~Experience is the best teacher~
Catatan ini
dibuat pada 15 Mac 2012. Saya baru menyedari catatan ini ketika meng’godak’
(istilah baru saya belajar daripada En.Zauj) draft catatan dalam folder laptop. Dengan penambahan
sedikit point, akhirnya draft yang sekian lama tersimpan dapat dipublish di
sini. Alhamdulillah.
15 Mac 2012
Khamis
5.30 petang
Salah satu pengalaman berharga bagi
saya. Berapa kali tersalah naik komuter. Kali ni saya buat kesalahan yang memberi
makna tersirat. ^_^
Naik bas dari Gambang turun Pekeliling.
Kemudian naik LRT stesen Titiwangsa turun ke stesen Chan Sow Lin. Daripada
stesen Chan Sow Lin, tukar tren ke laluan Sri Petaling menuju ke Bandar Tasik
Selatan. Sesudah turun tren, beli tiket KTM di kaunter dan tunggu next KTM untuk ke
Seremban. Sampai Seremban, jalan kaki sepanjang lorong gajah ke Terminal One. Naik
pula bas Seremban-Port Dickson. Destinasi terakhir…
4 tahun…membiasakan diri dalam keadaan
yang tidak biasa pada mulanya menjadi biasa. Naik bas, tunggu bas, tempah
tiket, naik LRT menyaksikan ragam orang ramai, orang dewasa, orang tua, budak sekolah,
remaja, orang pejabat, couple, muslimat tudung kecik, besar mahupun tak pakai tudung langsung. Semua telah saya lalui dengan
Sod.Ba.Ra. Proses kesabaran kadang-kadang ambil masa yang panjang. Bukan mudah
rupanya untuk seseorang yang dikatakan ‘pendakwah’ di kampus untuk berada dalam
golongan masyarakat yang pelbagai.
Kalau nak diikutkan rutin orang balik kampung
adalah simple dan mudah. Naik bas…lepas bas dah bergerak beberapa minit mula
mencari pelaras untuk turunkan kerusi dan bila dah dalam keadaan selesa selepas
itu mata akan dipejam sedikit demi sedikit sehingga akhirnya tertidur sampailah tiba ke destinasi yang dituju.
Kebiasaannya, orang di sebelah akan buat halnya sendiri begitu juga dengan kita.
Tapi terus terang, bila berhadapan dengan
semua insan yang saya perhatikan…its worth. Saya muhasabah diri saya semula.
Tidak semua orang mampu belajar tinggi seperti saya (walaupun taklah setinggi
mana). Mereka ada kehidupan masing-masing. Begitu juga dengan saya.
Warna-warni
kehidupan manusia
Setiap kali lalu laluan susur gajah dari
hentian LRT Titiwangsa ke hentian bas Pekeliling, tersentuh dengan pakcik dan
makcik yang jual tisu atau bermain alat muzik mahupun yang duduk statik saja di situ memerhatikan orang yang lalu lalang di hadapannya.
Disebabkan saya selalu jugak balik kampung dan lalu laluan tersebut, kadang-kadang
orang yang sama saya jumpa dan kadang-kadang berbeza. Tetapi mereka
dengan motif yang sama: meminta sedikit sumbangan (istilah saya yang sama erti
dengan sedekah).
Setiap kali terjumpa couple yang berada
dalam tren, hati rasa geram. Muka saya buat reaksi garang macam nak makan
orang. Menjeling setajam-tajamnya. Namun adakalanya, saya beri senyuman
sinis kepada mereka supaya mereka terasa serba-salah. Berbual mesra, menggedik,
terlentok sana sini dengan pasangan. Meluat rasanya.
Setiap kali terjumpa amoi yang auratnya
terdedah menampakkan pahanya yang putih gebu, saya tutup mata pura-pura tidur
atau pandang ke tempat lain. Kadang-kadang tak dapat nak elak, banyak istighfar
semoga hati saya tak lalai. Melihat aurat orang lain adalah salah satu benda
yang paling saya alergik. Sepatutnya, non-Muslim juga patut ada sensitiviti dengan
perkara-perkara seperti ini. Dalam hati saya, saya berbisik “Amoi ni tak rasa
rimas ka bila ramai lelaki melihatnya? Eiiii, aku yang duduk dekat dengan dia
pun dah rasa geli dan takut dengan mata-mata yang memandang…”
Setiap kali terjumpa budak-budak
bersama-sama mak ayahnya, hati saya berdoa agar si cilik-si cilik tersebut
dapat membahagiakan keluarga bila dah besar nanti. Teringat pula kisah seorang
budak yang duduk di belakang saya mengetuk-ngetuk kepala saya yang berada di
kerusi hadapan. Umur lebih kurang 3-4 tahun. Nak marahkan, maknya pula ada.
