya kerana ia bukan sahaja memberikan jawapan kepada persoalan istikharah yang kita buat selama ini tetapi menambahkan kepekaan kita betapa hebatnya kuasa solat untuk menghubungkan dan mendekatkan diri kita dengan-NYA.

"Limataquluna mataf'aluun" 

Wallahualam.

Sunday, January 23, 2011

Memantapkan hati

"Kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu berkaitan apa pun kecuali dengan cara yang diatur Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam" at-Takwir: 29

Rasulullah berkata mengikut rekod Jama'ah,
"Tidak akan menyesal sesiapa pun yang beristikharah kepada Allah dan bermusyawarah dengan manusia serta mempunyai ketetapan hati dalam urusannya."

Rasulullah berkata mengikut rekod Thabrani,
"Orang yang mengerjakan solat istikharah tidak kecewa. Orang yang suka musyawarah tidak menyesal. Orang yang suka berjimat tidak kekurangan."

Fenomena Terkini

Ramai orang berpendapat bahawa dengan solat istikharah ini kita dapat menentukan apa keputusan yang terbaik  yang dapat kita perolehi dalam kehidupan di dunia. Memilih sesuatu yang diluar jangkaan kita sememangnya sukar dan rumit untuk memikirkannya...apatah lagi bila ia melibatkan hidup jangkamasa panjang: pekerjaan, suasana persekitaran, anggapan masyarakat, penerimaan keluarga, kondisi hati, keyakinan dan keraguan terhadap sesuatu perkara dan sebagainya.

Ya, istikhrah itu adalah merupakan salah satu jalan untuk kita berhubung dengan Allah, pemilik sebenar hati ini. Segala sesuatu adalah dibawah kuasa-Nya kerana kita hanyalah seorang hamba. Tugas hamba adalah sebagai khalifah di muka bumi ini dan menegakkan agama dan syariat yang telah dibawa oleh junjungan besar nabi kita: Nabi Muhammad s.a.w. Justeru, sememangnya perlu untuk kita selalu berhubung terus dengan-Nya bagi mendapatkan ketenangan hati dan fikiran iaitu hanya dengan satu cara: bersolat.

Salah satu manfaat bila beristikharah mengikut cara-cara yang betul adalah dada dilapangkan dan hati dimantapkan dengan pilihan yang kita buat sesudah melakukannya. Namun, ada juga persoalan berkenaan petunjuk sebenar daripada Allah. Bagaimana memperoleh petunjuk yang benar daripada Allah berkaitan beberapa perkara yang dihadapi? Perhatikan dahulu perkara-perkara dibawah:

1. Bagaimana cara kita beristikharah?
2. Bagaimana cara tidur kita. Adakah tidur kita itu baik?
3. Adakah mimpi yang kita peroleh itu suatu mimpi yang bermutu? 

Kebiasaannya, mendapat mimpi atau petunjuk mengenai sesuatu adalah perkara yang selalu dialami oleh kebanyakan orang sesudah melakukan istikharah. Bagi mereka yang tidak mendapat "hint" dari Allah melalu mimpi, jangan begitu khuatir kerana Allah masih sayangkan hamba-hamba-Nya yang selalu berdoa kepada-Nya dan bersungguh-sungguh dalam mencari petunjuk dari-Nya. Dan mereka ini diberikan ketetapan hati oleh Allah dalam apa jua perkara yang mereka pilih. Berterus terusanlah dalam mencari redha-Nya dan mentaati segala perintah-Nya dengan tidak melalaikan solat, tidak melakukan perkara-perkara lagha, tidak menyakiti hati manusia, tidak menzalimi makhluk-makhluk dan yang paling penting sentiasalah bersangka baik terhadap-Nya.  

Orang yang banyak mengingati Allah berupaya untuk mencapai keunggulan dan ketenangan jiwa. Allah berupaya menjadikan mimpi itu samaada berkualiti ataupun tidak. Sehinggalah wujudnya hati yang tenang dan munculnya kemantapan dan keyakinan diri terhadap sesuatu perkara yang dihadapi, istikharah kamu itu insyaAllah berjaya!!Jangan berputus asa terhadap rahmat dan petunjuk dari-Nya...

Wallahualam

Saturday, January 22, 2011

Aku Hamba

Aku selalu membuat dosa
Sering melakukan kesalahan
Sekalipun aku sudah pun mencuba 
Untuk menolaknya Ya Allah
Dengan rahmat-Mu 
Engkau ampunkanlah
Seluruh dosa-dosaku
Jangan Kau biarkan
aku terumbang-ambing
Dan tenggelam dengan dosa
aku inikan hamba-Mu
aku adalah boneka
Yang Engkau cipta
Jangan Engkau biarkan aku
tanpa pimpinan, aku akan tersesat jalan
Kalau Engkau biarkan aku
Dengan dosa dan noda
Kalau Engkau tinggalkan aku
Dengan kesalahan
Segala yang kumiliki
Tiada erti apa-apa.

Tuesday, January 11, 2011

Haluan Insan


Pengalaman yang paling menarik masa cuti sem baru-baru ni. 3M: Menjaga, Mendidik dan Mengasuh baby dan budak-budak di TASKA Haluan Insan, Bangi. 

“Teacher Suri” panggilan sweet yang diterima daripada anak-anak kecil tu. Ahmad mmar, Adam Haras, Ali Imran, Aisyah, Auni, BIsha, Humaira, Abdul Rauf, Fahim Amzar, Adnin, Balqis, Akif, Nabil, Kakak, Nadia….^^

Pelbagai kerenah dan ragam. Kadang-kadang pening kepala dibuatnya. Tak menang tangan kalau nak layan satu persatu perangai masing-masing. Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang sebulan berkhidmat dengan Makcik Liza dan Makcik Sariah. 

