Hari ini saya keseorangan lagi. Ditinggalkan bersendirian di dalam bilik ditemani buku-buku, bantal-bantal yang empuk, Suriey's Note, dan seperti biasa ditemani dengan laptop kesayangan.
Antara buku, bantal, Suriey's Note, laptop...mana satu menjadi pilihan di pagi Sabtu ini?
Buku?
Baru sahaja selesai menghabiskan Novel Perindu Cinta Abadi, next selepas itu saya pinjam lagi buku Dari Hati ke Hati: Bercakap Soal Agama, Sosial-Budaya & Politik. Buku yang agak berat untuk dibaca. Buku ini merupakan kumpulan tulisan Prof Dr Hamka.
Menarik sekali..melalui buku ini kita dapat lihat sendiri cara pemikiran Prof Hamka dalam menyelami dan menyikapi permasalahan yang timbul dengan merujuk pada sejarah yang pernah berlaku pada masa sebelumnya. "Pengalaman adalah guru yang terbaik"- menjadikan sesiapa yang menbacanya bakal mendapat sesuatu yang berguna sekali. Ada juga dikaitkan sejarah zaman sekarang dan zaman sahabat-sahabat.
Suriey's Note?
Diari kecil yang selalu menjadi rujukan apabila mahu menulis sesuatu. Di situ terdapatnya kata-kata yang menjadi inspirasi dan motivasi pada diri. Nota-nota daripada internet juga selalu dicatat sebaik mungkin. Manusia mudah lupa: antara tujuan utama Suriey's Note diwujudkan bermula awal semester lagi.Ianya lebih kurang seperti diari harian. Apa yang terlintas, terlihat, ternampak akan terus di catat di dalamnya agar ianya menjadi sesuatu yang berguna suatu masa nanti.
Laptop Kesayangan?
Benda wajib yang perlu dibuka hari-hari. Update perkembangan semasa, update status sahabat-sahabat, dengar nasyid, tengok emel, update blog, blog walking cari pengisian dan macam-macam lagi. Paling penting, dengan laptop ini, saya dapat menyiapkan esaimen yang dah lama tertangguh. Bukan esaimen kuliah yang saya maksudkan tetapi esaimen untuk dimuatkan dalam blog sendiri.
Baru sahaja membaca topik hangat dalam Malaysian Insider. Raja Petra: Saya tak belot, masih bersama pembangkang. Dah lama tak mendengar berita tentang orang itu. Tup-tup keluar pulak statement macam tu. Berita yang keluar di televisyen, blog-blog malah surat khabar online sekalipun janganlah terlalu cepat percaya seratus peratus. Perlu sentiasa update. Politik, politik....semata-mata.
Bantal yang empuk?
Hari Sabtu. Mindset pun mulalah jahat: nk rehatkan diri dengan tidur sepuas-puasnya setelah penat memenatkan diri dari Isnin-Jumaat. Bangun pagi, selepas solat Subuh terus tarik selimut. Sukar untuk membendung tabiat yang selalu dibuat zaman kecik-kecik dulu. Sekarang dah besar tak boleh lah lagi macam tu kan...
Posting kali ini
Kembali kepada tujuan asal. Sebenarnya, point utama posting kali ni adalah untuk muhasabah. Degil, berkeras nak duduk, baring-baring atas katil...dengan menulis, sekurang-kurangnya dapat menggerakkan otak dengan berfikir dan melakukan pergerakan sendi-sendi dan otot-otot pada tubuh.
Pagi ni sahabat-sahabat akan pergi rehlah. Semoga urusan mereka dipermudahkan oleh Allah. Seronok berehlah bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan. Rasa rindu dan sedih pulak bila mengenangkan countdown untuk keluar meninggalkan adik-adik dan sahabat-sahabat semua...
No comments:
Post a Comment