Monday, November 29, 2010

Bertaubatlah, Selagi ada Kesempatan Waktu Buatmu

Apakah pendapat ustaz jika seseorang itu melakukan perkara maksiat/mungkar seperti mencuri, kemudian dia bertaubat. Tetapi dia melakukan lagi perkara itu, kemudian bertaubat lagi dan perkara ini terus berulang-ulang walaupun dia sungguh menyesal dengan perbuatan dia tetapi keimanannya tidak dapat melawan nafsunya untuk melakukan lagi perbuatan itu.

Taubat yang sempurna mestilah merangkumi perkara berikut:
1. Ikhlas ingin bertaubat.
2. Meninggalkan segala dosa.
3. Menyesali atas dosa yang dilakukan.
4. Tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.
Oleh itu, ini bermakna taubat saudara/ri sebelum ini tidak dikira sebagai taubat yang sebenar-benarnya. Jika ketiga-tiga perkara di atas dituruti, barulah taubat itu menjadi sempurna.

Jangan sesekali beputus asa untuk bertaubat w/pun telah beberapa kali melanggarnya..
Jadilah seperti org sakit yang sentiasa mengharapkan kesembuhan. 

PENGERTIAN TAUBAT
Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa yang tercela di sisi syarak kepada apa-apa yang terpuji di sisinya.
ANTARA DALIL-DALIL TAUBAT
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah an-Nur: ayat 31).
Firman Allah Taala bermaksud:
Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya. (Surah Hud: ayat 52).
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristigfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali. (Riwayat Muslim).
HUKUM DAN SYARAT-SYARAT TAUBAT
 
Berkata Imam Nawawi:
Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat tiga syarat:
- Meninggalkan maksiat.
- Menyesal dengan perlakuan tersebut.
- Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia termasuk hak-hak anak Adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya. Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.

Di antara syarat-syarat lain ialah meninggalkan kawan-kawan yang jahat serta menjauhkan diri daripada orang-orang yang fasik yang boleh menggalakkan seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhkan daripada taat. Kemudian bergaullah dengan orang-orang yang baik lagi jujur.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia mengatakan: Sesungguhnya sekarang saya bertaubat. Dan tidak pula (diterima taubat) orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang itu sudah kami sediakan seksa yang pedih. (Surah an-Nisa: ayat 17 dan 18).
TAUBAT ORANG AWAM
Adapun ahli tasawuf bukan sahaja tertumpu kepada taubat daripada maksiat kerana pada pandangan mereka ia adalah taubat orang awam. Bahkan mereka bertaubat lebih dari itu iaitu bertaubat daripada semua perkara yang boleh menyibukkan hati dari mengingati Allah Taala setiap masa.
Berkata Dzun Nun al-Mishri iaitu seorang sufi yang agung:

Taubat orang awam adalah daripada segala dosa sementara taubat golongan khawas (gologan khusus yang hampir kepada Allah Taala) adalah dari kelalaian.
KISAH IKTIBAR

Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih Muslim iaitu kisah pembunuh yang membunah seratus orang. Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah Taala akan menerima taubatnya. Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan. Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang di maksudkan. Di sana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.

PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA

Sesungguhnya pintu taubat masih lagi terbuka kepada semua manusia sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Maka bersegeralah kita semua untuk bertaubat kepadaNya sebelum terlambat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. (Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

PENUTUP

Sebagai hambaNya yang amat lemah adalah kita dituntut supaya sentiasa bertaubat di atas segala dosa yang pernah kita kerjakan. Contohilah Rasulullah S.A.W. yang sentiasa bertaubat kepada Allah Taala walaupun baginda seorang yang maksum. Jadi marilah kita memperbanyakkan taubat dengan taubat nasuha agar hati kita sentiasa suci bersih dari sebarang kekotoran dan kejahatan yang boleh menyebabkan hati menjadi lalai dari mengingatiNya.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Sumber : link



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Salam, ingin ditegaskan tidak ada satu taubat pun yang tidak diampunkan oleh Allah kerana taubat itu bermaksud penyesalan manakala Istighfar itu bermaksud meminta ampun di atas taubat. Contonya jika kita baru sahaja menonton video lucah, kemudia kita menyesal menontonnya, ia juga dikira taubat. Sebab apa kita menyesal? Sebab menyesal itu lahir atas anggapan telah membuat hal dosa dan kita tau perkara itu Allah haramkan. Barulah timbulnya penyesalan itu.

