Sejak kebelakangan ini, hujan asyik turun, malam dan petang. Saya tak maksudkan yang saya tak suka hujan....saya suka hujan...hujan mengingatkan saya kepada sesuatu. Apa yang patut saya buat, apa yang patut saya lakukan, apa yang saya sepatutnya buat hari-hari yang mendatang. Bersyukur! Ya, hujan mengingatkan saya untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Pemilik saya berikan selama ini. Kadang-kadang saya terlupa. Nasib manusia yang berlainan negara dengan saya. Ada yang kebuluran, kepanasan, kehausan, kesakitan dan macam-macam lagi. Tapi saya sangat bertuah...duduk dalam negara yang harmoni, tiada keganasan, tiada masalah makanan, tiada peperangan/perang saudara....semua ada!!!Apa yang saya mahu lagi? Saya sepatutnya bersyukur...setiap detik dan waktu...bangun sepertiga malam untuk menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah. Tidakkah saya fahami?
"Sesunguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal"Sama-sama mencari jalan kepadaNya..Seandainya tersesat..segera kembali kepadaNya..
(Surah Luqman:34)
Mari berubah daripada kegelapan kepada cahaya..
Mari berusaha menjadi kepada yang lebih baik..dan terbaik hanya untukNya..
WAHAI HATI, TENANGLAH... DAN TUMBUH SUBURLAH...
SEGALA NIKMAT ALLAH, HARGAILAH SEBAIKNYA...
~Mujahadah itu payah kerana syurga itu indah~
28 November 2010
12.30 a.m
No comments:
Post a Comment