Sunday, April 17, 2011

Isu Wahabi, Salafi

Setiap manusia ada keinginan. Iaitu keinginan untuk mengetahui kebenaran sesuatu perkara. Saya terpana seketika. Sangat banyak informasi dan maklumat-maklumat dalam Internet yang boleh mengelirukan. Rasa takut, geram, marah bercampur baur. Tidak mustahil jika aqidah seseorang juga boleh terpesong gara-gara penyebaran maklumat yang tidak betul dan tanpa sumber yang benar-benar sahih. 

Saya pelajar jurusan kejuruteraan. Sekolah menengah dulu dalam aliran sains. Kadang-kadang terfikir sendirian, alangkah ruginya mengambil jurusan ini dan alangkah untungnya bagi sesiapa yang mengambil jurusan agama. Mereka boleh memperdalamkan ilmu agama iaitu bekalan untuk menuju ke Akhirat dengan mudah dan boleh belajar dengan melalui bimbingan para guru dan para ulama’ yang arif mengenai agama secara kondusif dan selesa.

Tetapi jangan salah sangka. Saya sebenarnya tidaklah betul-betul menyesal mengambil jurusan ini sebab jika Allah yang mentakdirkan saya untuk terjun ke dalam bidang ini saya terima dengan rela hati dan belajar dengan ikhlas. Itu cerita lain. Persoalannya mengenai berapa ramai pelajar-pelajar di luar sana yang mengambil jurusan berlainan daripada jurusan agama:

Adakah mereka peka dengan fenomena yang berlaku sekarang mengenai isu-isu berkaitan agama?
Tarbiyyah mereka bagaimana?
Saluran informasi mereka terima daripada siapa?
Dan lain-lain persoalan yang berkaitan...

Isu Wahabi, Salafiyah, ASWJ

Isu ini sudah lama berlaku dan saya percaya sekarang masih lagi berlaku. Mengenai kekeliruan tentang term-term ini. Jika orang lama masih lagi terkadang keliru dan tidak dapat memberikan penjelasan dengan tepat dan yakin inikan pula anak-anak muda yang baru melangkah awal, yang baru keluar daripada sekolah menengah, yang terima bulat-bulat akan apa yang diajar oleh guru-guru mereka di sekolah, yang baru belajar bukak kitab dan sebagainya. Bagaimana dengan kita pula? Adakah kita yakin kita dapat menjawab persoalan mengenai isu ini. Tak usah menunggu untuk ditanya, cuba tanya diri sendiri.

Dari segi akidah, salah seorang pembaca forum yang mengupas isu ini mengatakan bahawa Salafi dan wahabi ni tak murtad dan syirik tapi approach/pendekatan mereka yang melampau. Melampau dari segi apa?    
Untuk menjawab persoalan mengenai isu ini semestinya saya bukanlah orang yang layak. Cuma saya ingin berkongsi dengan semua mengenai isu ini yang dikupas oleh beberapa orang blogger yang berkongsi pendapat mereka berkenaan isu ini:


Bacaan daripada blog di atas hanyalah untuk pengenalan. Masih banyak lagi sumber-sumber yang boleh diperoleh: daripada pembacaan buku-buku, mengaji pondok, diskusi dengan sahabat-sahabat, belajar dengan tok guru yang arif dll. Saya galakkan agar semua pasang niat dengan betul-betul ikhlas untuk memahaminya agar kita punya keyakinan yang mantap. 

Diskusi Yahoo Group

Ada beberapa orang sahabat dan adik-adik yang sebenarnya menggerakkan hati saya untuk menulis berkenaan isu ini. Jadi, adik itu menemui murobbi lalu inilah resolusi yang dibuat oleh ustaz:


- Ustaz menekankan agar kita menjauhi isu label-melabel ni (isunya melabel tok guru dalam sebuah pondok itu wahabi). Cumanya kita cuba faham apa yg dibawa oleh sesebuah golongan tu.

- Golongn Salafiyyah terbahagi kepada 3. Yang paling keras sekali (dari segi memegang kepada fahaman) adalah Salafiyyah Madhkhalee - kebanyakan Salafi Madhkhalee ini ada di Arab Saudi. Dr Asri yg juga digelar sebagai "Wahabi" tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Nasaruddin Al-Albanee (seorang ahli muhadis yang terkenal) juga sebenarnya digolong dalam golongn Salafi; Salafi Al-Albanee (tetapi pemikiran Dr Asri ada juga cenderung kepada Sheikh Al-Qardawi dll).

Nasihat

Jangan taksub pada satu-satu pegangan fahaman sehingga menutup pencarian kepada kebenaran. Di luar sana saya percaya masih ramai yang tidak menolak jika ada orang yang mengemukakan hujjah serta bukti tentang keyakinan mereka.Yakinlah sepenuhnya pada jalan yang di lalui dan ditunjukkan oleh ahli-ahli keluarga Rasulullah. Inilah malangnya bagi kelompok yang menggelar ASWJ tapi tidak mengenali mereka malah menutup pintu sejarah.

Satu lagi yang menarik, adik itu (dalam diskusi yahoo group) itu sebenarnya resah kerana ada yang melabelnya sebagai Salafiyyah dan dia pun bertanyalah ustaz:
"Ustaz kalo seseorang hanya ingin memegang kepada hadis-hadis saheeh terutamanya dlm konteks ibadah cmne? "
Kemudian Ustaz jawab, "Bagus sbnrnya nk pegang pd hadis2 saheeh sahaja tetapi hadis2 dhaif biasenye dijadikan sbgai fadhail a'mal" 
Dan lagi isu tentang perkara ini agak complicated sebenarnya. Tetapi ditekankan bahawa-puak Salafiyyah mungkin dilihat berpemikiran sempit dalam sesetengah perkara (nasyid juga haram bagi mereka) kerana dikatakn menyempitkn sunnah tetapi niat mereka hanya untuk tidak menambah apa-apa lagi dalam agama selain dari apa yang pernah diajar oleh Rasulullah SAW. Cuma sometimes they (Salafiyyah) go off limit by making takfeer to other people dan menolak sepenuhnya hujah org lain.

Semoga anda mengambil dari sumber yang betul dan sahih untuk dijadikan pegangan. Saya hanya penyampai. Segala kelemahan dan kekurangan datangnya daripada saya dan segala kebaikan hanya daripada Allah. 


Wallahualam.


No comments:

Post a Comment