Thursday, December 29, 2011

Santai 1: Anak itik alim??

Yan dan yani suka bergaduh. Perang mulut lah senang kata. Tak puas hati kenapa macam tu kenapa macam ni. Yan sebagai kakak selalu mengalah. Yani pula sebagai adik bongsu suka memberontak. Bila dua-dua bergaduh, saya ambil part..tukang leraikan. Kadang-kadang jadi batu api sekejap. Bagaimana cara saya nak leraikan mereka? Saya bukan air, saya bukan api...

Waktu saya belajar dulu, kalau air dicurahkan ke api...api itu takkan padam malah bertambah marak. Yelah, air sebaldi nak dicurahkan ke api yang besarnya seperti sebuah rumah. Mana boleh kan?


Cinta itu SUBJEKTIF

Salam sayang buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Jarang saya memperkatakan soal cinta. Cinta itu subjektif. Sesiapa sahaja boleh menilai cinta itu mengikut persepsi masing-masing. Dalam banyak-banyak definisi cinta yang ada, saya tertarik dengan definisi cinta yang telah diucapkan oleh watak Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

Puisi Cinta oleh Anna Althafunnisa ; 

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan


Tuesday, December 27, 2011

Masukkan benang Al-Fatihah ke dalam lubang hati

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah, Allah masih gerakkan hati ini untuk menulis. Moga hari-hari seterusnya saya akan istiqamah jua. Posting kali ini bukan saya yang menulisnya tapi orang lain. Sumber saya tak pasti ambil daripada blog siapa. Asif. Harapnya penulis tersebut mendapat ganjaranNya sebab dia menulis perkongsian yang memang terbaik....^^


XXX


Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ?

Thursday, December 22, 2011

Temanku An-Nisa, Ar-Rijal


Bismillahirrahmanirrahim..
Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..


Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..

Wahai temanku ar-rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..

Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu ar-rijal juga begitu..

Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinyalah kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar-rijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!
 Kerana engkau tahu sahabatku an nisa
Dia kan terjerumus ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila..
Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya?

Wahai temanku ar-rijal
Andai engkau mencintainya,
Cintailah ia keranaNya,
Letakkan lah Ia melebihi cintamu kepada dia,
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa,
Mengajaknya bermukah di taman sepi,
Kerana engkau tahu,
Dia punya 9 nafsu, 1 akal,
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya keranaNya,
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan-ringan,
Kerana engkau tahu,
Itu sudah MENGHAMPIRI ZINA!
Dan engkau tahu bukan ?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya,
Andai kau relakan dia terjun ke NERAKANYA?

Sahabatku an-nisa
Sahabatku ar-rijal Aku mengasihimu LILLAH,

Lantaran itu,
Dengarlah sedikit pesan ikhlas ku LILLAH,
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta?
Bercinta tak salah,
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang hakiki,
Dan engkau kan merasa cinta manusia ..
Sedikit cuma..

Andai Dia yang engkau dahului,
Engkau takkan gelisah,
Andai dia tidak mengirim sebarang sms,
Andai suaranya tidak didengar walau teknologi didepan mata,
Engkau tidakkan rindu,
Andai sehari tidak besua,
Engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa
mengatakan I love you.
Kerana engkau percaya..
DIA yang terbaik..
Lantaran DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu,
Dan andai dia yang terbaik untukmu,
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya..
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tak ke mana..

Yakinlah!
Apakah benar engkau meyakini takdirNya?
Maafkan aku teman,
Bicaraku penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membencimu munkar itu,
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu,
Aku menegur yang mana mampu,
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita kan sama-sama meredah lautan api,,,
Yang terlalu pedih, yang terlalu seksa, yang terlalu AZAB!!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas

Cintailah DIA..
Serahkan segalanya pada DIA..
Kerana DIA tahu yg terbaik
Sedangkan kita tidak.
ALLAHU A’LAM.

Akhirul kalam
Letakkan si DIA dalam hatimu,
Engkau akan merinduiNYA
Andai harimu tiada ingatan kepadaNYA
Engkau akan gelisah andai DIA
Tidak mendengar rintihanMu,
Engkau kan rindu
Andai DIA tidak memandangmu,
Engkau kan tak keruan andai
Doamu ditolak..
Dan itulah cinta hakiki..
Kerana engkau yakin
Di sana adanya sebuah
Pertemuan di taman Syurga yang Indah..
Bercintalah kerana ALLAH..
Dan Engkau akan merasakan
Erti bercinta yang sebenar
Insya ALLAH!

Sumber: http://baitulmuslim.com/content/dari-sahabat-khas-buat-sahabat

BEST FRIEND until JANNAH

5 tahun. Selama itulah saya belajar di sekolah berasrama penuh, 1 tahun di kolej matrikulasi dan 4 tahun di universiti tempatan. Kira-kira 10 tahun jugaklah saya menghabiskan sisa-sisa hidup bersama mereka: kawan-kawan, teman-teman dan sahabat-sahabat. Hampir separuh daripada usia saya sekarang.

 Bertemu, berpisah, menjalin ukhwah persahabatan, suka-duka menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama, siswi kolej kediaman, kakak, senior, junior, pelbagai jolokan nama, panggilan, ejekan dan gurauan saya terima. Sememangnya itu adalah lumrah bagi yang bergelar insan.

Kotak memori merakamkan pelbagai gelagat keanak-anakan sepanjang tempoh saya bersama mereka. Pengalaman mengajar erti kemanisan dalam hidup. Kehidupan dalam kampus mengajar perjuangan sebenar. Dari situ kekuatan baru muncul, dan saya tidak keseorangan.

Kita adalah seorang hamba…hamba yang setiap hari, saban waktu, setiap detik dan ketika mengalami perubahan.

Tuesday, December 20, 2011

Permudahkan...jangan merumitkan.


Perlunya kita untuk terus dan terus berusaha mendidik hati. Menuju dan seterusnya mencapai redha Allah yang diimpi. Harus diingat kebiasaan dan ‘terbiasa’ akan menjadi habit/tabiat  yang sukar dibendung. Tabiat inilah yang membentuk akhlak dalam diri seseorang.
Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”

Saturday, December 17, 2011

Sepi...jangan biarkan.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sudah lama blog ini menyepi. Sepi dengan pengisian, tazkirah, cacatan-catatan penting bagi penulis. Bukan salah sesiapa. Salah penulis juga. Setiap hari adalah semestinya hari yang penuh pengertian. Hari di mana setiap saat kita bernafas adalah sebenarnya atas rahmat dariNYA. Tiada kompromi.