“Dah lama aku nak buat keje tu, tapi tak terbuat-buat....takde mood nak buat”
“Keje tu senang je…nantilah aku buat, nak buat bende lain dulu”
“Orang lain ade, biarlah dorang yang buat, aku taknak terlibat pun“
Alahai....kalau begitu gayanya, tak ke mana lah keje tu. Beban keje bertambah, kepala kusut, masalah tak selesai sebab terlalu ikutkan si “pemalas“ yang terlalu lama membuat sarang di kepala. Keje yang mudah dan simple dibiarkan terlalu lama untuk buat, las-las hati tak tenteram, kepala serabut dan bila orang lain mula mempersoalkan keje yang sepatutnya kita lakukan....habuk pun tak nampak.
Semua orang pernah mengalami situasi yang sama. Setuju? Semua orang pun pernah berusaha untuk mengelak penyakit malas ni, yang sememangnya sebati dalam diri. Ada orang yang berjaya mengatasinya, ada yang hampir berjaya dan ada orang yang tak mampu nak atasi sebab terlalu banyak sebab musabab yang sengaja diwujudkan jadi benda yang sama akan berlaku berulang kali: kerja tak berjalan sebab selalu bertangguh sebab takde mood sebab malas sebab takde semangat nak buat keje. Jadi, punca sebenarnya kerja tak siap?
Beza antara orang yang malas dan orang yang tak? Cuba fikir sekejap....Ya! Awak bijak sebab dapat membezakan antara keduanya.
Di bawah ini, saya kongsikan sebahagian dari apa yang saya baca dari ilmuan lain. Moga memberi manfaat...
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.
Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد
Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.
Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :
يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة
فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.
Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.
Source: http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-islam/
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
"Malas, malas, malas...."ulang perkataan ni banyak kali dalam hati. Tarik nafas panjang-panjang sambil bertekad dan berazam dalam diri "Aku tak mahu malas lagi". Niatkan hanya semata-mata kerana Allah yang masih memberikan kita nikmat nyawa dan kesempatan waktu dan pelbagai nikmat lagi. Hembus nafas perlahan-lahan....."Ya!Aku mesti berubah! Buang jauh-jauh si "malas" itu dari otak.
Akhirnya, sama-samalah kita muhasabah diri balik. Janganlah jadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal. Hanya diri kamu sendiri yang mampu melakukannya (peringatan buat diri sendiri semestinya)
“Barangsiapa hari ini lebih baik dari kemarin, ia beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kemarin, ia merugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari kemarin, ia celaka”
Mahu menjadi orang celaka atau merugi? Tentu tidak, kan? Kesedaran yang muncul bahawa kemalasan itu tidak baik merupakan modal yang berharga. Kesedaran telah muncul...tinggal sekarang bagaimana merealisasikan kesedaran itu dalam kehidupan sehari-hari. Kita takkan pernah sukses dengan kemalasan tanpa kerja keras.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment