Monday, May 20, 2013

Jadilah Orang Luar Biasa



Hari ini saya telah berjumpa seorang sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Perempuan, kalau tidak bercakap dan bertegur sapa dengan orang, itu luar biasa namanya...nak nak bila berjumpa dengan sahabat yang rapat dengannya. Seperti biasa, kami berbual-bual tentang topik harian: apa yang dilakukan semalam, apa yang dibuat sekarang dan apa target yang ingin dicapai selepas itu.

Kemudian, sahabat saya itu melahirkan ketidakpuasannya terhadap seseorang. Sesi soal jawab mula rancak. Tekun saya mendengar ceritanya. Sahabat saya juga dengan teliti  meluahkan semua yang terpendam. Sesekali saya menyampuk mengajukan pertanyaan. Saya memberi soalan untuk mendapatkan kepastian dan pemahaman terhadap apa yang diceritakan. Saya tahu, sahabat saya itu cuma ingin meluahkan apa yang dirasanya.

Alhamdulillah, habis sahaja sahabat saya itu bercerita, saya menguntum senyuman. Saya kagum dengan beliau dan cara beliau berfikir dan berinteraksi dengan masalahnya. Di sini, cukuplah sekadar saya meringkaskan masalahnya mengenai sifat seorang individu yang tamak, pentingkan diri sendiri dan tidak menghargai orang lain. Dan sahabat saya itu adalah salah seorang yang menjadi mangsanya. Kasihan dia.

Situasi tersebut kena sungguh dengan wallpost fb saya sebelum ini:
Orang buat baik, kita balas baik = biasa
Orang buat jahat, kita balas jahat = biasa
Orang buat baik, kita balas jahat = biasa
Orang buat jahat, kita balas baik = luar biasa..
Yang luarbiasa itulah yang patut kita amalkan.
Sungguh, sahabat saya itu seorang individu yang luar biasa. InsyaAllah, semoga Allah melimpahkan rezeki yang berganda-ganda kepadanya. Aamin Ya Rabbal Alamin. ^___^


Mahu jadi luar biasa?

Tak mudah sebenarnya untuk kita menjadi seseorang yang luar daripada biasa. Setuju sangat. Bagi kita, jadi biasa-biasa sudahlah. Kan?

Tapi, perlu kita ingat, tidak mustahil untuk jadi orang yang luar biasa. Nampak luaran biasa-biasa sahaja tapi dalaman mashaAllah...luarbiasa.

Di saat ditimpa ujian kesusahan masih ada yang senyum dan berlapang dada.
Di saat orang lain sibuk dengan hal duniawi masih ada mereka yang sibuk dengan hal akhirat.
Di saat remaja gila dengan trend2 pakaian terkini, masih ada yang terus mengekalkan trend sopan mengikut syariat.
Di saat kezaliman itu dianggap perkara biasa, masih ada lagi jemaah-jemaah yang teguh melontar suara.
Di saat ramainya keluarga yang porak-peranda dan bergelumang dengan dosa, masih ada yang gigih berusaha mengekalkan keharmonian rumahtangga.
Di saat manusia lena dibuai mimpi indah, masih ada yang menangis mngharap pengampunan dan kasih sayang Allah.
Di saat eksperiment tak menjadi, masih ada harapan untuk terus berusaha me’rajin’kan diri. ^____^
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad: 7)
Orang baik selalu kena tindas. Hmm...

Baru-baru ini, saya menghadapi situasi yang boleh tahan juga complicatednya. Dengan tujuan bukan untuk merungut tapi sekadar berkongsi rasa.

Terus terang, sukar untuk mencari individu yang sifatnya ‘pasrah dan redha’ bila dirinya ditindas. Tak logik lah bila ada orang buat jahat pada kita tapi kita sekadar membiarkannya sahaja tanpa memberi reaksi dan tindakan yang sewajarnya.

Betullah kata-kata ini “Orang cenderung untuk berkata satu kesalahan yang ada pada kita berbanding kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan”.

Pengajaran:

Nawaitu. Bila kita memudahkan seseorang, insyaAllah Allah akan memudahkan kerja-kerja kita berlipat kali ganda.

Orang baik selalu kena tindas? Ikut situasi dan keadaan. Nak jujur kena pandai. Jangan jujur tapi lurus sangat...Orang sekarang kan macam-macam hal. *sigh* ~~~~ 


p/s: Posting yang sangat ringkas. Dengan izin Allah, akan berusaha untuk menghuraikannya lagi. ^_^



Syam_Suri
20/05/13
0000

No comments:

Post a Comment