Suatu malam, si suami bertanya
sesuatu kepada si isteri.
“Sayang, abang nak tanya sesuatu
boleh? ”
“Ok..tanyalah” dalam fikiran si
isteri tadi mulalah timbul soalan-soalan yang bakal ditanya. Mudah-mudahan
jawapannya senang untuk dijawab.
“Sebutkan 5 perkara yang sayang
tak suka daripada abang”
Lama si isteri nak jawab. Kelu
lidahnya untuk berkata. Jawapannya perlu jelas dan terang dan pada masa yang
sama perlu menjaga hati suaminya yang tersayang.
“Hmm...terima seadanya”
“Lagi?”
“Terima seadanya...” si isteri
memberi jawapan yang sama berulang-kali.
“Eh, bukan itu maksud abang...”
“Hmmm....itulah maksud sayang...sayang
terima segala keburukan yang terdapat dalam diri abang seadanya.”
Insha Allah itu janji terbaik
yang diberikan oleh si isteri tadi kepada suaminya yang dicintai.
Setiap orang pasti ada kelemahan
dan keburukan. Dan setiap kelemahan dan keburukan tersebut bukanlah untuk
dijadikan ‘tanda’ bahawa pasangan kita itu seorang yang punya kekurangan diri.
Sebaliknya, apa yang terbaik
adalah setiap kelemahan dan keburukan yang pasangan kita ada itu dijadikan suatu
tanda/point untuk saling lengkap-melengkapi @ back-up sesama pasangan.
"..................." Dalam diam-diam, si isteri hanya berharap si suami memahami dan sentiasa berada di sisi walau susah dan senang kerana sesungguhnya itu yang diimpi oleh setiap pasangan suami isteri.
ZZZZzzzzz
Noktah.
Semoga kita semua dapat sama-sama
perbaiki lagi hubungan istimewa yang Allah anugerahkan khusus untuk setiap pasangan
halal dengan matlamat meraih redha Ilahi.
Semoga Allah redha. ^__^
Syam_Suri
26.05.13
1800 pm
No comments:
Post a Comment