Bilakan masanya taubat diterima?

Sabda Nabi: "Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" (Riwayat al- Tirmizi, Hadith Hasan)


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan SEGALA dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
BAGAIMANA KALAU DAH BERTAUBAT TAPI BUAT BALIK?

Dalam hadis Qudsi Nabi SAW bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

HADITH INI DIKUATKAN LAGI OLEH SURAH AL-ZUMAR YANG SAYA BERIKAN SEBELUM INI. LIHAT PERKATAAN YANG SAYA MERAHKAN BERBUNYI " JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH". DAN SAYA BELUM JUMPA LAGI MUHADDITH YANG MENDHAIFKAN HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM ITU.

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya “tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

PINTU TAUBAT ITU LUAS DAN ALLAH FAHAM TENTANG PERMASALAHAN HAMBANYA DALAM HAL TAUBAT. WALLAHUA'LAM

Sebenarnya taubat diterima walaupun tidak dihukum dan Islam lebih menganjurkan taubat dari hukuman. Kerana ini banyak kes di Mahkamah Islam akan gugur dengan Taubat. Terdapat pelbagai dalil yang menunjukkan BETAPA MURNINYA AGAMA ISLAM INI.

Kita disuruh untuk menutup aib yang telah kita lakukan dari pengetahuan Umum sepertimana hadith berikut yang bercanggahan dengan cadangan ald kamil yang dikasihi:

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.


Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.


(RIWAYAT IMAM MUSLIM)

Terdapat banyak bukti bahawa Islam itu TIDAK CENDERUNG untuk menghukum:

Rasulullah bersabda"Tolaklah hudud itu dari kaum Muslimin semampu kamu, jika kamu mendapatkan jalan keluar untuk seorang Muslim maka lepaskanlah jalannya, sesungguhnya apabila seorang imam salah dalam memaafkan, itu lebih baik daripada salah dalam menghukum." (HR. Hakim) (Ini saya rujuk dalam min fiqiddaulah- Dr Yusuf Qardawi)

Abu Daud telah meriwayatkan dalam bab "Seseorang yang mengaku dengan hukuman dan tidak menyebutkan namanya." Dari Abi Umamah, sesungguhnya ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi SAW lalu berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuat (sesuatu) yang harus dihukum, maka hukumlah aku." Nabi bersabda, "Apakah kamu berwudhu ketika kamu datang (ke mari)," laki-laki itu menjawab, "Ya," Nabi bersabda, "Apakah kamu solat bersama kami ketika kami solat?" Orang itu berkata, "Ya," Nabi bersabda, "Pergilah, sesungguhnya Allah SWT telah memaafkan kamu." (HR. Muslim, Abu Daud dan Nasa'i).(Ini saya rujuk dalam min fiquddaulah- Dr Yusuf Qardawi)

HADITH ABU DAUD INI DISOKONG OLEH HADITH MUSLIM PERTAMA YANG SAYA BERIKAN TADI YANG MENUNJUKKAN SURUHAN SOLAT OLEH NABI DAN SOLAT YANG DIMAKSUDKAN ITU ADALAH SOLAT FARDU 5 WAKTU.

Dengan hujah yang saya susun ini bolehlah digunakan untuk menyangkal tuduhan agama lain bahawa Islam agama yang ketat dan mudah mendapat dosa. Sebenarnya tidak ada agama lain yang paling mudah mendapat mengampunan melainkan Islam. contohnya:

1) Agama Kristian Katolik perlu ke gereja dan meminta supaya father mengampunkan dosanya dengan memberi bayaran itu ini.

2) Agama hindu perlu cucuk sana cucuk sini dan menahan dari makan daging (juga dalam buddha) untuk penghapusan dosa dan penyucian diri

3) Minta ampun di mana anda berada dan anda akan diampunkan.

Akhir kata janganlah kita menutup pintu taubat dan menyusah-nyusahkan hukum sedangkan Allah Azzawajalla memberi banyak rahmat dan peluang kepada hambanya . Kata-kata ustaz perlu dinilai dari segi dalil dan bukannya emosi. Wallahua'lam.
 
Sumber : link

No comments:

Post a Comment