Yang pastinya anak-anak kecil itu banyak cakap dan kadang-kadang persoalan yang mereka ajukan membuatkan kita terdiam seketika. Ammar, anak murid yang sentiasa menjadi perhatian. Comel dan manja. Senang didampingi. Satu hari dia bertanya:

“Teacher Suri, syaitan tu lembik ke?”

Mula-mula terkejut. Ambil masa seketika sebelum menjawab.

“Syaitan tu ada kat mana-mana. Tepi kita, belakang, depan belakang…syaitan tu jahat…Ammar tau kan. Keje dia menghasut manusia je..sebab tu jangan ikut hasutan syai…..”

“tan….”. Ammar menyambung ayat.

Kebiasaan yang dibuat oleh cikgu-cikgu untuk tengok respon murid-murid. Teacher Suri tersenyum…tak menjawab soalan budak tu rasanya. Berfikir seketika…macammane dia boleh ajukan soalan tu. Bila fikir-fikir balik, budak-budak ni suka tengok CD judul syaitan. Sketsa pendek mengenai syaitan serta doa-doa untuk melindungi diri daripda syaitan. Mungkin dia pelik syaitan tu boleh masuk ikut telinga, jadi lembik macam awan…huhu

Begitulah…fenomena biasa yang diterima. Banyak soalan-soalan yang pelik diterima setiap hari. Rutin harian:

7.00 pagi : Sambut anak-anak di pintu pagar.
9.30 pagi : Makan pagi
12.30 tengahari : Makan tengahari
1.00 : Bersiap untuk tidur
4.30 : Minum petang
5.30 : Parents mula jemput anak-anak.

Kalau baby..2 kali tidur: pagi dan tengahari. Susu kena bagi 3 kali: pagi, tengahari dan petang. Rumit juga untuk tidurkan baby. Paling suka mandikan baby-baby tu sebab baby-baby suka main air. Banyak bende baru yang dapat belajar. Alhamdulillah..

Simple je keje tapi perlukan kudrat yang besar untuk sentisa perhatikan dan melayan mereka. Kalau yang tak biasa dengan budak-budak agak susah untuk handle terutama baby.

Jom, tengok gambar-gambar gelagat anak-anak saya...^_^:

Ammar yang comel dan manja

Adam dengan robot. Kreatif budak ini..

Auni yang pendiam. Jarang dengar dia bercakap. Diam-diam ubi berisi. Banyak gunakan tindakan dari bercakap.

Bisya. Budak ini kuat bercakap. Celoteh tak berhenti-henti.

Y for Teacher Yan but....kenapa Y tu senget??

Aisyah solehah. Akk kepada Ammar. Bijak orangnya.

Damia, Humaira, Ammar, Adam, Ali Imran, Aisyah. Sayang semua...^^

Clean in place. Budak-budak ni pandai kemas balik lepas main, kalau tak Teacher Yan marah.

S for Teacher Suri...^^









Monday, January 10, 2011

Berita gembira

Baru beberapa hari yang lepas saya menerima mesej daripada adik. Dia menyatakan keputusan UPS matrikulasinya yang baru diterimanya. Alhamdulillah, sgt memberangsangkan. Bukan nak berbanggga dengan adik sendiri tp hakikatnya "I'm proud of her".!

Berita gembira kedua: Saya baru menghantar final draft thesis. Bukan berita gembira yang berpanjangan sebab thesis tu perlu dihard boundkan sebelum hantar ke panel. Bukan perkara yang mudah, untuk format thesis itu sahaja saya tidak tidur malam. Edit situ, edit sana. huhu. perancangan sebelum ni nak ambil master. Mampukah?

Berita gembira ketiga: Saya baru menerima berita saya dapt anak buat baru "baby boy". Lambat sehari saya tahu.

Tapi saya masih ada berita tak gembira: Saya tak pandai meluahkan rasa gembira tu dengan sahabat-sahabat, jadi tak dapat berkongsi. Somehow, adik saya sendiri merajuk sebab saya tak raikan dia dan bagi kata-kata motivasi. Saya mahu telefon k.ngah right now tapi saya tak mampu nak buat sebab takut dua-dua akan janggal bila brcakap. Teruk kan?? But still, saya tak patut punya perasaan itu. Tapi xpe, sebab itu salah saya sndiri sebab tak mampu untuk mendekati mereka. I have to develop myself!! Haisy, another one more homework...heeee ^^

Tuesday, January 4, 2011

~Serba Salah~


Persahabatan yang terjalin lebih daripada lima tahun. Permulaan perkenalan sangat ringkas. Di dalam dewan Sri Bestari kita mulakan pertanyaan "Awk dri mne, duduk kt mane....bla bla bla". Banyak suka duka kte tempuhi bersama. Antara pengalaman paling bermakna adalah kita berpisah sementara semasa kita di form 4. Diyanah jadi orang tengah yang redakan permasalahan kita berdua. Alhamdulillah, sejak itu hubungan kita bertambah baik sampai sekarang.

Kalau boleh tak mahu rumitkan keadaan...Kalau boleh taknak kita terputus hubungan. BFF. Ya! Perkataan itu sering kita tuliskan dalam kad request yang kita sama-sama buat dan saling bertukar kad. Awak dan saya berbeza haluan. Tapi tak bermakna kita tak sama lorong. Mencari jalan yang lurus dan redha Illahi.

Maafkan sahabat. Andai kte kurang memberi perhatian dan andai persahabatan kte selama ini banyak kekurangan.

Ukhwahfillah Abadan abada. Uhibbukifillah...=) 

Special dedicate to: BFF, Roza

“Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta, kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat. Yakin pada Yang Maha Esa, sama-samalah teruskan perjuangan menempuh onak duri dunia hakiki.”