MUSLIMAH
.::Nazrey Johari::.
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
* Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
* Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Nota Suri: SubhanAllah…dengar sahaja lagu ni saya terus jatuh cinta….pada bait kata-kata nasihat dan indahnya liriknya. Ya Allah. Sungguh…hiburan itu amat menyenangkan jika diletakkan pada tempat yang sebetul-betulnya. Lirik indah ini akan ku jadikan sandaran dan panduan buatku yang bergelar seorang muslimah.
Mengingatkan bahawa penyanyi nasyid ini adalah merupakan penasyid kegemaran sejak sekolah rendah lagi tambah membuatkan saya berasa senang hati. Bermula dengan ayah membeli video tape kumpulan Raihan (sekarang jarang orang guna video tape lagi dah. Kebanyakan album guna CD sebab lagi nipis dan mudah dibawa berbanding video tape) kami adik beradik mula jatuh cinta dengan nasyid-nasyid berkonsepkan ketuhanan. Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah.
Buat muslimah-muslimah yang berada di sana. Ingatlah, kecantikan seorang muslimah itu bukan terletak pada wajahnya, lenggoknya, tutur katanya yang mendayu-dayu atau ciri-ciri fizikalnya tetapi kecantikan muslimah yang sebenar-benarnya adalah terletak pada akhlak mulia yang ada padanya, mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta mengikuti sunnah-sunnah yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita: Nabi Muhammad S.A.W.
Wahai Muslimah…berbahagialah….^^
No comments:
Post a Comment