Maknya kemungkinan tak sedar atau tidur dek keletihan barangkali. Bila dia
sedar, cepat-cepat dia tarik anaknya. Saya lega sambil menahan sakit kepala dan
rasa baran.
Setiap kali masuk dalam bas, saya akan
memilih seat sebelah tingkap dan meletakkan beg pakaian di seat sebelah. Bila
ada perempuan mahu duduk barulah saya akan mengalihkan beg tersebut ke bawah
untuk elakkan lelaki daripada duduk sebelah. Untung juga bertudung labuh, kebanyakan
lelaki faham. Dalam keadaan yang tak dapat nak elak, contohnya naik bas
ekspress yang memang disediakan nombor tempat duduk bagi penumpang…adakalanya saya
akan duduk di sebelah lelaki. Tips yang biasa dibuat adalah pura-pura tidur
bagi mengelakkan perbualan yang sia-sia.
Banyak lagi pengalaman-pengalaman balik
kampung yang tak mampu diceritakan di sini (disebabkan banyak sangat. :) ).
Hakikatnya
Warna-warninya kehidupan manusia itu
patut dirasai dan sememangnya berharga untuk kita renungkan dan perbaiki diri. Bila
berhadapan dengan situasi-situasi tersebut, apa yang penting adalah cara kita
memandang sesuatu dengan bermatlamatkan mendapatkan redha Ilahi.
Pernah saya didatangi oleh seorang pemuda
ketika hendak pergi ke surau menunaikan solat di hentian Pekeliling. Orangnya
biasa-biasa sahaja. Dia datang kepada saya dengan mukanya yang kesian lalu
meminta sedikit sumbangan duit. Saya tanyanya untuk apa. Dia hanya menjawab
duitnya tak cukup untuk beli tiket bas. Saya ragu-ragu dengan apa yang diucap.
Dalam poket tak ada duit kecil, setelah beberapa minit sesi soal jawab saya
terus tanyanya “Dah solat Asar ke belum?” Dengan tersengih-sengih dia menjawab
belum lagi. “Pergilah solat dulu sementara saya cari duit kecil”. Dalam
perjalanan mencari duit kecil, kebetulan ada beberapa orang yang melihat
kejadian itu menasihati saya supaya tidak beri duit tersebut. Dalam hati dah
berniat “Kalau budak tu tipu, itu urusan dia dengan Allah, aku hanya tolong
yang mampu.”
Bukan soal duit yang diberi itu besar
atau kecil saja dan bukannya soal budak tu menipu atau tidak tapi soalnya apa
inisiatif kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Kalau budak itu cakap
betul macammana?. Masa tu saya tidak terasa ruginya beri duit pada seseorang
yang kita tak tahu kebenarannya. Sekurang-kurangnya saya sudah mengajaknya
untuk pergi solat. Dan apa yang penting, hati saya rasa senang dan tidak terpengaruh
dengan kata-kata orang bila hendak melakukan kebaikan.
InsyaAllah, segala kebaikan yang kita buat
pada masa lalu akan dibalas dengan kebaikan juga suatu masa nanti. Kebaikan-kebaikan
tersebut perlulah dibuat secara istiqamah kerana hakikatnya istiqamah buat
kebaikan lebih sukar berbanding istiqamah buat perkara-perkara yang melekakan
dan melalaikan.
“Tukar cara kita melihat sesuatu perkara yang kita lihat akan berubah. Guna kaca mata keimanan dan melihat segala sesuatu dengan mata hati dan sebarkan kasih sayang dan sayangi semua orang dan doakan orang yang berdosa di beri hidayah dan di ampunkan dosa mereka dan minta jauh dari kita melakukan kesalahan yang mereka lakukan. Jom audit” – Status FB Prof Dr Muhaya.
Syam_Suri
No comments:
Post a Comment